Kata THTL  AJL (syarikat) dan Distributor tahap tinggi (diamond atau gold distributor) tidak berpakat menipu, mereka sentiasa telus, produk yg halal dan bisnes yg tiada unsur syubhat. Dalil:" berilah para pekerja itu upahnya sebelum kering peluhnya". Ibn Majah-Tabrani
Dalam hadis ini melambangkan bisnes dalam Islam yg telus, pantas memberi upah dan bonus kepada setiap tahap downliner hatta sebelum peluh mereka kering."

 

Komen Merong: Hadis yang anda sebutkan ialah hadis yang menerangkan tentang peri pentingnya membayar upah setelah melakukan satu kerja. Contoh bila pekerja umum (ajiir am) seperti tukang jahit selesai menjahit baju maka upah hendaklah diberikan kepada mereka bila mereka selesai melakukan kerja tersebut; Ulama Fiqh cuba mengketagorikan bagaimana dikatakan kerja itu selesai

1)       bila kerja dilakukan ditempat tukang jahit maka upahnya mesti dibayar bila kita ingin mengambil yang siap dikerjakan itu

2)       bila kerja itu dilakukan ditempat kita, contohnya mengecat rumah, maka sebaik sahaja cat rumah itu siap maka kita wajib membayar upahnya.

3)       Bagi kerja yang tidak ada tempat dan terikat dengan masa yang panjang seperti mencuci kereta, baiki kasut maka gajinya adalah upahnya akan dibayar sebaik selesai sahaja kerja tersebut.

4)       Untuk Ajir khas pula seperti civil servant kerja mereka sentiasa tidak habis dan mereka dikontrak secara bulanan, maka gaji mereka hendaklah dibayar mengikut agreement.

Dan hadis ini sebenarnya langsung tidak boleh dijadikan Hujah untuk menjustifikasi samsarah ala samsarah.

 

Soalan untuk THTL kalaulah bonus itu dikatakan sebagai upah kerana mencari dowliner, kenapa pula bila belian dari pihak upliner sendiri tidak memberangsangkan tapi belian dari downliner memberangksangkan Bonus ini tidak dapat dinikmati oleh upliner, ini akad apa pulak. Jadi definisikan dulu Bonus itu samada ia upah atau hibah atau komisen? Semuanya tak kena, jadi bagaimana anda boleh mengaitkannya dengan Hadis berilah upah sebelum peluh kering?



albaniasghar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Siri 5: Akad ijarah dalam samsarah

Adapun pekerjaan samsarah/simsar dalam bentuk makelar, broker,
distributor, agen, dsbnya dalam fiqih Islam adalah termasuk dalam
aqad IJarah (suatu transaksi atau mu'amalat memanfa'atkan susahpayah
seseorang dgn imbuhan)

Distributor dalam sistem pemasaran MLM menerima stok dari Syarikat
Induk MLM, menyerahkan stok barang itu kepada downlinernya, kemudian
Distributor itu menerima ganjaran dalam bentuk bonus.

Bonus inilah yg dipertikaikan oleh golongan ini sebagai hasil yg
haram! Ini kerana Distributor tidak melakukan aktiviti jualan cuma
menikmati hasil imbuhan dari jualan downlinersnya.

Jawapan kita dalam masalah ini:

Sebab itu kita menasihati mereka ini supaya meneliti kesemua 69
syarikat gabungan Direct Selling Malaysia dan meneliti sistem
pembayaran kepada makelar (distributor). Ini kerana setiap syarikat
itu ada yg jelas sistem MLMnya dan ada yg kabur.

Hasil makelar ini hukum asalnya harus, bergantung kepada syarat2
berikut:

Syarikat Jualan Langsung menggariskan Pelan Pemasaran yg Telus dan
Jelas kepada semua peserta dan formula pembayaran bonus dan upah
kepada setiap anggota dalam Level pemasaran itu diterima oleh semua
pihak. Butiran perjanjian dengan semua peringkat, antara Syarikat
Induk dan Distributor, antara Distributor dan Downliner semua
dilaksanakan. Jika ada syarikat MLM yg ada sistem perjanjian (aqad)
ini, maka ia adalah ciri MLM yg halal. Dalil: "kecuali dgn jalan
bisnes yg berlaku secara suka sama suka di antara kamu." AQ 4:29

Kedua: AJL (syarikat) dan Distributor tahap tinggi (diamond atau
gold distributor) tidak berpakat menipu, mereka sentiasa telus,
produk yg halal dan bisnes yg tiada unsur syubhat. Dalil:" berilah
para pekerja itu upahnya sebelum kering peluhnya". Ibn Majah-Tabrani
Dalam hadis ini melambangkan bisnes dalam Islam yg telus, pantas
memberi upah dan bonus kepada setiap tahap downliner hatta sebelum
peluh mereka kering."

>>>>>>>6



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke