APA ITU REIKI?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki 
ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam 
semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan 
telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh 
yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu 
tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada 
bahagian tubuh pesakit. 


KUNDALINI REIKI
Kundalini reiki merupakan salah satu cabang reiki yang berakar umbi 
daripada Usui Reiki (Reiki yang asal). Ianya lebih mudah, tanpa 
penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan. Dan sudah 
pastinya tidak bertentangan dengan syariat. 

Kundalini  Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-
cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga 
bumi. Cakra akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung 
tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki 
kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir 
keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra 
mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini 
bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka 
bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan 
cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap 
bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah 
tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.


CIRI-CIRI KUNDALINI REIKI: 
♦  Teknik penyembuhan yang mudah TANPA penggunaan simbol, warna & 
visualisasi.
♦  Khusus untuk membuka gulungan kundalini & menaikkan api 
kundalini. 
♦  Lebih mendekatkan praktisi kepada Tuhan Y.M.E. (Pasrah Sepenuhnya)
♦  Mudah dipelajari, boleh dikuasai dalam beberapa jam sahaja.
♦  Praktisi hanya menyembuhkan hanya dengan niat sahaja.
♦  Setiap kali menyembuhkan, energi praktisi akan bertambah secara 
kuantiti dan kualiti. 
♦  Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
♦  Melindungi diri dari berbagai energi negatif.
♦  Meningkatkan kesedaran spiritual.
♦  Memperhalus kulit dan awet muda.
♦  Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/pernafasan lainnya.


Maklumat lanjut di:
http://www.freewebs.com/energy-reiki



Kirim email ke