AKU MASIH TAK TAHU
 
Yang lama hitam kelam
pekat berkusam lara
kering layu dijamah usia
retak dan berparut sejuta
hancur musnah jadi debu bukan debunga
 
Jasad masih wujud bersama habuk habuk memori
aku kumpulkan menjadi keping keping logam
agar bisa jadi dinding buat pelindung diri
dari ribut yang mungkin melanda esok hari
dan helaian helaian pengalaman yang lama terbiar
biar kujahit menjadi atap untuk pondok perhentian
setiap perjalanan yang akan kujejaki
sementara waktuku masih ada
 
Fana dunia bukan bererti tanpa sayang sejati
kerna sayang itu amat berharga untuk semua
nilainya tak terhitung jika cinta tiada tersadung
tapi jangan kerana cinta aku lupa cinta
lupa cinta yang wajib dicintai 
 
Aku....usah lagi ingat itu
ingatlah yang satu
tapi...teratak aku tiangnya ada
dindingnya berlopong
atapnya tiris
lantainya reput
tangganya patah
 
Maka perlu cari itu
aku perlu jadi aku yang benar benar aku
tapi perlu juga jadi yang lain agar aku dapat jadi aku
dan akhirnya....dapatkah ianya berlaku
masih tak tahu aku.
 
MRY04120556
"Genggam Jati"


Do you Yahoo!?
All your favorites on one personal page – Try My Yahoo!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke