Bismillahirrahmanirrahim...
Baca Sampai Habis dan Fahami.
Kasino Ditutup Hormati Goh Tong : Ulasan
GENTING HIGHLANDS 24 Okt. - Bagi menghormati mendiang Tan Sri Lim
Goh Tong, kasino, taman tema dan premis hiburan di Genting Highlands akan
ditutup dari pukul 6 pagi hingga 6 petang pada hari pengkebumiannya Isnin ini.
Naib Presiden (Operasi) Resorts World Berhad, Alan Teo berkata, pada hari
itu juga, bulatan di Goh Tong Jaya menuju ke puncak bukit akan ditutup dari
pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi memudahkan urusan pengkebumian.
Menurutnya, mayat mendiang akan dibawa dari kediamannya di Vila Goh Tong pada
pukul 10 pagi untuk disemadikan di Taman Memorial Goh Tong.
Orang ramai dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Goh
Tong Villa pada Sabtu hingga Ahad ini bermula 10 pagi hingga 5 petang.
Bagi tetamu pula, mereka dibenarkan berbuat demikian selepas 12 tengah hari
hingga 12 tengah malam bermula hari ini hingga Ahad ini,'' katanya pada sidang
akhbar mengenai pengkebumian pengasas Kumpulan Genting itu di sini hari ini.
Mendiang meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi semalam di Pusat Perubatan
Subang Jaya (SJMC) akibat sakit tua.
Alan Teo menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk memberikan penghormatan
terakhir kepada mendiang agar meletakkan kenderaan di Stesen Rendah Genting
Skyway.
Untuk memudahkan urusan pengangkutan, katanya, perkhidmatan van ke Goh Tong
Villa disediakan di stesen kereta kabel itu bermula hari ini hingga Ahad ini
dari pukul 9.30 pagi hingga 2.30 petang.
Tambahnya, perkhidmatan bas ekspres percuma setiap jam turut disediakan pada
Sabtu dan Ahad ini dari Terminal Bas Pasar Rakyat dan Putra Gombak di Kuala
Lumpur.
Sementara itu, beberapa pemimpin politik memberikan penghormatan terakhir
kepada mendiang di kediamannya hari ini.
Antaranya ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu, Ketua
Pembangkang, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Menteri
Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Sumber : Utusan Malaysia
Ulasan:
Malaysia sebagai sebuah negara sekular amat merasakan kehilangan
penyumbangpenting kepada ekonominya dengan kematia mendiang Tan Sri Lim Goh
Tong,sehingga Pak Lah sendiri mengucapkan kata-kata,"Mendiang memberi
sumbanganbesar kepada ekonomi negara melalui pelbagai cabang perniagaannya",
,ataupun dijuluki dengan nama Tauke Judi Malaysia. Sumbangannya dalam
percukaian sistem Ekonomi Kapitalis Sekular Malaysia tidak dapat disangkalkan
oleh sesiapa, begitu dalam aspek servis perjudian dan pelancungan. Rata-rata
rakyat Singapura yang tidak dapat berjudi di Singapura pada masa dahulunya
datang ke Genting Highland untuk melakukan kerja yang dipandang terkutuk oleh
Lee Kuan Yew pada masa dulu.
Hari Isnin ini Kasino ditutup kerana menghormati mendiang, itupun dari pukul 6
pagi sehingga 6 petang kerana Majlis Pengebumian mendiang. Itulah rasmi dunia
kapitalisme dewasa ini, 'penghormatan' itu bisa berbeza-beza. Kalau benar-benar
ingin menghormati rakyat Malaysia dan umat Islam yang sudah lama
terkilan dengan Pusat Judi Terbesar di Asia Tenggara ini, alangkah baiknya
Kasino itu ditutup buat selama-lamanya, kemudian pada hari tersebut kita
kebumikan Kasino Terbesar ini bersama-sama pengasasnya.
Islam datang mengatur umatnya dengan bangsa lain untuk tidak melakukan muamalah
yang haram, judi dan arak sendiri telah diterangkan lebih banyak mendatangkan
keburukan dari kebaikan. Firman Allah Ta'ala dalam Al-Quran.
"Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian
adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah dia supaya kamu
bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu
ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?" [TMQ Surah
al-Maidah (5): 90-91]
Dalam kedua ayat tersebut Allah mempertegas diharamkannya arak dan judi yang
diiringi pula dengan menyebut berhala dan undian dengan dinilainya sebagai
perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai
dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek.
Menurut Syeikh Taqiuddin Al-Nabhani, dalam kitab Sistem Ekonomi Islam mengulas,
Hukum syara' melarang perjudian dengan larangan yang tegas.
- Bahkan syara' menganggap harta yang diperolehi daripada perjudian tidak
termasuk dalam hakmilik. Allah swt. berfirman:"Wahai orang-orang yang beriman,
sesungguhnya minuman keras, perjudian, (berkorban untuk) berhala dan mengundi
nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran meminum minuman keras dan berjudi itu dan
menghalang-halangi kamu dari mengingat Allah dan solat; maka berhentilah kamu
(dari mengerjakan perbuatan itu)." [TMQ Surah al-Maidah (5): 90-91]
Allah swt telah mengharamkan minuman keras dan perjudian dengan beberapa
bentuk penekanan (ta'kid) iaitu diawali dengan lafaz "innama". Allah juga
mengaitkan dengan perbuatan menyembah berhala dan mengibaratkan keduanya adalah
najis. Sebagaimana Allah swt. menyatakan: "Maka jauhilah najis dari
berhala-berhala." (TMQ Al-Hajj:30)
Allah juga telah menjadikan keduanya sebagai perbuatan syaitan. Padahal
syaitan tidak akan memberikan sesuatu melainkan kejahatan.
Allah juga memerintahkan supaya menjauhinya dan menjauhinya merupakan suatu
keuntungan. Apabila menjauhinya merupakan satu keuntungan maka mendekatinya
merupakan satu kerugian.
Di antara bentuk penekanan tersebut adalah ancaman permusuhan dan kebencian
di kalangan peminum minuman keras
dan orang yang berjudi malahan boleh menjauhkan diri daripada berzikir
kepada Allah dan mengingati waktu solat. Firman Allah: "Maka berhentilah kamu
(dari mengerjakan perbuatan itu)." (TMQ Al-maidah:91)
Ini merupakan bentuk larangan yang paling tegas. Seolah-olah Allah
mengatakan: "Kalian sudah dibacakan ayat-ayat yang di dalamnya terdapat
berbagai-bagai larangan. Apakah dengan larangan-larangan itu kalian berhenti?"
Dalam pada pemimpin mencanangkan bahawa Malaysia adalah Negara Islam, namun
yang perlu dikaji sifat sebuah 'Negara Islam' yang menghalalkan Hasil Kerajaan
dari sumber judi dan arak dan terus meneruskan membiarkan Syiar Jahiliyyah
seperti arak dan judi bermaharajalela di dalamnya. Akal yang waras pastinya
tidak dapat menerima kenyataan yang agak berlawanan dengan Negara Islam sejati.
Apakah pembesar-pembesar Malaysia yang Muslim pada masa ini sudah bersedia
untuk menguburkan Pusat Judi Terbesar di rantau ini bersama-sama dengan
pengasasnya sekali. Selama mana ikatan kapitalisme menjadi pegangan umat Islam
maka selama itu, baik dan buruk, terpuji dan tercela diukur berasaskan kekayaan
material semata-mata. Tepuk Dada, Tanya Iman.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com