*********************************************** Mod. Note: Astaganaga, jenggot kebakar! Oki, lain kali dibentuk menjadi beberapa paragraf yah. Agar yang lain tidak sulit untuk membacanya ;) ***********************************************
ni gwa kasih pengetahuan buat lo tntng buku k7....siap2 ya.. J.K. Rowling telah menulis bab terakhir bagi Harry Potter 7. Perkataan terakhir bagi Harry Potter 7 ialah "scar" (parut). Latar masa bagi Harry Potter 7 adalah bermula pada tahun 1997. Harry akan kembali ke rumah keluarga Dursleys buat terakhir kali sebelum ulang tahun 17 Harry. Dia membuat rancangan untuk melawan Godric's Hollow dan menghadiri mejlis perkawinan Bill dan Fleur dalam Julai. Harry akan berumur 17 pada 31 Julai 1997, dan dia akan menjadi dewasa dan mempunyai kelayakan untuk mengambil ujian Muncul Tiba-tiba. Neville Longbottom juga akan berumur 17 pada akhir bulan Julai 1997. Ron dan Hermione pun 17 tahun. Kita akan mengetahui sebab sesetengah orang boleh menjadi hantu dan sesetengah tidak boleh selepas mati. Kita akan mengetahui banyak tentang Lily Potter dalam buku ketujuh. 2 watak penting akan dimatikan oleh J.K. Rowling. J.K. Rowling tidak akan meneruskan cerita siri Harry Potter dengan menulis buku ke-8. Kemungkinan Harry akan mati kerana JK Rowling mendakwa beliau tidak ingin orang lain yang membuat sambungannya setelah beliau meninggal. Kemungkinan beliau akan mengikuti jejak Agatha Christie yang mematikan watak utama Detektif Hercule Poirot yang di akhir cerita. Harry Potter 7 merupakan buku yang paling tebal dalam siri Harry Potter. Dumbledore akan wujud tetapi beliau tidak akan hidup . Kewujudan Dumbledore membawa kepada perkembangan plot. Hogwarts akan dihentikan sehingga Voldemort ditewaskan. Harry, Ron dan Hermione akan terus berada di dalam Hogwarts kerana diari penyiasatan yang ditinggal olah Dumbledore menunjukkan bahawa terdapat kuasa yang menakutkan Voldemort di dalam Hogwarts. Voldemort ingin mendapatkannya manakala Harry, Ron dan Hermione mesti mendapatkannya sebelum Voldemort mendapatkannya. Sejarah dan kuasa ajaib Hogwarts akan ditunjukkan oleh Harry, Ron dan Hermione dan rahsia di sebalik Hogwarts:Sejarahnya Ginny akan menunjukkan bahawa dia akan bersama dengan Harry selama-lamanya walau apa yang berlaku. Ahli-ahli Kumpulan Phoenix akan bertempur mati-matian dengan Death Eater bagi mendapatkan masa untuk Harry. Dumbledore menginginkan Harry bertempur dengan Voldemort secara bersemuka disebabkan Kumpulan Phoenix tidak mempunyai kemampuan untuk bertempur dengan kuasa Voldemort (juga bagi memenuhi ramalan). Perang tanding antara Harry dan Voldemort adalah di dalam rumah Harry dilahirkan. Mereka masing-masing telah menggunakan kuasa menterbalikkan masa dan menghalang berlakunya sesuatu. Ron, Hermione dan Ginny tidak dapat menemani Harry hingga pengakhiran cerita. Walau bagaimanapun, mereka tidak akan mati. Ron telah memberitahu Hermione tentang perasaan cintanya, malangnya situasi pada masa itu adalah huru-hara dan Ron menafikannya selapas itu. Neville dan Malfoy memainkan peranan yang sangat penting dalam plot cerita ini. Snape berkemungkinan akan mati. Siapakah R.A.B ? Regulus Black, adik Sirius Black. Dalam muka surat 131 versi bahasa Melayu Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, tertulis "Mereka juga menjumpai sebentuk loket yang tidak dapat dibuka," berkemungkinan loket tersebut merupakan horcrux Voldemort. Apakah horcrux Voldemort yang lain? Horcrux yang telah ditentukan adalah loket Slytherin, diari Tom Riddle dan cincin Marvolo. Horcrux lain yang berkemungkinan: piala Hufflepuff, sesuatu barangan Ravenclaw (terdapat pihak yang beranggapan bahawa ia merupakan tongkat sakti Hufflepuff) dan Nagini, ular Voldemort seperti yang disyaki oleh Dumbledore. Walau bagaimanapun, parut Harry juga dipercayai sebagai salah satu Horcrux. Severus Snape berada di pihak baik atau jahat? Pada pengakhiran cerita Harry Potter 6, Snape telah membunuh Dumbledore dan melarikan diri. Dia mengaku dialah Putera Berdarah Campuran (Half-blood Prince) yang merupakan tajuk Harry Potter 6. Walau bagaimanapun, dia dipercayai bahawa dia mungkin berada di pihak Dumbledore kerana ramai yang percaya Dumbledore merayu kepada Snape sebelum Snape membunuh beliau. Rayuannya dipercayai oleh berbagai pihak yang dia menyuruh Snape untuk membunuhnya [EMAIL PROTECTED] *Milis Penggemar Harry Potter Indonesia http://groups.yahoo.com/group/indo-harrypotter ---------------------------------------------------------- *Moderator: indo-harrypotter-owner @ yahoogroups . com *Email Friendster: indoharrypotter @ yahoo . com ---------------------------------------------------------- ***Indo-HarryPotter juga bisa diklik pada link ini: http://www.kelontongsihir.com http://indoharrypotter.blogspot.com http://www.harrypotterindonesia.com/www http://www.friendster.com/indohp http://s38.photobucket.com/albums/e140/fotoihp/ [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/indo-harrypotter/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/indo-harrypotter/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
