Assalamualaikum
 
Perlawanan dan perbalahan di kalangan umat Islam adalah sunnah kauniyah yang dijalankan oleh Allah di kalangan umat Muhammad.
 
Jika anda sendiri pernah membaca al-Quran pasti anda menemui ayat ini...
 
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. [al-Hujurat, 9]

Ayat Allah ini tidak akan mampu diubah oleh sesiapapun.... jadi pergaduhan sesama muslim yang beriman adalah perkara yang sudah termaktub di dalam al-Quran. Di dalam keratan ayat ini Allah memerintahkan kita agar menjadi sebaik-baik muslim iaitu PENDAMAI.

Bukan setakat Iraq - Iran, Sunni - Syiah, Iraq - Kuwait, Yaman Selatan - Yaman Utara sahaja yg berperang. Malah semua ini sudah bermula sejak peristiwa pembunuhan Utsman bin Affan lagi.... meletusnya perang Jamal dan Siffin serta perang Nahrawand di kalangan para sahabat radhiallahu 'anhum.

Mereka juga manusia seperti kita, tapi taraf mereka adalah lebih mulia dari kita.

Orang Arab kata:

Hum al-Rijal wa nahnu al-Rijal - Mereka orang kita pun orang

Ma wasalahum illa fi al-Ni'aal - Tapi tak sampai kecuali taraf selipar diorang je.

Memang Islam tak semai benih Asobiyah, tetapi ada di kalangan kita yang mengkategorikan manusia mengikut faham hizbiyah dan fikrah.... ini yang berlaku.

Bila tak ada sefahaman kita menghentam orang yang tak sefaham dengan kita dan mengeluarkan macam-macam hujah... bila orang beri hujah yang tak sepadan dengan pemikiran kita, kita anggap salah pasang hujah.

Jadi yang paling MUDAH.... anda ada hujah, kami ada hujah!

Islam tak pernah mengeji Ikhtilaf Tanawu' (kepelbagaian) tetapi yang Islam amat larang adalah ikhtilaf Tudhod (bercanggah)....

Wassalam

 

 



ir_haikal <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum wbt...
Banyak kali terjadi umat Islam berperang dan bergaduh sesama
sendiri. ini adalah suatu kemaksiatan yang jelas. Perang Iran dan
Iraq, konfrantasi Malaysia-indonesia antara contoh yang berlaku.
malah sekarang ini, pergaduhan antara penyokong bola sepak antara
negeri2 bukahlah suatu yang pelik.

Media massa pula memainkan peranan dalam mengapi-apikan lagi
ketegangan anatara dua pihak, hubungan malaysia dan singapura
contohnya. Pekerja luar dari Indonesia, Bangladesh dianggap kelas
kedua yang biasa  dipandang jijik dan hina oleh sebahagian rakyat
malaysia. sedangkan mereka itu sama2 mentauhidkan tuhan yang esa,
Allah swt.

Apakah kita hendak menolah hadith riwayat Imam Ahmad yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesunguhnya Rabb kamu adalah satu dan bapa kamu
adalah satu juga. Tiada keutamaan orang 'Ajam atas orang Arab. Tidak
ada keutamaan orang hitam atas orang merah. Juga tidak ada keutamaan
orang hitam atas orang merah kecuali taqwanya".

"seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, tidak menzalimi dan
tidak merusakkan citanya....." (HR Ahmad, BUkhari, Muslim, Abu Daud,
Nasa'i dan Ibn Hibban)

Maka, jangan la kita melaga-lagakan sesama umat Islam, jangan kita
semai benih assobiyah!!!


haikal






///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 100MB free storage!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke