*
Kisah lima perkara aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh
yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa
antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan
ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu
melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi,
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke
barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi)
maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat;
jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari
rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah
bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku
diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang
mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia
pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu
bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya
supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu
ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk
emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga
kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi
itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak
seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian
terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya
yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan
untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk
mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan
burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi
meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai
yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak
tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima
peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun
berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan
perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah
kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah
s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada
mulanyanampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar
dan dapat
mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis
daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan
nampak jua. Ketiga jika sudah menerima
amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat
kepadanya. Keempat jika orang
meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun
kau sendiri
berhajat.
Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah
kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja
berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita
elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang
itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal
seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis
mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat
pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah,
sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia
dulu."
Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang
yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa
walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan
merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata
hal orang walaupun ia benar.
*
**
**
**
**
*Untuk Renungan.....*
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang
muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia
menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan
untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka
membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas
mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah
akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
*Pengajaran hadis:*
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat
antara satu sama
lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar
kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam
kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara
ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan
Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka
tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu,
dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan
yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat
menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka
kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan
rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan
jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak
mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat
lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti
*Sesungguhnya aku mencari Dunia Dan Akhirat Serentak
*
Marilah kita berfikir sejenak tentang rancangan berbentuk keagamaan yang
banyak disiarkan di TV.
Biasanya akan ada iklan perniagaan /barangan untuk beberapa minit..
Apakah mereka menggunakan agama untuk lariskan pasaran..
Atau mereka mencari *''dunia'' dan ''akhirat''* secara serentak..
Fikir2kanlah dan renung2kanlah..moga2 terbuka permikiran kita..INSYAALLAH..
Fikirkan Sejenak..Sesiapapun DiDunia Ini Tidak Akan Memberikan Anda Duit
Dengan Begitu Mudah walaupun hanya satu RINGGIT.. Tanpa Ada Sebab Dan
Alasannya
..
Jadi Marilah Kita jadikan PROGRAM ini sebagai TAPAK/PLATFORM Untuk Kita
Saling Bantu-Membantu Sesama Insan Disamping Menambah Ilmu
Pengetahuan
INSYAALLAH
*Soalan: Bagaimana hukum menjual e-book?*
*Jawaban:*
Alhamdulillah, shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Hukum memperjual-belikan e-book adalah halal, selama e-book tersebut tidak
mengandung hal-hal yang diharamkan dalam syariat, sebagaimana halnya
program komputer atau buku cetak biasa atau barang lainnya. Karena hukum
asal setiap perniagan barang yang bermanfaat adalah halal.
*Sumber:
**PengusahaMuslim.com*<http://www.pengusahamuslim.com/fatwa-perdagangan/tanya-jawab/700-tanya-jawab-hukum-menjual-e-book-dengan-program-reseller-yang-mirip-mlm.html>
Program jutawan50 .com
*Jual Kembali E-book Anda Dan perolehi 100% keuntungan*
*Tidak perlu sewa laman web.
Tidak perlu buat / design website.
Tidak perlu sediakan produk.*
*Kerana Produk Sudah Tersedia Ada
.*
*Hanya** RM50 dan anda boleh mulakan bisness online serta merta.
1 jualan = RM50
10 jualan = RM500
100 jualan = RM5,000*
*100% keuntungan milik Anda!!!!*
*Lakukan promosi di laman iklan berbayar atau percuma.
Emailkan promosi laman anda ke alamat email simpanan anda.
Jika tiada jualan, anda sebenarnya telah membeli produk yang lebih dari
nilai yang anda bayar, produk terdiri dari software dan e-book berguna. Ilmu
Penyuluh Hidup.
Jika 1 jualan, anda dapat kembali wang RM50 dan bererti juga anda sudah
mendapat produk secara percuma.
Jika lebih dari 1 bermakna anda sudah mencapai keuntungan.*
*
SILA KLIK :
http://www.jutawan50.com/?id=IZURI
<http://www.jutawan50.com/?id=IZURI>*
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------------------
click here
http://www.giantproduct.com
http://www.bukusiber.comYahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/iklan-raya/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/iklan-raya/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/