Petikan
KHULASAH AL-QURAN
INSTITUT AL-BALAGHULMUBIN SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIN
Jariah Sultan Haji Hassanal Bolkiah (An-Nur)
Rong Cenok, Pasir Mas, Kelantan
 
ms 846
Surah Al-Fath
 
Intisari ruku' (1) bagi surah al-Fath ialah:
 
(1) Menerangkan penyampaian berita gembira bahawa Rsulullah dan orang-orang Mu'min akan mencapai semua hasil perjuangan mereka iaitu mendapat kemenangan, keampunan dan ni'mat yang sempurna, kedudukan yang kuat dan hidayah ke jalan yang lurus dalam usaha menyampaikan risalah dan membangunkan masyarakat.
 
(2) Menerangkan janji-janji ALlah mengurniakan ni'mat-ni'mat yang besar kepada kaum Mu'minin dan di samping janji seksa terhadap orang-orang Munafiqin dan orang-orang Musyrikin.
 
(3) Merakamkan peristiwa Bai'tul Ridhwan (Perjanjian Setia) antara para Mu'min dengan Rasulullah s.a.w.
 
Sumber ambilan adalah:
 
      Al-FatihaAl-BaqarahAl-i-'ImranAn-NisaaAl-MaidahAl-An'amAl-A'rafAl-AnfalAt-ToubaYunusHudYusufAr-Ra'dIbrahimAl-HijrAn-NahlAl-IsraaAl-kahfMaryamTa-HaAl-AnbiyaaAl-HajjAl-MuminunAn-NurAl-FurqanAsh-Shu'araaAn-NamlAl-QasasAl-'AnkabutAr-RumLuqmanAs-SajdaAl-AhzabSabaFatirYa-SinAs-SaffatSadAz-ZumarGafirFussilatAsh-shuraAz-ZukhrufAd-DukhanAl-JathiyaAl-AhqafMuhammadAl-fat-hAl-HujuratQafAz-ZariyatAt-TurAn-NajmAl-QamarAr-RahmanAl-Waqi'aAl-HadidAl-MujadilaAl-HashrAl-MumtahanaAs-SaffAl-Jumu'aAl-MunafiqunAt-TagabunAt-TalaqAt-TahrimAl-MulkAl-QalamAl-HaqqaAl-Ma'arijNuhAl-JinnAl-MuzzammilAl-MuddaththirAl-QiyamatAl-InsanAl-MursalatAn-NabaaAn-Nazi'at'AbasaAt-TakwirAl-InfitarAl-MutaffifeenAl-InshiqaqAl-BurujAt-TariqAl-A'laAl-GashiyaAl-FajrAl-BaladAsh-ShamsAl-LailAd-DhuhaAl-SharhAt-TinAl-'AlaqAl-QadrAl-BaiyinaAl-ZalzalahAl-'AdiyatAl-Qari'aAt-TakathurAl-'AsrAl-Humazaal-FilQuraishAl-Ma'unAl-KautharAl-KafirunAn-NasrAl-MasadAl-IkhlasAl-FalaqAn-Nas123456789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839404142434445464748495051525354555657585960616263646566676869707172737475767778798081828384858687888990919293949596979899100101102103104105106107108109110111112113114

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,

[2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

[3] Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

[4] (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Do you Yahoo!?
vote.yahoo.com - Register online to vote today!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke