Asslamualaikum warahmatullah,

Artikel saya di bawah ini mungkin sedikit terlambat.
Insya-Allah harap ia masih bermanfaat khasnya dalam
menerangkan hukum antara qadha puasa atau fidyah bagi
orang tua dan wanita mengandung. Juga hukum memasukkan
sesuatu dalam rongga, menelan air liur, merasa masakan
dan sebagainya ketika berpuasa.

Selamat mengkaji, wassalam.


Puasa Ramadhan: Antara Yang Ditinggalkan dan Ditokok
Tambah.
Hafiz Firdaus Abdullah ([EMAIL PROTECTED])

Kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah satu
perintah agama yang dikenali oleh semua umat Islam,
malah termasuk oleh kebanyakan orang bukan Islam.
Kewajipan ini bermula kira-kira pada tahun 5 Hijrah di
Kota Madinah. Dalam tempoh masa yang lama ini,
terdapat beberapa amalan yang merupakan sebahagian
daripada ibadah puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan
umat. Pada waktu yang sama terdapat beberapa amalan
lain yang bukan merupakan sebahagian daripada ibadah
puasa yang telah ditokok tambah oleh umat. Dalam
kesempatan ini, penulis ingin menarik perhatian para
pembaca sekalian kepada satu perkara yang telah
ditinggalkan dan satu perkara yang telah ditokok
tambah.


Perkara yang ditinggalkan

Antara perkara yang telah ditinggalkan umat ialah
memanfaatkan kemudahan dan kelonggaran hukum yang
diberikan oleh syari‘at Islam kepada orang yang
berpuasa. Islam adalah satu agama yang mudah lagi
memudahkan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berfirman:

áÇó íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáÇøó æõÓúÚóåóÇ.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya.” [al-Baqarah 2:286]. Berdasarkan
firman-Nya ini, Allah telah memberi beberapa kemudahan
atau kelonggaran hukum di dalam syari‘at Islam. Sangat
dianjurkan untuk memanfaatkan kemudahan dan
kelonggaran ini sebagaimana pesan Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam: 

Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ Ãóäú ÊõÄúÊóì ÑõÎóÕõåõ ßóãóÇ
íóßúÑóåõ Ãóäú ÊõÄúÊóì ãóÚúÕöíóÊõåõ.

“Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan
hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci
larangan-larangan-Nya dikerjakan.” [Musnad Ahmad – no:
5866 dan dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib
al-Arna’uth]
Bagi ibadah puasa, Allah telah memberi kelonggaran
hukum kepada tiga kategori keuzuran. Daripada tiga
kategori ini, hanya kategori pertama yang dimanfaatkan
manakala dua kategori yang selebihnya jarang-jarang
dimanfaatkan. Tiga kategori tersebut adalah:

Kategori pertama: 

Keuzuran yang mewajibkan seseorang itu untuk tidak
berpuasa dan dia wajib mengqadhanya selepas itu. Ini
adalah keuzuran yang dialami oleh para wanita yang
didatangi haid dan nifas. 

Kategori kedua:

Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk
berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut
hilang selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia wajib
mengqadha puasa yang ditinggalkan. Contohnya:

1.      Orang yang bermusafir di dalam bulan Ramadhan lalu
dia tidak berpuasa. Setelah bulan Ramadhan dia tidak
lagi bermusafir, maka dia wajib qadha puasa yang
ditinggalkan itu. [Lebih lanjut rujuk artikel penulis
Kemudahan Puasa Ramadhan Ketika Musafir]

2.      Orang yang sakit di dalam bulan Ramadhan lalu dia
tidak berpuasa kerana yakin sama ada berdasarkan
pengalaman atau nasihat doktor pakar bahawa berpuasa
akan memudaratkan lagi kesihatannya. Setelah itu dia
kembali sihat, maka dia wajib qadha puasa yang
ditinggalkan itu.

3.      Orang yang terpaksa bekerja keras di dalam bulan
Ramadhan sehingga dia tidak terdaya berpuasa. Akan
tetapi selepas itu dia tidak lagi membuat apa-apa
kerja keras, maka dia wajib qadha puasa yang
ditinggalkan itu.

4.      Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di
dalam bulan Ramadhan, dia memilih untuk tidak berpuasa
demi menjaga kesihatan diri dan anaknya. Setelah itu
dia tidak lagi mengandung atau menyusukan anak. Maka
dia wajib qadha puasa yang ditinggalkan itu.
Kategori ketiga:

Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk
berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut tetap
wujud selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia tidak
wajib mengqadha puasa yang ditinggalkan tetapi hanya
perlu membayar fidyah, iaitu bagi setiap hari yang
ditinggalkan, dia memberi makan kepada satu orang
miskin dengan kadar yang dapat mengenyangkan orang
tersebut. Contoh bagi kategori ketiga ini:

1.      Orang yang mengalami sakit yang tetap atau
berpanjangan, seperti kanser, gastrik yang serius,
lumpuh atau semata-mata kerana tua. Dia tidak dapat
berpuasa sama ada di dalam bulan Ramadhan atau
selepasnya. Maka orang seperti ini tidak wajib
mengqadha puasa yang ditinggalkannya, dia hanya wajib 
membayar fidyah.

2.      Orang yang terpaksa bekerja keras (hard labour)
secara tetap seperti pekerja buruh, pembinaan, lombong
dan sebagainya. Dia tidak dapat berpuasa sama ada di
dalam bulan Ramadhan atau selepasnya. Maka orang
seperti ini tidak wajib mengqadha puasa yang
ditinggalkannya, dia hanya wajib membayar fidyah.

3.      Seorang ibu yang mengandung atau menyusukan anak di
dalam bulan Ramadhan lalu dia tidak berpuasa. Namun
menjelang Ramadhan seterusnya, dia telah mengandung
kembali atau masih menyusukan anak. Maka bagi si ibu
dia tidak wajib mengqadha puasa yang ditinggalkannya,
dia hanya wajib membayar fidyah. 


Dalil bagi kelonggaran kategori pertama:

A’isyah radhiallahu 'anha berkata:

ßóÇäó íõÕöíÈõäóÇ Ðóáößó ÝóäõÄúãóÑõ ÈöÞóÖóÇÁö ÇáÕøóæúãö
æóáÇó äõÄúãóÑõ ÈöÞóÖóÇÁö ÇáÕøóáÇóÉö.

“Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami, maka
kami disuruh (oleh Rasulullah) mengqadha puasa namun
tidak disuruh untuk mengqadha solat.” [Shahih Muslim –
no: 335 (Kitab al-Haid)]

Daripada keterangan A’isyah di atas, dapat difahami
bahawa seorang wanita yang didatangi haid tidak
diwajibkan bersolat dan berpuasa. Ini kerana perkataan
“...disuruh mengqadha puasa namun tidak disuruh untuk
mengqadha solat” menunjukkan dua ibadah tersebut pada
asalnya tidak diwajibkan dalam waktunya ke atas wanita
yang didatangi haid. Hukum yang sama diterapkan ke
atas wanita yang didatangi nifas. 

Hikmah kelonggaran ini adalah kerana apabila seorang
wanita didatangi haid dan nifas, mereka mengalami
gangguan yang berat ke atas kesihatan badan mereka.
Ini kerana pertukaran hormon dan kehilangan darah pada
saat itu sememangnya memberi kesan ke atas kesihatan
tubuh badan. Mewajibkan puasa dan solat pada keadaan
seperti ini hanya akan memberatkan lagi kesan yang
sedang dihadapi. Dengan itu Allah memudahkan kepada
mereka untuk tidak berpuasa dan tidak bersolat pada
saat didatangi haid dan nifas. 

Perhatikan juga bahawa di dalam kelonggaran ini,
mereka hanya diwajibkan mengqadha puasa dan bukan
solat. Sekalipun solat adalah ibadah yang paling
penting, mengqadhanya akan memberatkan para wanita
kerana ia melibatkan jumlah yang banyak dan
pengulangan yang kerap. Berbeza dengan mengqadha
puasa, ia tidak melibatkan jumlah yang banyak mahupun
pengulangan yang kerap. Sememangnya Allah adalah tuhan
yang Maha Bijaksana dan Maha Mengasihi. [Lebih lanjut
rujuk buku yang disunting oleh penulis berjudul
Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah Berkenaan Haid,
Istihadah dan Nifas terbitan Jahabersa, Johor Bahru
2004]


Dalil bagi kelonggaran kategori kedua dan ketiga:

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

íóÇÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ßõÊöÈó Úóáóíúßõãú
ÇáÕøöíóÇãõ ßóãóÇ ßõÊöÈó Úóáóì ÇáøóÐöíäó ãöäú
ÞóÈúáößõãú áóÚóáøóßõãú ÊóÊøóÞõæäó (183) ÃóíøóÇãðÇ
ãóÚúÏõæÏóÇÊò Ýóãóäú ßóÇäó ãöäúßõãú ãóÑöíÖðÇ Ãóæú Úóáóì
ÓóÝóÑò ÝóÚöÏøóÉñ ãöäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó æóÚóáóì
ÇáøóÐöíäó íõØöíÞõæäóåõ ÝöÏúíóÉñ ØóÚóÇãõ ãöÓúßöíäò
Ýóãóäú ÊóØóæøóÚó ÎóíúÑðÇ Ýóåõæó ÎóíúÑñ áóåõ æóÃóäú
ÊóÕõæãõæÇ ÎóíúÑñ áóßõãú Åöäú ßõäÊõãú ÊóÚúáóãõæäó
(184).

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang
tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau
dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. 

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran
fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu
adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian)
berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi
fidyah), kalau kamu mengetahui. [al-Baqarah 2:183-184]
Daripada dua ayat di atas jelas bahawa puasa adalah
wajib kecuali kepada orang yang sakit atau musafir. 

Pengecualian ini adalah kerana orang yang sedang sakit
atau musafir lazimnya mengalami kesukaran untuk
berpuasa. Maka “kesukaran” adalah faktor penentu sama
ada untuk berpuasa atau tidak. Berdasarkan kaedah
qiyas, mana-mana orang yang mengalami kesukaran untuk
berpuasa sekalipun tidak sakit atau musafir, seperti
pekerja keras (hard labour) dan ibu yang mengandung
atau menyusukan anak, mereka juga dikecualikan
daripada kewajipan berpuasa.

Sama ada mereka wajib mengqadha puasa yang
ditinggalkan atau hanya membayar fidyah, hal ini
ditentukan oleh firman Allah: “…kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada
hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang
tidak terdaya berpuasa membayar fidyah iaitu memberi
makan orang miskin.” 

Pembeza antara mengqadha puasa atau membayar fidyah
adalah dengan memerhatikan sama ada faktor keuzuran
yang menyebabkan dia meninggalkan puasa masih wujud
atau tidak. Jika faktor keuzuran telah hilang, maka
baginya ialah: “…kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang
lain…”. 

Jika faktor kesukaran masih wujud, maka baginya ialah:
“…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya
berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin.”

Mungkin timbul persoalan lanjut bahawa terdapat
beberapa riwayat daripada kalangan sahabat bahawa ayat
184 surah al-Baqarah telah dibatalkan oleh ayat 185,
iaitu:

ÔóåúÑõ ÑóãóÖóÇäó ÇáøóÐöí ÃõäÒöáó Ýöíåö ÇáúÞõÑúÂäõ
åõÏðì áöáäøóÇÓö æóÈóíøöäóÇÊò ãöäú ÇáúåõÏóì
æóÇáúÝõÑúÞóÇäö Ýóãóäú ÔóåöÏó ãöäúßõãú ÇáÔøóåúÑó
ÝóáúíóÕõãúåõ æóãóäú ßóÇäó ãóÑöíÖðÇ Ãóæú Úóáóì ÓóÝóÑò
ÝóÚöÏøóÉñ ãöäú ÃóíøóÇãò ÃõÎóÑó íõÑöíÏõ Çááøóåõ Èößõãú
ÇáúíõÓúÑó æóáÇó íõÑöíÏõ Èößõãú ÇáúÚõÓúÑó
æóáöÊõßúãöáõæÇ ÇáúÚöÏøóÉó æóáöÊõßóÈøöÑõæÇ Çááøóåó
Úóáóì ãóÇ åóÏóÇßõãú æóáóÚóáøóßõãú ÊóÔúßõÑõæäó (185)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. 
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan
anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu
beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur. [al-Baqarah 2:185]

Dalam ayat di atas, orang yang tidak berpuasa kerana
sakit atau musafir diwajibkan mengqadha puasanya. Ayat
di atas tidak lagi membezakan sama ada faktor keuzuran
masih wujud atau telah hilang.

Untuk menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa
maksud nasikh dan mansukh di sisi generasi Salaf
bukanlah bererti pembatalan hukum sepertimana yang
dikenali masa kini tetapi ia bererti pengkhususan atau
pengecualian atau penjelasan daripada satu keumuman. 

[Lebih lanjut rujuk I’lam al-Muwaqi‘in oleh Ibn
al-Qayyim (edisi terjemahan oleh Asep & Kamaluddim;
Pustaka Azzam, Jakarta 2000), jld. 1, ms. 39
(Muqaddimah, Bab Pengertian Nasikh & Mansukh) dan
al-Muwafaqat oleh al-Syaitibi (diteliti oleh ‘Abd
Allah Darraz & Ibrahim Ramadhan; Dar al-Ma‘arif,
Beirut 1996), jld. 3, ms. 75 (Bab al-Nasakh dengan
maksud al-Takhsis, wa al-Taqyid wa al-Bayan).] 

Maka ayat 185 surah al-Baqarah bukanlah membatalkan
ayat 184, tetapi ia mengkhususkan bahawa orang yang
tidak berpuasa kerana sakit atau musafir hendaklah
mengqadha puasanya. Akan tetapi pengkhususan ini
hanyalah bagi orang yang mampu mengqadha, yakni yang
telah hilang faktor kesukarannya. Adapun bagi orang
yang tidak mampu mengqadha kerana faktor kesukaran
masih wujud, mereka tidak termasuk di dalam
pengkhususan ini. Rujukan mereka tetap kepada ayat 184
surah al-Baqarah.



Perkara yang ditokok tambah

Perkara yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa
sehingga benar-benar memberatkan umat Islam ialah
perkara-perkara yang dianggap membatalkan puasa.
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas
pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian
rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebutpernah
terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang
yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an,
yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya
dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh
kepadanya denga sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah
pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan
puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut
sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e
tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini
bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan
puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu
membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang
tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu
sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat
daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka
yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti
kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang
berpuasa akan membatalkan puasanya. [Fiqh al-Siyam
(edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan
rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia,
Solo 2001), ms. 118 & 107-108]

Perkara yang sebenarnya membatalkan puasa hanya empat
iaitu makan, minum bersetubuh dan mengambil apa yang
berupa kenikmatan kepada diri seperti menghisap rokok.


Dalilnya adalah hadis daripada Abu Hurairah
radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis
Qudsi):

ßõáøõ Úóãóáö ÇúÈäö ÂÏóãó áóåõ ... ÅöáÇøó ÇáÕøöíóÇãó
Ýóåõæó áöí æóÃóäóÇ ÃóÌúÒöíú Èöåö, íóÏóÚõ ÇáØøóÚóÇãó
ãöäú ÃóÌúáöíú æóíóÏóÚõ ÇáÔøóÑóÇÈó ãöäú ÃóÌúáöí
æóíóÏóÚõ áóÐøóÊóåõ ãöäú ÃóÌúáöí æóíóÏóÚõ ÒóæúÌóÊóåõ
ãöäú ÃóÌúáöí.

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali
puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan
membalasnya. Dia (anak Adam) (1) meninggalkan makanan
kerana Aku dan (2) meninggalkan minuman kerana Aku dan
(3) meninggalan kenikmatan kerana Aku dan (4)
meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.
[Shahih Ibn Khuzaimah – hadis no: 1897 dengan isnad
yang dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami]

Adapun selain empat perkara di atas, ianya tidak
membatalkan puasa. Memasukkan pen ke dalam mulut,
merasa masakan dengan lidah (kemudian diludah keluar),
menelan air liur, mencuci telinga dengan cotton buds,
debu yang masuk ke dalam hidung, titisan ubat mata
yang mengalir ke dalam rongga mata dan sebagainya, ini
semua tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah
makanan dan minuman atau suatu kenikmatan kepada tuan
punya diri. Sebagai contoh, menelan air liur tidak
pernah dikenali sebagai satu minuman bagi manusia dan
menelannya jarang-jarang menghasilkan kenikmatan
kepada orang yang normal. Seandainya menelan air liur
adalah satu minuman, nescaya tidak ada orang yang mati
kehausan jika terdampar di padang pasir. 

Demikian juga suntikan ubat ke dalam darah seperti
insulin kepada pesakit kencing manis, maka ia tidak
membatalkan puasa. Adapun suntikan yang berupa cecair
glukosa seperti yang diberikan kepada pesakit yang
tidak dapat makan dan minum seperti biasa, maka dalam
hal ini terdapat dua pendapat, yang pertama berkata
tidak batal manakala yang kedua berkata batal. Yang
benar adalah pesakit itu sendiri tidak perlu berpuasa
kerana kesakitan sehingga ke tahap tidak dapat makan
dan minum masuk ke dalam kategori keuzuran yang amat
dianjurkan untuk tidak berpuasa.

Apa sahaja yang memasuki tubuh badan orang yang
berpuasa, sama ada melalui rongga-rongga yang terbuka
atau melalui cara lain, ia tidak membatalkan puasanya
selagi mana benda yang masuk itu bukan makanan,
minuman atau sesuatu yang memberi kenikmatan kepada
orang tersebut. Dalil yang lazimnya digunakan oleh
pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang
memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis
berikut:

ÃóÓúÈöÛú ÇáúæõÖõæÁó æóÈóÇáöÛú Ýöí ÇáÇöÓúÊöäúÔóÇÞö
ÅöáÇøó Ãóäú Êóßõæäó ÕóÇÆöãðÇ.

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam
menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya)
kecuali jika kamu sedang berpuasa. [Dikeluarkan oleh
Ibn Majah dan dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani di
dalam Shahih Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab
Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…)]

Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu
sedang berpuasa” mereka memahami bahawa seseorang itu
dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang
mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika
dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian
fahaman ini diqiyaskan kepada semua rongga tubuh
badan.

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian
yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam
hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam
penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain, yang
dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’
dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh
menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi
sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga
ditelan sebagai “minuman.” [Syaikh Yusuf al-Qaradhawi
- Fiqh al-Siyam, ms. 117]

Demikian dua perkara yang ingin dibawa kepada
perhatian para pembaca sekalian, satu berkenaan
beberapa kemudahan dan kelonggaran hukum yang kini
lazimnya ditinggalkan, kedua berkenaan perkara-perkara
yang dianggap membatalkan puasa yang sebenarnya
merupakan tokok tambah di atas apa yang sebenarnya
tidak disyaratkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang
sahih. 

Pasti sahaja terdapat beberapa perkara lain yang masih
memerlukan perhatian para pembaca sekalian. Antara
perkara yang kini ditinggalkan oleh sebahagian umat
Islam ialah mengakhirkan sahur sebelum berpuasa. 

Sebahagian umat Islam kini bersahur pada lewat malam
sebelum mereka tidur. Sunnah baginda Nabi shallallahu
'alaihi wasallam yang mulia mengajar kita bahawa sahur
hendaklah dilewatkan sehingga ke saat jelas kepada
kita waktu Subuh telah masuk. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda:

ÊóÓóÍøóÑõæÇ ÝóÅöäøó Ýöí ÇáÓøóÍõæÑö ÈóÑóßóÉð.

Bersahurlah kerana sesungguhnya di dalam sahur ada
keberkatan. [Shahih al-Bukhari – hadis no: 1923 (Kitab
Puasa, Bab Keberkatan bersahur)]

ÝóÕúáõ ãóÇ Èóíúäó ÕöíóÇãöäóÇ æóÕöíóÇãö Ãóåúáö
ÇáúßöÊóÇÈö ÃóßúáóÉõ ÇáÓøóÍóÑö.

Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab
ialah makan sahur. [Shahih Muslim – hadis no: 1096
(Kitab Puasa, Bab Keutamaan sahur…)]

ÇáÓøóÍõæÑõ Ãóßúáõåõ ÈóÑóßóÉñ ÝóáÇó ÊóÏóÚõæåõ¡ æóáóæú
Ãóäú íóÌúÑóÚó ÃóÍóÏõßõãú ÌõÑúÚóÉð ãöäú ãóÇÁòº ÝóÅöäøó
Çááåó æóãóáÇóÆößóÊóåõ íõÕóáøõæäó Úóáóì
ÇáãõÊóÓóÍøöÑöíúäó.

Makan sahur adalah keberkatan makan janganlah kamu
tinggalkannya sekalipun kamu hanya minum seteguk air
kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat ke atas orang yang bersahur. [Dikeluarkan
oleh Ibn Hibban dan dinilai hasan oleh Syaikh
al-Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shagheir – hadis
no: 3683]

Antara perkara lain yang ditokok tambah pula ialah:

1.      Mewajibkan lafaz niat sebelum puasa. Membaca lafaz
niat untuk berpuasa atau untuk mana-mana ibadah lain
seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu,
jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah
seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang
bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya
diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan
melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku”
atau “Inilah solat Zohor aku”. Jika masih was-was maka
boleh menyebutnya secara lisan. Jika setelah itu masih
was-was, maka janganlah diberi perhatian lagi keran
aia tidak lain adalah permainan syaitan.

2.      Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum
masuknya waktu Subuh. Tindakan ini sebenarnya menjauhi
sunnah dan bukan mendekatinya atas alasan
“berhati-hati.” Lebih-lebih lagi pada masa kini, umat
Islam tidak perlu “berhati-hati” terlanjur makan dan
minum kerana mereka dapat mengetahui masuknya waktu
Subuh dengan tepat dengan merujuk kepada jadual waktu
solat masing-masing. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

æóßõáõæÇ æóÇÔúÑóÈõæÇ ÍóÊøóì íóÊóÈóíøóäó áóßõãú
ÇáúÎóíúØõ ÇáÃóÈúíóÖõ ãöäú ÇáúÎóíúØö ÇáÃóÓúæóÏö ãöäú
ÇáúÝóÌúÑö.

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu waktu fajar. [al-Baqarah
2:187]




                



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar.
Now with Pop-Up Blocker. Get it for free!
http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke