Ada kes besar: BPR << BESOK >>

Oleh Norfatimah Ahmad

Hasil siasatan laporan audit salah urus dana awam diumum esok

KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan membuat keputusan sama ada esok 
atau Selasa, bentuk tindakan bakal diambil terhadap mereka yang disiasat 
berkaitan salah urus dana awam yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 
2006.

Sumber memberitahu Berita Minggu, pada mesyuarat yang akan diadakan pada hari 
berkenaan pihaknya akan mencadangkan jenis tindakan terhadap mereka terbabit.

"Ada berita besar minggu depan, tunggu sajalah. Yang pasti, keputusan yang 
dibuat akan memberi impak kepada pelbagai pihak kerana BPR mahu memastikan 
tidak ada pihak mengambil kesempatan dan mencari ruang untuk pelakuan rasuah 
atau membelakangkan amalan prosedur kerja yang telus sepanjang proses 
pelaksanaan projek kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Laporan audit itu yang dibentangkan 7 September lalu mendedahkan beberapa 
persoalan termasuk kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana 
awam, termasuk pembelian 13 peralatan dan kelengkapan Institut Kemahiran Belia 
Negara (IKBN) pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran hingga kerajaan 
menanggung kerugian RM8.39 juta.

Ia termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta 
berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta 
dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga didapati membeli 17 set buku teknikal 
dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya 
di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuma RM417 satu set.

Kelmarin, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata, 
pihaknya sudah hampir selesai menjalankan siasatan berhubung laporan audit itu 
dan beberapa individu dijangka dikenakan tindakan dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada keputusan itu akan membabitkan menteri atau timbalan menteri 
di kementerian yang disiasat badan berkenaan, sumber itu berkata, "Tidak sampai 
ke tahap itu tetapi, BPR mungkin akan mencadangkan supaya pihak terbabit 
didakwa atau dikenakan tindakan kerana tidak peka dalam melaksanakan tugas 
penting itu."

Beliau berkata, kertas siasatan kes membabitkan laporan audit itu sudah 
dilengkapkan sebelum Aidilfitri lalu selepas pihaknya memanggil beberapa 
individu untuk memberi keterangan berhubung pelaksanaan projek di beberapa 
kementerian.

Sumber itu berkata, tumpuan utama diberikan BPR kepada kes membabitkan laporan 
audit itu kerana ia berkait rapat dengan kepentingan awam dan negara, 
lebih-lebih lagi penggunaan peruntukan kerajaan.

Kata sumber itu lagi, siasatan menyeluruh membabitkan pelbagai aspek dilakukan 
termasuk mendapatkan maklumat syarikat yang memperoleh kontrak, sama ada 
mempunyai kaitan rapat dengan mana-mana individu yang mempunyai kedudukan dalam 
kerajaan.

"Kertas siasatan juga meneliti sama ada pegawai kerajaan menerima rasuah, ada 
pihak membuat tuntutan palsu dan jumlah barang yang dibekalkan menyamai jumlah 
yang ditempah dengan kadar harga yang sama," katanya.

 
INFO: Antara pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2006 
  a.. Kementerian Belia dan Sukan ? Pembelian 13 peralatan dan kelengkapanbagi 
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menyebabkan kerajaankerugian RM8.39 
juta yang berlaku pada 2002. 
  b.. KementerianPertanian dan Industri Asas Tani ? Kelemahan dalam Skim Baja 
Padiapabila kebanyakan syarat tidak dimasukkan dalam kontrak dan 
pemberiansubsidi harga padi sebanyak RM1.36 juta kepada hanya 158 pesawah. 
  c.. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ? Kelulusantanpa 
mengikut prosedur yang ditetapkan membabitkan pemberian bantuankhas kepada 12 
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah RM3.8 jutaantara 2004 hingga Mac 
2006. 
  d.. Kementerian Keselamatan DalamNegeri ? Pembelian dua helikopter Mi-171 
untuk Unit Udara Polis DirajaMalaysia (PDRM) bernilai RM117.5 juta gagal 
didaftarkan sebagai pesawatawam oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) 
kerana tidak mematuhipiawaian yang ditetapkan.

Kirim email ke