Bukan sahaja Malaikat Kiroman Katibin ikut ke mana saya pergi. 
Syaitan juga ikut. 

Saya tidak perasan ada orang ikut saya. Sebab saya tulis macam dalam 
dalam surat khabar. Saya tak tengok feedback. Rupa-rupanya ada orang 
yang menyangka saya Merong. Kemudiannya saya disangkannya Ridhuan 
Hakim. Ada pula yang menyangka Sandek itu OM. Tetapi ada juga 
kemungkinan yang Merong, Sandek, OM, Abu Fadl adalah orang yang sama. 
Kita tak berminat hendak selongkar.

Kekadang pelik juga apa nawaitu dakwah sebenarnya? Terutamanya di 
internet ni. Apakah untuk keredhaan Allah atau untuk keredhaan 
Syaitan. 

Syaitan seronok kalau ada orang sakit hati. Jiwa sering meronta-
ronta. Tidak puas komputer company di pejabat komputer di rumah 
digodam. 

Ada seorang netter hantar e-mel pada saya bertanya kenapa saya suka 
berperang di Islah? Saya tanya balik siapa yang berperang dengan 
siapa? Saya dikatakan OBNOXIOUS (menimbulkan rasa meluat). Kepada 
siapa? Semua orang lari dari saya. 

Saya katakan balik padanya, saya tidak melayan orang yang hipokrit, 
dan terus terang saya katakan padanya saya tidak tergiur dengan ilmu 
seseorang kalau ia tidak commensurate dengan akhlak sebagai dai.

Netter itu memuji-muji saya. Saya katakan saya tak perlu dipuji. Saya 
bukan anak-anak yang boleh digula-gulakan dengan aiskrim. Dan saya 
bukan bangsa yang jenis suka merengek sikit-sikit mengadu pada ayah.

Saya katakan balik saya tidak ambil hirau sangat benda yang nitty 
gritty. Kenapa tiba-tiba netter berkenaan begitu concerned? Ternyata 
netter tersebut meman telah being flattered dengan kepetahan 
seseorang merungkaikan sesuatu masalah fiqhiyyah macam bertih 
digoreng. Saya katakan balik kepadanya yang sudah ada NAS QATI' tak 
perlu difatwakan lagi. Lepas itu apabila saya usik bab yang pernah 
dibangkitkan seperti usoli, talqin, qunut, zikir ramai-ramai lepas 
sembahyang di masjid, tahlil, netter berkenaan kata dia faham sebab 
pernah tinggal di Perlis. Saya ulas sikit benda yang bukan wajib tak 
perlu gaduh-gaduh.

Kemudian dia bertanya tentang gerakan. Apa komen saya tentang JIM, 
ABIM, Tabligh. Saya jawab semua berperanan. 

Saya katakan padanya, HADAF kita terlalu besar. Dan kita tidak perlu 
ribut-ribut dengan perkara yang ranting. Dakwah bersembunyi-sembunyi 
itu seerah Rasullah s.a.w. Ada satu keterlanjuran yang berlaku di 
Internet. Apabila seorang netter menelanjangkan identiti seorang 
netter yang lain di situlah semuanya bermula. UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI 
SETELAH MEMAKAI TOPENG  begitu lama di pelbagai milis, POST-TRAUMA 
MEMAKAI TOPENG SUNGGUH TIDAK SELESA. 

Tiba-tiba manusia di seluruh dunia seolah-olah menyaksikan bayang 
manusia berkenaan. Semua jadi serba tak kena. Eh! Orang ni mengata 
aku ke??????? Semua orang jadi salah. Mulalah meraban-raban Tuan Haji 
Jamali kena reregister ahli. Satu beban. Kalau JIM layan, 
emmmm............parahlah. Cukuplah SB Singapore ada di Islah. SB 
Malaya opsss!!!Malaysia tersenyum lebar :))))))


Kiroman Katibin mencatatkan apa yang saya catat dan saya akan 
dipertanggungjwabkan di depan Allah di Yaumil Mahsyar.


Assalamualaikum,
Ramli Abdul Rahim






  



  



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke