Rata-rata diperhatikan sepanjang saya berada di
mana-mana masjid di Negeri Sembilan ini ketika khatib
sedang membacakan khutbah Jumaat maka kanak-kanak yang
berada di saf-saf belakang selalunya akan membuat
bising dengan bermain-main, bercakap-cakap, bergurau,
tolak menolak dan sebagainya. Perkara ini seakan-akan
sudah menjadi lumrah budaya anak-anak orang Melayu
apabila pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Mungkin
ada segelintir kecil sahaja anak-anak yang tahu
menjaga adab tidak membuat bising ketika khatib sedang
berkhutbah. Juga selalunya anak-anak yang duduk
bersama orang tua mereka selalunya akan duduk tanpa
menggangu konsentrasi jemaah lain.

Di Masjid Bandar Baru Senawang fenomena ini turut
berlaku, dan saban hari Jumaat, perkara ini semakin
tidak terkawal. Terfikir dalam hati saya dimanakah
ayah kanak-kanak ini, adakah ayah mereka duduk di saf
hadapan sehinggakan tidak mendengar bunyi bising suara
kanak-kanak bermain di belakang, adakah ayah mereka
ini solat Jumaat di masjid lain atau ayah mereka tidak
kisah anak mereka membuat bising ketika khatib sedang
berkhutbah kerana sedang dibuai mimpi ketika khatib
sedang berkhutbah ? Kekadang ada juga Bilal sebelum
khatib berkhutbah menyampaikan pesan kepada hadirin
yang hadir supaya diam dan mendengar khutbah apabila
khatib sedang berkhutbah. Tapi ianya tidak memberi
kesan langsung pada anak-anak, kerana mungkin
difikirkan mereka pesanan tersebut hanya untuk orang
tua-tua sahaja, atau mungkin cara pesanan Bilal tadi
tidak dimengerti oleh anak-anak yang hadir. Apakah
semua jemaah tidak peka dengan apa yang berlaku di
masjid mereka ? Tidakkah mereka merasa sedih melihat
akhlak anak-anak kita yang tidak bersopan apabila
berada di masjid, lebih-lebih lagi ketika khutbah
Jumaat sedang dibacakan ?

Kekadang timbul perasaan sedih dan terkilan apabila
saya lalu di gereja-geraja di sekitar Seremban,
anak-anak orang Kristian akan datang ke gereja bersama
orang tua mereka. Sedangkan kita anak-anak kita orang
Melayu datang ke masjid dilepaskan begitu sahaja
membuat bising sesuka hati mereka tanpa pengawasan
orang tua mereka.



                
__________________________________
Do you Yahoo!?
Y! Messenger - Communicate in real time. Download now. 
http://messenger.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke