Tajuk Hadis: Aku ingin setahun penuh menjadi Ramadhan
 
Teks Hadis:
Dari Ibn Abbas ra, dia berkata," aku dengar RasuluLlah saw bersabda," seandainya ummatku mengetahui pahala ibadah bulan Ramadhan, niscaya mereka menginginkan agar satu tahun penuh menjadi Ramadhan."
 
Hadis ini ditemui dalam kitab pesantren dan pondok yg masyhur: Durratun Naasihin karya Usman alKhaubawi alhanafi yg diterbitkan pada tahun 1224H.
 
Kitab ini yg bermaksud Mutiara2 Nasihat disahkan mengandungi hadis2 dha'if, mungkar dan palsu oleh Lembaga Pendidikan Dakwah Islam , Universitas Muhammad Natsir, Malajah Pelita, 3/12, 1993)
 
Ia banyak memetik hadis2 dari Zubdahul Wa'izhin, Kitabul Hayah, Raunaqul Majalis dan bukan dari kitab sahih sittah (Bukhari-Muslim-Termidzi-anNasa'iy-Ibn Majah dan Abu Daud)
 
Dari mana Utsman Khaubawi mengambil hadis ini?
 
Beliau mengambil dari sebuah hadis yg panjang dari Sahih Ibn Khuzaimah, namun hadis ini juga ditemui dalam kitab hadis alBaihaqee (Syu'ab alImaan) dan Imam alMunziri dalam Targheeb wa Tarhiib.
 
Status hadis:
ia hadis palsu kerana hadisnya panjang dan maksudnya yg janggal dan bercanggah dengan hadis alBukhari:
"siapa yg berpuasa bulan Ramadhan kerana beriman  kepada Allah  dan mengharapkan pahala, maka dosa-dosanya pada masa lalu diampun."
(Sahih alBukhari, terbitan Sulaiman Mar'iy, singapore, Jld 1/325)
 
Hadis Ramadhan setahun penuh ini dinilai palsu kerana dalam hadis Ibn Khuzaimah terdapat perawi bernama Jarir bin Ayoub alBajali yg dinilai pemalsu hadis.  (Ibn alJauzi, alMawdhu'aat, 2/304; azZahabi, Mizan alI'tidal: 1/391; Ibn Araq alKanani, Tanzeeh alSyari'ah: 2/154 dan Ibn Salah, Muqaddimah/131
 
Ini menunjukkan walaupun kitab hadis Ibn Khuzaimah itu dinamakan Sahih ibn Khuzaimah, namun ia bukan dijamin 100% sahih. inilah komen Ibn Hajar Asqalani terhadap Sahih Ibn Khuzaimah dan Ibn Khuzaimah memberi ulasan bahawa hadis Ramadhan setahun penuh ini hanya hadis2 penghias Ramadhan sahaja (penggalak beramal).
 
sekian
 
 


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke