Kejohanan Bolasepak Piala Tiger : Adakah badan dakwah
membisu ?

Sekarang ini sedang berlangsung kejohanan bolasepak
Piala Tiger (jenama minuman keras/arak) dimana negara
kita Malaysia menjadi tuan rumah bersama dengan negara
Vietnam.

Adalah agak mengaibkan Malaysia yang telah
diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam yang
menerapkan nilai-nilai Hadharatul Islam memberi ruang
kepada syarikat arak untuk menganjurkan kejohanan
seumpama ini dimana rata-rata pemain bolasepak
Malaysia serta barisan para penyokongnya terdiri
daripada mereka yang beragama Islam.

Lebih mengaibkan bila tiadanya suara-suara yang
membantah penganjuran kejohanan seperti ini
lebih-lebih lagi daripada badan-badan dakwah samada
daripada organisasi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan
kerajaan mahu pun individu serta parti-parti politik
yang memperjuangkan nasib agama dan bangsa.

Apa yang kita dengar hanyalah cetusan tidak puas hati
daripada beberapa individu yang tidak digabungkan atas
mana-mana organisasi dan dibuat bantahan secara rasmi.


Bantahan terhadap penganjuran kejohanan seperti ini
hendaklah dibuat atas beberapa sebab bukan hanya atas
sebab hukum hakam agama semata-mata. Hukum arak dan
sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya adalah
haram untuk orang Islam. Untuk bukan Islam pula
masalah ketagihan arak akan mengundang banyak gejala
sosial, kurangnya produktiviti, pemanduan kenderaan
secara berbahaya dan seterusnya.

Oleh yang demikian masalah-masalah yang disebabkan
oleh arak bukan hanya melibatkan orang Islam bahkan
ianya melibatkan orang yang bukan Islam di Malaysia
ini. Apa ke tidaknya apabila didapati adanya remaja
Melayu yang menyertai lumba “haram” mengambil
arak-arak yang mudah didapati dikedai-kedai serbaguna
, dan sikap pemanduan berbahaya mereka ini akan
mendatangkan kecelakaan kepada semua pengguna jalan
raya baik yang Islam mahupun yang bukan Islam.

Rozmal bin Malakan, Senawang





                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Send holiday email and support a worthy cause. Do good. 
http://celebrity.mail.yahoo.com


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
$4.98 domain names from Yahoo!. Register anything.
http://us.click.yahoo.com/Q7_YsB/neXJAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to