>From: Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: [islah-net] Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna
>Date: Thu, 23 Sep 2004 21:40:18 -0700 (PDT)
>
>Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna
>
>Demikianlah tegas seorang Naqib mengenai konsep usrah.
>Beliau menyatakan usrah itu bukan hanya kita
>membicarakan pemikiran Hassan Al Banna, bukan sekadar
>kita menghafal ayat Al Quran, bukan sekadar membaca
>satu-satu bab, dan minggu depan sambung bab lain.
>
>Konsep usrah menurut beliau harus diperluaskan lagi.
>Menurutnya pernah satu hari sebelum mula usrah Naqib
>mengajak semua anak buahnya mengikut beliau. Lalu
>ikutlah 2-3 kereta, tak tahu naqib nak bawa ke mana.
>Lalu mereka sampai di hospital, naqib membawa anak
>buah menziarahi orang sakit, ada yang tengah nazak.
>Lepas tu di luar hospital naqib pun memberitahu anak
>buah, akan nikmat kesihatan, bagaimana kita semua
>harus memperbanyakkan amal, bila sudah sakit susah
>hendak beribadah, hinggakan ada anak buah yang
>menangis mendengar peringatan naqib. Kemudian mereka
>semua pun pulang ke tempat usrah hendak dimulakan,
>apabila sampai anak buah semua ingat baru nak mula
>usrah, naqib pun kata, usrah sudah tamat, kita tutup
>dengan membaca tasbih Kifarah dan Surah Asr.
>
>Minggu lain pula Naqib membawa mereka ke restoran Tom
>Yam. Lalu Naqib suruh mereka semua makan. Anak buah
>semua rasa seronok, masing-masing orderlah mengikut
>nafsu. Lepas makan Naqib buat senarai, si A order ini
>order ini, kuat makan, si B order ini order ini, si C
>makan tak pandang kawan. Lepas tu ramai yang order teh
>dan teh tarik. Naqib kata Imam Hassan Al Banna tak
>suka minum teh dan semua jenis minuman yang ada
>kafein. Semua anak buah tunduk rasa malu, kalau tahu
>tak order apa, order air kosong saja nak tunjuk warak.
>
>Kemudian menyentuh amalan Hassan Al Banna yang suka
>berdakwah dengan orang ramai di kedai kopi, maka kita
>jangan hanya setakat baca riwayat hidupnya. Kita juga
>harus ada pendekatan untuk berdakwah menggunakan
>pendekatan yang sesuai di cyber café, pusat snooker
>dan sebagainya.
>
>Pernah beliau di satu Felda jumpa dengan anak muda
>yang suka main gitar dari sebelum Maghrib sampai ke
>malam. Lalu Naqib tadi mendekati remaja tadi bukan
>untuk berdakwah tetapi mengatakanbunyi gitar budak
>tadi tak sedap. Tuning tali gitar tak kena katanya,
>walhal Naqib tadi tak tahu satu benda pasal gitar.
>Lalu Naqib tadi offer pada budak tadi untuk betulkan
>tali gitarnya dirumah. Naqib tadi pergi sampai Segamat
>suruh kedai Cina betulkan tuning gitar. Lama kelamaan
>Naqib tadi kamceng dengan budak tadi. Lama kelamaan
>budak tadi sendiri tak main gitar.
>
>Jadi,perluaskan konsep usrah kita, sesuai dengan
>perkataan usrah itu bermaksud keluarga. Usrah tak
>semestinya Tarbiyyah, tarbiyyah tak semestinya usrah.
>
>Wallahu a’lam
>
>
>
>
>__________________________________
>Do you Yahoo!?
>New and Improved Yahoo! Mail - Send 10MB messages!
>http://promotions.yahoo.com/new_mail
>
>
>
>///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan 
>Maklumat
>//////////////////////////////////
>
>Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
>Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
>
>Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
>http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
>
>Langganan : Hantar E-mail kosong ke
>             [EMAIL PROTECTED]
>Unsub     : Hantar E-mail kosong ke
>             [EMAIL PROTECTED]
>Yahoo! Groups Links
>
>
>
>
>

_________________________________________________________________
Download the latest MSN Messenger http://messenger.msn.com.my



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke