Jam 11.00 pagi, sewaktu pelanggan Saidin Wateh (Pak Din) datang ke   gerainya 
untuk menikmati juadah tengahari sekumpulan 30 anggota   Dewan Bandaraya Kuala 
Lumpur (DBKL) menyerbu gerainya untuk   meroboh struktur gerai tersebut.   
-->
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
-->
 Pak Din adalah seorang aktivis reformasi yang cukup dikenali   kerana 
kelibatnya sering kelihatan di mana-mana sahaja   demonstrasi, ceramah atau 
program anjuran Barisan Alternatif   (BA). 
 Gayanya yang bersahaja dan berkopiah selain memakai baju lusuh   sering 
mendapat perhatian lensa kamera setiap kali adanya   himpunan reformasi pada 
tahun 1998 hingga sekarang. 
 Beliau akan hadir jika kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri,   Dato' Seri 
Anwar Ibrahim muncul di khalayak ramai.Sejak 14   tahun lalu, Pak Din telah 
menjalankan perniagaan makanan panas   di gerainya itu tanpa gangguan. 
 Begitupun gerai yang telah lama bertapak di kawasan yang   didakwa milik 
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu diroboh   dengan rakus oleh anggota 
DBKL yang datang dengan jengkaut dan   jentera pemusnah binaan pagi tadi. 
 Demikian kata Pak Din, yang juga seorang rakan lama Perdana   Menteri, Dato' 
Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditemui   Harakahdaily petang tadi bagi 
menceritakan detik-detik cemas   DBKL meroboh gerainya di hadapan Stesen KTMB 
Sentul dekat sini. 
 Hujan gerimis yang turun sejak tengah hari tadi lagi tidak   meredakan panas 
di hati Pak Din kepada sikap DBKL yang langsung   tidak mahu berbincang 
dengannya bagi memberi jalan kepada Pak   Din untuk mendapatkan tapak di tempat 
lain meneruskan   perniagaan. 
 Perasaan sayu di hati Pak Din tidak dapat ditahan memandangkan   itu adalah 
punca rezeki beliau dan beberapa adiknya yang lain   yang menjalankan 
perniagaan tersebut untuk menyambung hidup. 
 Malah bilik kecil belakang gerai yang dijadikan tempat menginap   enam ahli 
keluarga Pak Din turut dirobohkan, dan ia menimbulkan   keresahan di hati 
penghuninya di mana tempat berteduh selepas   ini. 
 Meskipun selepas diserang jentera DBKL itu, Pak Din masih   meneruskan 
perniagaanya bagi menghabiskan juadah yang disajikan   sejak pagi tadi. 
 Ketika ditanya di mana beliau akan meneruskan perniagaan menjual   Mee Rebus, 
Laksa Utara dan nasi campurnya itu jika DBKL datang   lagi untuk memusnahkan 
baki binaan gerainya, Pak Din terkedu,   malah menyerahkannya kepada takdir. 
 "Saya cuma minta DBKL bersabar, saya tahu saya perlu pindah   berdasarkan 
kepada notis yang diberi beberapa kali, tetapi saya   sedang menunggu kelulusan 
dari Jabatan Agama Islam Wilayah   (Jawi) untuk membuka gerai di kawasan tanah 
milik jabatan itu. 
 Paling menyedihkan kata Pak Din, tanah tempat beliau berniaga   itu difahamkan 
akan diserah kepada sebuah kontraktor besar   milik bukan Bumiputera yang cukup 
terkenal. 
 Dakwanya, tapak gerai tempat beliau berniaga itu satu ketika   dahulu dikuasai 
oleh golongan samseng, dan beliau berjaya   menjalankan perniagaannya dengan 
mengusir samseng berkenaan. 
 Katanya lagi, peras ugut yang berlaku suatu ketika dahulu di   situ berjaya 
diselesaikan setelah beberapa kali terpaksa   berhadapan dengan samseng. 
 Akhirnya hari ini, gerainya itu separuh hancur disodok oleh   jentera milik 
DBKL, kata Pak Din. 
 "Inilah perangai Umno, kata nak perjuangkan bangsa Melayu dan   agama, tetapi 
bangsa sendiri dihalau dari berniaga di tanah   Melayu.Apa yang mereka boleh 
buat hanyalah mengampu, dan 5   November ini sekali lagi mereka mengampu dan 
menipu orang   Melayu,"katanya sedih. 
 "Saya dahulu pernah bersama PM (Abdullah) makan sama-sama dan   berjuang 
bersama, tetapi kini inilah hadiah beliau kepada saya   dengan DBKL meroboh 
tempat saya berniaga.Inilah satu-satunya   pendapatan kami sekeluarga (beliau 
dan adik-beradiknya) selepas   pencen,"katanya. 
 Jika gerai usangnya itu hendak terus dirobohkan DBKL lagi esok,   maknanya Pak 
Din akan hilang mata pencariannya, malah nasib   enam sekeluarga yang tinggal 
di bilik kecil belakang gerai Pak   Din juga akan tidak menentu. 
 Ketika kunjungan Harakahdaily petang tadi, seorang bayi sedang   ditidurkan 
oleh anak saudara Pak Din di dalam buaian di   bahagian bilik belakang gerai 
yang mana dindingnya sudahpun   terdedah kerana dirobohkan. 
 Pak Din sendiri tidak keruan dengan nasibnya, apatah lagi bayi   yang sedang 
ditidurkan dalam buaian dan anak-anak sekolah yang   bakal menanti malam dengan 
bilik yang tiada lagi dinding. 
 Esok sama-sama kita saksikan sama ada DBKL akan meruskan niatnya   untuk 
meroboh gerai Pak Din atau sebaliknya. - mks.



  

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke