Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir 
dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam 
untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari 
diri kita sendiri. 

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh 
pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, 
perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung 
di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, 
ego, riak dan lain-lain penyakit hati. 

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab 
setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu 
adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita 
mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat 
kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak 
menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. 

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka 
bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis 
muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan 
ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang 
jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada 
ketentuan qada' dan qadar dari Allah. 

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba 
jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba 
didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan 
sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka 
mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib 
sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. 
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya 
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. 

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang 
bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really 
beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik 
peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti 
mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui 
pakaian dan akhlaq baik. 

http://almumtazah.sodeeq.com/archives/003426.html

 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$9.95 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/J8kdrA/y20IAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke