Komentar Ibnu Kahtir Tetang Hadis Rejam.

 

Jadi untuk menerangkan kepada THTL tentang hukum rejam yang spesifik ini ana minta anda merujuk ke tafsir Ibnu Kathir Surah Al-Maedah ayat 42-43, secara ringkasnya ana akan terangkan beberapa hadis yang dikemukakan oleh Ibn Kathir tentang hal rejam ini.

 

Secara ringkasnya bahawa hadis-hadis yang datang menyebutkan bahawa Rasulullah bertanya kepada Yahudi tentang apakah Hukuman Rejam dalam ajaran kitab Taurat dan Yahudi cuba sembunyikannya, kerana hukuman untuk penzina pada masa itu mereka akan hitamkan muka dan diarak mengelilingi kampung, tapi ada yang bersumpah akan bercakap benar maka mereka terpaksa menjelaskan hal sebenar, ada yang menutup tangan bila sampai ayat Rejam. Untuk rujukan Hadis-hadis yang pelbagai ini sila merujuk kepada Tafsir Ibnu Kathir, II/58-60. Kerana saya tidak berkesempatan untuk menterjemah kesemuanya. Lihat bagaimana Komentar Ibnu Kathir tentang Hadis Rejam ini.

 

فهذه الأحاديث دالة على أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حكم بموافقة حكم التوراة وليس هذا من باب الإكرام لهم بما يعتقدون صحته لأنهم مأمورون باتباع الشرع المحمدي لامحالة ولكن هذا بوحي خاص من الله عز وجل إليه بذلك وسؤاله إياهم عن ذلك ليقررهم على ما بأيديهم مما تواطؤا على كتمانه وجحده وعدم العمل به تلك الدهور الطويلة فلما اعترفوا به مع علمهم على خلافه بان زيغهم وعنادهم وتكذيبهم لما يعتقدون صحته من الكتاب الذي بأيديهم وعدولهم إلى تحكيم الرسول صلى الله عليه وسلم إنما كان عن هوى منهم وشهوة لموافقة آرائهم لا لإعتقادهم صحة ما يحكم به ولهذا قالوا إن أوتيتم هذا أي الجلد والتحميم فخذوه أي اقبلوه وإن لم تؤتوه[1]

 

Hadis-Hadis ini sebenarnya menjelaskan bahawa Rasulullah saw telah berhukum sesuai dengan Hukum Taurat, dan ini bukanlah merupakan bab memulaikan mereka lantaran anutan mereka itu betul, kerana mereka diperintahkan untuk mengikut syariat Muhamad SAW, secara pasti. Namun ini merupakan wahyu khas dari Allah swt kepadanya dalam hal ini dan soalannya kepada mereka supaya mereka mengaku bahawa mereka telah bersepakat melakukan penyembunyian dan penyelewengan dan tidak mengamalkan kitab di tangan mereka, dalam masa yang panjang. Tatkala meraka mengakui bahawa amalan mereka menyalahinya kerana kegelinciran dan pendustaan mereka tehadap pegangan mereka yang sebenar dari Kitab yang ada ditangan mereka dan kecenderungan mereka untuk bertahkim kepada Muhd juga sesungguhya tidak lain terbit dari hawa mereka dan syahwat mereka supaya sesuai dengan pandangan mereka, tetapi tidak sebagaimana aqidah mereka yang sejati maka meraka tidak akan berhukum dengannya, dan ini sebagaimana perkataan mereka jika Muhd saw membawa ini iaitu Hukuman Jilid untuk penzina dan menghitamkan muka maka terimalahm tapi jika tidak tinggalkannya.



[1] Tafsir Ibnu Kathir, II/60



albaniasghar <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
--- In [EMAIL PROTECTED], Ramli Abdul Rahim
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Ali-Imran (The Family of Imran) [3:31]     
> 3:31 Say: "If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you and
forgive you your sins: For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."

~~~~~~~~~~~~~~~

Terjemahnya:
Katakanlah: "Jika kamu menyintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang." ali Imran:31

Tafsir Ibn Katheer:

Ayat ini dgn jelas mendefinasikan sifat orang yg mengaku benar2
menyintai Allah yakni yg mengikuti agama Muhammad dan syari'atnya.
Aisyah ra meriwayatkan sebuah hadis yg masyhur:
"B/siapa yg melaksanakan suatu amalan yg tidak sesuai dgn perintah
kami, maka amalan itu dikembalikan (tertolak)." Muslim:1718)

Telah berkata alhasan alBasri," sekelompok orang mengaku bahawa
mereka menyintai Allah, maka turunlah ayat ini."

Rumusan:

Definasi orang yg mendakwa menyintai Allah SWT ialah dengan cara
mengikuti agama Muhammad saw dan melaksanakan syari'atnya. Banyak
orang mendakwa menyintai Allah, kemudian mereka menolak sunnah dan
mencipta sunnah yg baru kerana berpendapat sunnah yg baru (bid'ah)
ini lebih mendekatkan diri kepada Allah.

aa


aa



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Do you Yahoo!?
vote.yahoo.com - Register online to vote today!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke