Debat Perdana: Husam berjaya sampaikan mesej Islam
Monday, September 20 @ 15:41:12 MYT


Oleh Ismail Hashim
KUALA LUMPUR, 20 Sept. (Hrkh) – Penjelasan AJK PAS Pusat, Haji Husam Musa semasa menyertai Debat Perdana anjuran RTM mengenai isu perpaduan negara telah mendapat perhatian penonton.

Husam telah berjaya menampilkan gaya bijaksana ketika menjawab semua soalan dan kritikan yang dikemukakan oleh pengerusi debat, Dato' Johan Jaaffar dan tiga panelis lain.

Dengan penuh kewibawaannya, Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menarik minat ribuan hadirin di auditorium dan jutaan rakyat yang menyaksikan siaran langsung itu di seluruh negara.

Debat yang bertajuk Tahap Perpaduan Dalam Negara itu diadakan di Angkasapuri turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin.

Antara persoalan yang menarik ditimbulkan oleh Johan adalah tentang senario perpaduan negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan wujudnya jurang antara kaum sejak sekian lama.

Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan memberikan responsnya yang terbaik dengan mengemukakan pandangan Islam mengenai semua perkara itu dihiasi dengan wajah kacak dan jernih serta bahasa yang menarik dan standard.

Ketika menjawab soalan mengenai pandangan yang menyatakan bila seseorang itu mengambil Islam sebagai dasar perjuangan hidupnya, mereka seakan berada di dalam kelompok sendiri sahaja dan membina ‘pagar’ dengan masyarakat umum, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dengan tegas menyatakan:

“Saya sendiri mendapatkan didikan agama. Kerana itulah saya berkongsi wang biasiswa dengan rakan sebalik (dari keturunan Cina) yang dinafikan haknya semasa sama-sama menuntut di universiti dahulu."

Sebelum itu, beliau menjawab soalan mengenai jurang pemisah antara mahasiswa Melayu dan bukan Melayu dengan menyatakan diskriminasi itu dilakukan oleh pihak kerajaan dengan menafikan hak bukan Melayu yang miskin itu.

“Jelas kepada kita bahawa Islam menganjurkan kerjasama, berkasih sayang tetapi di masa yang sama, Islam tidak memaksa orang lain menganut agama itu.

“Sewajarnya kerajaan tidak hanya mengutamakan kaum Bumiputera sahaja tetapi memberikan hak yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhak walaupun mereka terdiri dari bukan Melayu,” tegasnya.

Jawapan beliau yang tepat dan kemampuannya menjawab berbagai-bagai persoalan yang berulangkali dikemukakan malah diganggu oleh perantara, menyebabkan penampilannya mendapat tepukan tanda sokongan dari penonton yang berada di Studio.

Sehinggakan satu ketika Johan terpaksa mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ‘saya sudah mula jatuh hati kepada Yang Berhormat Haji Husam’ .

Ketika itu terdengar suara yang menjerit secara berseloroh ‘bagi borang kat dia (Johan)' ekoran kenyataannya yang telah menyatakan minatnya terhadap Haji Husam yang segak bergaya dengan songkok dan berbaju Melayu.

Sebelum itu ketika wakil BN, Dato’ Dr Zamberi Abdul Kadir menyatakan kerana perpaduan di dalam BNlah yang berjaya memerintah negara sejak merdeka dengan aman.

Haji Husam tanpa lengah mengambil peluang terbuka itu untuk melakukan pukulan maut atau smash yang gagal diselamatkan oleh Johan dan Zamberi.

“Pada 1969 ketika berlakunya Peristiwa 13 Mei di merata-rata tempat, hanya Kelantan sahaja yang terselamat dari bahaya itu kerana Kelantan melaksanakan dasar Islam.

“Menteri Besar ketika itu, Dato’ Asri memanggil semua ketua-ketua kampung dan memberikan arahan agar semua menjaga kampung-kampung mereka agar tidak dirasuki penyakit 13 Mei itu.

“Inilah kehendak Islam yang sentiasa mahukan kesejahteraan, keharmonian dan keamanan serta saling hormat menghormati antara satu sama lain,” sekali lagi beliau mendapat tepukan gemuruh dari penonton.

Panelis lain terdiri dari Exco Pemuda Umno, Dato’ Dr Zamberi Abdul Kadir, Ahli Parlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan seorang ahli akademik, Dr Ibrahim Barjunid.

Ketika mendapatkan pandangan seorang penonton yang juga seorang peguam, Haji Mat Taulan Rasul berkata, format acara itu tidak layak dinamakan sebagai debat tetapi lebih kepada dialog.

“Panelis bukan berdebat sesama mereka tetapi lebih kepada berdebat dengan perantara yang merugikan masa sahaja kerana ia seperti soalan di darjah satu sahaja.

“Sewajarnya mereka memberikan masa sekitar 10 hingga 20 minit kepada setiap ahli panel untuk mengemukakan pandangan parti masing-masing tanpa diganggu oleh perantara,” katanya.

Debat perdana itu mula diadakan pada minggu lalu dengan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mewakili PAS yang juga berjaya menyampaikan pandangan Islam.

Beliau berhadapan dengan perantara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz dan dua yang lain di auditorium yang sama. - zs


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail is new and improved - Check it out!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke