Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan buku terbaru saya:

Judul:

Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam
Persoalan Khalifah.

Siri Kedua: 
Jawapan Ahl al-Sunnah kepada ayat-ayat al-Qur’an 
yang dijadikan hujah oleh Syi‘ah dalam persoalan
khalifah.

Saiz buku:

7 x 7, 174 mukasurat. Dwi warna: Hitam dan biru.

Harga:

RM 15.00

Penerbit:

Perniagaan Jahabersa
15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Tel: 07-235 1602, 235 1605.
Fax: 07-235 1603
http://www.jahabersa.com.my
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]

Ulasan Ringkas:

Buku ini merupakan Siri Kedua daripada empat siri
dalam rangka menjawab hujah-hujah yang lazim
dikemukakan oleh Syi’ah al-Rafidhah dalam mendakwa Ali
bin Abi Thalib adalah khalifah yang sah manakala Abu
Bakar, Umar dan Utsman adalah orang yang telah
merampas hak tersebut.

Sebelum ini telah diterbitkan Siri Pertama yang
mengupas asal usul Syiah dan strategi yang biasa
mereka gunakan untuk menegakkan hujah mereka.

Siri Kedua ini memberi tumpuan kepada menjawab enam
ayat al-Qur’an yang menjadi ijmak di sisi Syiah
al-Rafidhah. Mereka lazimnya menggunakan ayat-ayat ini
untuk mendakwa hak kekhalifahan kepada Ali telah
ditetapkan oleh al-Qur’an.

Keenam-enam ayat ini saya kupas secara mendalam (170
ms plus hanya untuk 6 ayat). Insya-Allah para pembaca
akan dapat mengetahui bagaimana putar belit Syi’ah
dalam memperalatkan ayat-ayat Allah untuk menegakkan
benang yang basah. Selain itu dapat juga diperhatikan
bagaiamana lazimnya Syi’ah menyenaraikan sumber yang
banyak untuk menguatkan hujah, padahal jika kita rujuk
sumber tersebut, nyata ia berbeza.

Insya-Allah, buku Siri Ketiga akan memberi tumpuan
kepada hadis-hadis manakala Siri Keempat memberi
tumpuan kepada beberapa peristiwa sejarah yang lazim
dijadikan hujah oleh Syi’ah al-Rafidhah. 

Buku Siri Kedua ini dijangka akan berada di pasaran
dalam masa 3-4 hari insya-Allah. Sesiapa yang
mengalami kesukaran mendapatkannya boleh menghubungi
terus Jahabersa untuk lokasi pengedar terdekat atau
pesanan melalui pos.

Wassalam.


                
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - 50x more storage than other providers!
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke