>>>
>>> Apabila ditanya oleh wartawan asing mengenai kesan kenaikan harga
>>> minyak
>>> ke
>>> atas ekonomi negara, jawab pemimpin Malaysia seperti ini - "Kita
>>> tidak
>>> akan
>>> mengalami masalah kerana Malaysia ialah sebuah negara net producer
>>> untuk
>>> petroleum (hasil eksport melebihi kos import untuk minyak)". Apabila
>>> ditanya
>>> rakyat, kenapa harga petroleum dinaikkan, ini pula jawapannya,
>>> "Adalah
>>> tidak
>>> adil untuk kerajaan menanggung subsidi untuk harga minyak yang
>>> diimport
>>> untuk kegunaan rakyat. Lebih baik kita channel wang tersebut kepada
>>> pembangunan negara seperti membuat jalanraya, hospital dll.". Di
>>> manakah
>>> kelebihan rakyat yang dilahirkan di negara yang dianugerahkan Tuhan
>>> dengan
>>> minyak ini? Situasi ini boleh difahami jika dihadapi oleh rakyat
>>> Jepun
>>> atau
>>> Singapura yang tidak mempunyai hasil galian minyak asli. Bagaimana
>>> pula
>>> dengan penggunaan wang hasil dari export Petroleum untuk menyuntik
>>> dana
>>> ke
>>> dalam bank yang rugi akibat mismanagement? Bagaimana dengan
>>> penggunaan
>>> wang
>>> petroleum untuk membina bandar pentadbiran Putrajaya? Adakah ia adil?
>>> Nampaknya semua perkara adalah adil dan "fair" selagi rakyat marhain
>>> yang
>>> tidak mendapat manfaat tersebut. Adakah keuntungan dari ekspot
>>> Petroleum
>>> tadi menjadi kurang apabila diambil sedikit hasilnya untuk manfaat
>>> rakyat
>>> marhain seperti memberi sedikit subsidi untuk harga petrol?
>>>
>>> Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia menanggung
>>> beban
>>> pula bagi menampung "national pride" seperti Proton. Separuh dari
>>> gaji
>>> bulanan rakyat digunakan untuk membayar installment bulanan kereta.
>>> Akibat
>>> dari tekanan kewangan, scrap metal (kereta potong) 'half cut' dibawa
>>> masuk
>>> ke Malaysia. Besi buruk yang dibuang oleh pengguna di Jepun,
>>> Singapura
>>> dan
>>> Eropah dibawa masuk ke Malaysia untuk diguna pakai oleh rakyat.
>>> Komponen-komponen enjin yang terbuang ini digunapakai kembali,
>>> mungkin
>>> terdapat juga kereta yang telah terbabit kemalangan dan sebagainya.
>>> Apa
>>> nak
>>> buat, kalau nak source yang baru, harganya sama dengan satu tahun
>>> gaji
>>> terkumpul. Keselamatan rakyat sendiri terabai kerana menanggung kos
>>> "kebanggaan negara". Besar sungguh pengorbanan rakyat negara ini
>>> untuk
>>> memuaskan nafsu dan menampung kesilapan pemimpin negara.
>>>
>>> Di negara Britain pula, harga kereta Waja sekitar 8 ribu pound
>>> sterling.
>>> Gaji purata seorang eksekutif yang berumur 30-an tahun di Britain
>>> ialah
>>> sekitar 5 ribu pounds. Waja untuk edisi ekspot mempunyai 4 airbags,
>>> ABS
>>> dan
>>> pelbagai ciri keselamatan. Full warranty (body, engine, gearbox and
>>> everything) untuk kereta Proton di Britain ialah tiga tahun. Dalam
>>> masa
>>> tiga tahun ini, setiap komponen kereta yang rosak (kecil atau besar)
>>> akan
>>> ditanggung oleh Proton. Warranty untuk enjin dan gearbox pula ialah
>>> enam
>>> tahun (sepanjang hayat kereta). Jika saudara-mara Tony Blair, Michael
>>> Howard, Jack Straw atau sesiapa jua mat saleh di UK memiliki Waja
>>> berusia
>>> 5 tahun, kemudian enjin atau gearbox tidak berfungsi, Proton akan
>>> menggantikan komponen terbabit tanpa kos. Menurut majalah "car
>>> review"
>>> di
>>> UK, tiada pembuat kereta lain di dunia ini yang memberi warranty
>>> sebegitu
>>> komrehensif dan menarik kepada pembeli. Siapakah sebenarnya "hamba
>>> abdi"
>>> yang
>>> menanggung kos terbabit? Rakyat negara manakah sebenarnya yang
>>> menanggung
>>> beban
>>> kewangan (dan bebanan mental) untuk mambayar harga bagi memberi
>>> keselamatan dan keselesaan kepada pembeli kereta Proton di UK?
>>>
>>> Adakah patut kita berbangga kerana negara kita "mampu" membuat
>>> kereta?
>>> Adakah negara seperti Austria, Norway, Finland, Kanada, Denmark,
>>> Switzerland, Taiwan dan bayak lagi negara maju lain tidak "mampu"
>>> membuat
>>> kereta yang menyebabkan mereka tidak mempunyai projek kereta
>>> "nasional"?
>>> Adakah rakyat dan kerajaan Britain "tidak mampu" menanggung beban
>>> kewangan
>>> syarikat Jaguar, Bentley, MG, Rover, RollsRoyce, Lotus dll. sehingga
>>> mereka
>>> "menggadaikan maruah" negara dengan membenarkan syarikat asing
>>> memiliki
>>> stake dalam syarikat-syarikat tersebut? Ini bukan soal mampu atau
>>> tidak,
>>> ini soal bodoh atau cerdik. Juga persoalannya ialah adakah negara
>>> meletakkan
>>> kepentingan rakyat marhain mengatasi kepentingan yang lain?
>>>
>>> Thailand yang mengamalkan dasar polisi pintu terbuka untuk industri
>>> automotif telah berjaya menarik syarikat asing seperti Honda, GM,
>>> Ford,
>>> BMW
>>> dan sebagainya ke negara tersebut untuk membuka kilang dan pusat R&D
>>> masing-masing. Jika projection (jangkaan) Proton diambil kira,
>>> menjelang
>>> tahun 2010, Proton akan berjaya mengekspot 45,000 buah kereta.
>>> Thailand
>>> pula
>>> akan berjaya mengekspot 250,000 buah kereta. Walaupun kereta yang
>>> diekspot
>>> dari Thailand adalah berjenama Honda, Chevrolet, Toyota, Ford dll.,
>>> kandungan bahan tempatan (Thai contents) di dalam kereta tersebut
>>> mencapai
>>> sehingga 85%. Kereta yang diekspot oleh Proton pula, walaupun
>>> berjenama
>>> dan logo tempatan(kepala harimau disembelih), kandungan tempatan
>>> (local
>>> contents) belum tentu boleh mencapai figure setinggi tersebut. Di
>>> Malaysia,
>>> syarikat asing hanya membuka assembly plant (tempat pemasangan) untuk
>>> kenderaan mereka dengan mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu
>>> menjadikan
>>> keluaran mereka status CKD (complete knockdown) supaya cukai boleh
>>> dikurangkan. Kesemua mould dan expertise telah siap di-developed di
>>> Thailand atau Jepun. Kereta Honda City ialah contoh product Thailand.
>>>
>>> Ia dibina dari scratch di Rayong, Thailand. Komponen-komponen
>>> kemudian
>>> dibawa ke
>>> Malaysia, Filipina, Indonesia untuk pemasangan. Kereta yang siap
>>> dipasang
>>> di
>>> Thailand diekspot ke seluruh dunia termasuk Jepun! Tiada satu Honda
>>> City
>>> yang
>>> dipasang di Jepun. Honda City di Jepun ialah sebuah kereta CBU dari
>>> Thailand. Bilangan pekerjaan (job creation) untuk rakyat yang
>>> terhasil
>>> dari dasar automotif Thailand berlipat-lipat kali ganda jika
>>> dibandingkan
>>> dengan Malaysia. Thailand is known as "Detroit of Asia" and soon will
>>> join
>>> the
>>> league of Japan and South Korea as world-class car producers.
>>>
>>> Hanya rakyat Malaysia (terutamanya Melayu) sahaja yang menjadi
>>> seperti
>>> "vulture" atau gagak yang merobek-robek longgokan sampah besi buruk
>>> yang
>>> dilusuh (scrap) oleh penduduk negara lain. Di dalam longgokan sampah
>>> sarap
>>> besi buruk inilah rakyat Malaysia menjumpai alternator, pulley, pump
>>> dan
>>> sebagainya. Itu pun harganya bukanlah semurah yang disangka. Jika
>>> alternator
>>> yang baru kosnya RM1000, Ah Leong atau Chong di kedai potong(half
>>> cut)
>>> tadi akan menjual kepada kita barangan buangan tadi pada harga
>>> sekitar
>>> RM550.
>>> Jika selepas seminggu menggunakan barang buruk dan terbuang tadi, ia
>>> menjadi rosak, kita sendiri yang menanggung kerugian. Ini kemudiannya
>>> akan
>>> menyumbang pula kepada statistik pesakit mental.
>>>
>>> Secara ikhlas saya nyatakan, saya tidak pernah terjumpa rakyat di
>>> mana-mana
>>> negara di dalam dunia ini yang dilayan sebegitu hina dan reckless
>>> sekali,
>>> seolah-olah mereka semua ini adalah kambing atau lembu (atau b_b_) di
>>> ladang. In other countries, their people have dignity and are treated
>>> with
>>> honour. Negara Komunis yang selalu di-demonised oleh rakyat negara
>>> ini
>>> (akibat propaganda) melancarkan projek kereta nasional untuk membantu
>>> rakyat, bukan untuk memuaskan nafsu ego sesiapa. Kereta LADA (bekas
>>> Soviet
>>> Union) dan Yugo (bekas republik Yugoslavia) dilancarkan oleh kerajaan
>>> untuk membantu rakyat marhain memiliki kenderaan. Kereta tesebut
>>> simple
>>> dan
>>> murah, tetapi tujuannya ialah supaya petani, nelayan juga boleh
>>> memiliki
>>> kereta.
>>> Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan pemerintah dan elitis
>>> supaya
>>> mengembalikan tenaga yang telah anda terima dari bumi ini kepada
>>> penghuninya. ENERGY RECEIVED ENERGY RETURNED!
>>>
>>> Sekian.
>>>
>>> Hamba Tuhan yang kerdil,


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail – CNET Editors' Choice 2004. Tell them what you think.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
 
A child is waiting for you.
· Invest 60¢ a day in the life of a child.
· Click here to meet someone who needs your help.


Yahoo! Groups Links

Reply via email to