Cakap sana sini – dipetik dari email

Dalam kaedah uslub dakwah Islam ( yang saya amat yakin anda tak belajar pun ), "berhikmah" bukan bermakna lembut sepanjang masa. Sirrah Nabi SAW jelas Nabi bersikap lembut ketika di Mekkah..tetapi bila mempunyai daulah dan kekuatan Nabi SAW melibatkan jemmah Islam dalam peperangan....

Sila rujuk kitab Il'hya U'lummuddin ( karang Imam Ghazali ) , berkenaan adab bercakap.... Sedangkan hukum membunuh itu asalnya haram boleh menjadi wajib, hukum makan babi haram..dalam keadaan tertentu boleh jadi harus... Maka dalam berkasar bahasa  juga, biarpun pada asalnya ditegah.. namun dalam keadaan yang memenuhi syarat fedah, menjadi harus dan sunat. Sebagai contoh, kaedah feqah dengan mudah memberikan perbandingan.

Jika kita pulang ke rumah dan ada seorang sedang merogol anak kita..  Apakah anda nak berkata dengan berlemah lembut kepada perogol itu, " Encik, mohon jasa baik encik ..jangan lah rogol anak saya.."

Islam membenarkan malah adakalnya mewajibkan kita berlaku kasar dan tegas terhadap yang menzalimi kita.

Firman ALLAH SWT;

" Sesungguhnya ALLAH SWT tidak meyukai perkataan yang buruk melainkan dari mereka yang dizalimi"

                        - Surah At-Taubah

Sila rujuk sirrah bagai mana Nabi SWA tidak menghalang malah menegur Umar al-Khatab yang memenggal kepala seorang munafiq yang enggan terima keputusan hukuman Nabi SAW yang memihak kepada Yahudi.

Menceritakan keburukkan pemimpin agar rakyat tidak memilih pemimpin yang zalim.. adalah satu kewajiban. Ini bukan mengumpat, bukan nak tabur fitnah...Ini menyatakan haq kepada rakyat agar yang bathil dihancurkan.

Bila hak kami sebagai rakyat iaitu pendidikan percuma, hak berhimpun, hak menegur pemimpin, wang KWSP,Tabung Haji etc, perubatan percuma, berhukum dengan hukum Islam secara syumul... etc.. dinafikan, malah kami ditangkap, dipukul, disekda dalam tahanan, dinafikan hak untuk membela diri..... INI ZALIM...... Maka kami berhak dari kaedah feqah dan tassauf untuk menyatakan kemarahan kami.. Dan marah kami pada UMNO/BN kerana kami cinta kan ALLAH dan Rasul. Kami marah bila hukum ALLAH dijadikan lebih hina dari undang-undang traffik jalan raya. Dimana hukum Islam disempitkan hanya pada bab nikah, cerai, fara'id etc.. sedangkan sistem negara, sistem ekonomi, sistem jinayat  diletakkan berpaksi pada sistem British dan Yahudi kapatalis....... Jangan nak cakap pasal pembagunan.. kerana pembagunan yang berteras pada sisyem kafir hanyalah dilaknat ALLAH SWT dan tidak akan bertahan lama..samalah seperti umat-umat yang terdahulu yang jauh maju..namun mereka dihancurkan oleh ALLAH.

Soal assobiyyah yang berlaku disini sana jangan dijadikan alasan untuk menghalalkan assobiyyah dalam konteks daulah jemaah dan negara... seperti yang UMNO lakukan. samalah seperti mengatakan bahawa soal zina ini perkara biasa kerana sana sini orang berzina...maka ketua negara berzina pun apa salahnya. Ini tak betul.

Saya masih menunggu jawaban kamu tentang penafian bayaran kewangan oleh UMNO/BN Pusat kepada Kelantan dan Terengganu ...Kenapa tak beri.. Ini hak rakyat...kenapa hukum rakyat yang menyokong PAS etc. Betulkan dulu paksi keadilan  baru nak cakap buat pembangunan Islam.

Saya nak tanya kamu, sila jawab.. Jika ada anak atau keluarga kamu dirogol....hukum apa kamu nak pakai terhadap perogol itu....?

Sila jawab....Ingat jikapun mana-mana jinayah tidak dapat disabitkan dengan hukum Hudud kerana kurang bukti dan syarat...maka hukuman akan dijatuhkan mengikut kaedah Ta'zir...yang mestilah disepakat oleh jumhur ulamak....

Baik kamu sibuk nak buat pembagunan...ingat dalam PAS tak ada intelek ke..?  Malah mengikut statistik terbaru yang dibentang dalam salah satu mesyuarat ad-hoc UMNO kawasan, BA dan PAS mempunyai jumlah intelak yang jauh lebih ramai dari UMNO/BN.

Pembangunan apa yang UMNO/BN buat kalau ianya didasari oleh konsep penswastaan..... Air/letrik / jalan /kesihatan  adalah keperluan asas rakyat..menjadi kewajiban kerajaan untuk berikan percuma kepada rakyat. Yang ada sekarang satu demi satu institusi ini diswastakan... Siapa yang pegang ekuiti ...rakyat....??? Pasti tidak....

Jangan UMNO/BN nak jaja sana sini lagi soal pembagunan.....kami dah meluat nak dengan....kamu buat pembagunan dan pada masa sama kamu buat duit dengan pegang konsesi projek dan dapat habuan projek....Semua menteri BN/UMNO  kira orang yang kaya mendadak....Kenapa tak istihar harta..... Dalam kajian terbaru kami, kami dapati semakin ramai kaum bukan Melayu mulai nampak dan sedar bahawa pemimpin UMNO/BN mambuat wang dari kedudukan kerajaan.  Bukan soal pembagunan yang kami nak persoalankan kerana pembagunan ini kerja kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat..Gaji menteri semua duit kami.....BN/UMNO sepatutnya jadi kuli rakyat...bukan cekik rakyat dengan penswastaan dan guna kedudukkan untuk buat duit.  Semakin ramai kaum bukan Melayu kini sedar bahawa kouta universiti yang dibuat untuk membataskan mereka masuk universiti diadakan sebab utama ialah jumlah universiti yang dipegang oleh kerajaan amat kurang....Maka oleh kerana tak cukup universiti..maka dibuat kouta mengikut bangsa...Adil kah ini....JIka kerajaan buat universiti yang cukup pasti tidak timbul soal kouta....UMNO/BN cuba mengalih pemikiran rakyat dengan meluluskan ratusan kolej swasta untuk melepaskan diri dari amanah menyediakan pendidikan tinggi kepada rakyat. Institusi swasta ini semua ...siapa yang punya..? Inti College, Metropolitan College, Lim Kok Wing Institute of Art..etc...siapa punya..kalau bukan kekawan dan kroni UMNO/BN.....Mana rakyat mampu hantar anak mereka ke institusi swasta....?

BIla rakyat tak mampu hantar anak belajar ke tempat swasta, kerajaan suruh rakyat labur kat pelbagai skim insuran....kononya untuk simpanan bagi masa depan pendidikan anak....Pendidikan ialah tanggung jawab kerajaan, kenapa nak suruh kami simpan wang baki gaji kami yang tak seberapa ini untuk biaya anak kami ke kolej swasta..?

Institusi-insuran yang ada pula...siapa punya...kroni lagi....Buat duit lagi.....Inikah pembagunan yang UMNO/BN nak jaja keliling kampung....!!!!!!  Nak muntah ...!!! Kami dah sedar...kami cerita kepada teman-teman dan keluarga kami yang sokong UMNO/BN...mereka boleh terima...kerana mereka juga pikul beban untuk menyara anak-anak.....Toksah nak tipu kami lagi... 

Siapa kata UMNO kafir...???? Saya tak cakap pun.....Yang saya lakukan ialah qoute petikan dari firman ALLAH  SWT dan sabda Nabi SAW.

Siapa makan cili dia lah rasa pedas....

Apakah hukum orang yang meredhoi hukum jahiliyyah kalaupun tidak paling kurang jatuh fasiq..?

Dalam kes Anwar Ibrahim.....kenapa alibi ( iaitu bukti mengatakan Anwar tidak berada di tempat kesalahan dilakukan ) ditolak mentah-mentah oleh makhamah..? Alibi yang dibentangkan dengan bukti, salinan pas perjalanan , pengesahan duta-duta dan lain lain yang membuktikan Anwar tidak berada di Trivioli Villa dalam tempoh pertuduhan perlakuan liwat dilakukan , tidak diterima oleh makhamah..?

UMNO/BN, undang-undang Islam kamu sepak ke longkang, undang-undang Civil perseketuan pun kamu putar belitkan untuk memastikan Anwar masuk penjara....Kamu jangan nak cakap pasal pembagunan, Firaun juga membuat pembagunan dan membela nasib orang Mesir....namun dia zalim pada bani Israel... maka Firaun dihancurkan.... Pembagunan bukan alasan untuk mendapat pembelaan ALLAH....syariat kamu tak tegakkan....

Ingatlah, jika dikaji dalam sirrah, Masjid pertama yang Nabi bina di Madinah , adalah dibina dari pohon dan pelepah kurma, berlantaikan pasir dan daun. Apakah Nabi tak mampu bina masjid yang indah cantik, sedangkan bersama baginda SWA ialah sahabat-sahabat jutawan seperti Abdur-Rahman bin Auf..? Kenapa tidak dibina masjid yang besar dan mewah..?

Ulamak hadis secara ijmak merumuskan sebabnya bahawa :

  1. Nabi SWA mahu membuktikan bahawa asas Islam ialah taqwa, dan bukan ukuran material dan nifaq.
  2. Nabi SWA mahu memisahkan antara tuntutan syariat dan syiar. Bina masjid adalah syariat. Cantikkan masjid..ialah syiar. Pinjaman tanpa riba ialah syariat, bank Islam ialah syiar. Orang Islam pergi Mekah, puasa, solat, pinjam meminjam kesemuanya  biarpun ketika di zaman British.

Tabung Haji, IKIM, YADIM adalah syiar..bukan syariat...Syiar adalah bunga kepada syariat... Syariat wajib dilaksanakan dulu baru dikembangkan syiar..

Baik, hukum Hudud adalah syariat, Qisas adalah syariat...mengharamkan judi adalah syariat.... menutup pintu  maksiat adalah syariat..... Kenapa UMNO/BN tak laksanakan yang syariat.. Kalau setakat puasa , haji, sembahyang.... tak perlu merdeka pun memang orang boleh buat. Apakah British halang orang Melayu solat, puasa, pergi Mekah..? Tidak.. Apa yang British tak bagi ialah sistem daulah Islam terlaksana secara syumul... Maka UMNO tidak diharamkan seperti Hizbul Muslimin..kerena pengasas UMNO adalah pegawai British yang menerima dasar sekular dan sistem kafir Bristih. UMNO hanyalah klon sistem British...maka umat Islam pada hakikatnya masih dijajah oleh sistem kafir...biarpun bertukar tangan kepada anak Melayu. Maka dengan mulka tak malu dan munafiq, UMNO menjemput Lord Ried untuk gubal undang-undang negara, langsung tak rujuk Quran, Hadis, Ijmak dan Qias serta para ulamak..

Kemerdekaan hakiki ialah memerdekakan diri dari pengabdian diri dari mensyirik kan ALLAH STW dari segi zatNYA, sifatNYA, Uluhiyyah  dan Rububiyyah. Kebebasan hakiki ialah bila kita membebaskan diri dari dikuasai dan ditadbir oleh sistem Taghut dan kembali kepada sistem Ad-Din Islam, Aqidah dan Syariat secara total dan comprehensive.

Syukur, taqwa, penharapan, pergantungan, tawakkal, rujukan segala hukum dan sistem WAJIBlah tertumpu hanya pada ALLAH STW. Inilah inipati Uluhiyyah dan Rububiyyah yang WAJIB dipenuhi (bukannya hanya sekadar mengakui Islam dan mentauhidkan ALLAH SWT pada sifat dan zatNYA sahaja), untuk memenuhi ta'arif aqidah Ahlul Sunnah Wal Jama'ah.

Jika UMNO menukar  sistem negara pada dalam Islam secara total.... PAS akan dibubarkan... kami akan bersama anda.... Sila sahut cabaran kami ini...


Do you Yahoo!?
vote.yahoo.com - Register online to vote today!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke