DUNIA BUKAN SYURGA

Kata orang "bila dah sayang, semuanya indah belaka".Dengan perkataan 
lain , sesuatu yang indah itu tidak dapat diukur dengan satu alat 
pengukur, seperti kata orang alam ini indah, bergantung kepada rasa 
dan pandangan masing-masing, bergantung kepada rasa dan pandangan 
orang yang mengatakannnya.Oleh itu sesuatu yang indah, ukurannya 
terletak kepada orang yang bersangkutan sahaja. 

Jika seseorang itu tergoda dengan seorang perempuan dan merasakan 
bahawa perempuan itu amat cantik tetapi adalah mungkin orang lain 
tidak merasakan sedemikian.Oleh kerana itu pemuja kecantikan adalah 
fitnah dan memburunya akan membuka jalan-jalan fitnah yang lain. 

Antara para penyair dan para solihin serta muttaqin mereka tidak 
sependapat dalam memandang dan menilai sesuatu objek yang indah, 
namun kedua-dua golongan ini sependapat bahawa keindahan itu adalah 
sesuatu yang menarik dan disukai.Titis embun yang melekat pada 
bebungaan , oleh penyair boleh dianggap sesuatu hal yang indah yang 
diciptakan sedemikian rupa olah kuasa langit.Manakala bagi para 
solihin dan muttaqin memandang akan hal itu sebagai bukti bahawa 
tumbuhan juga berzikir dan beribadat kepada Khaliknya…

Seperti inilah pandangan dan penilaian seseorang terhadap keindahan 
bergantung kepada penerimaan hati dan perasaan seseorang. Berbicara 
soal keindahan sebenarnya kita tidak dapat menyangkal pengertian 
keindahan yang terdapat pada diri wanita dan daya tarikan yang ada 
pada mereka.Ramai penyair yang tertarik dengan suara wanita, 
terkadang mereka tenggelam memuji dan memuja wanita.Lihat sajalah 
lirik-lirik lagu yang banyak memuji kecantikan seseorang wanita, 
sedang Islam menegaskan bahawa suara wanita itu adalah aurat yang 
mesti ditutup dengan diam, kerana suara mereka kunci hati lelaki yang 
dapat membuka pintu untuk pelbagai fitnah. 

to be continued...IA



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke