Assalamualaikum,
 
Polemik pintu Kaabah boleh buka/tak boleh buka  berkisar pada satu kelemahan dalam amalan umat kita. Kita terbiasa untuk menerima apa saja yang datang dari orang dan terus menyebarkannya.. tanpa usul periksa. Kita telan apa saja kisah, cerita, so-called 'hadis' yang disampaikan oleh orang dan kemudian terus buka mulut cerita pada orang lain. Atau petik butang SEND atau FORWARD kepada orang lain..
 
Saya bukan nak menyalahkan sdr Wan atau siapa-siapa kerana ini adalah amalan yang dah terbiasa dalam masyarakat kita.  Lihatlah cerita-ceriti mengenai Tsunami yang banyak tersebar. Kebanyakannya memang sedap didengar dan disebut. Tapi kebanyakannya tanpa sumber yang boleh kita pegang. Entah betul atau auta!
 
Amalan telan bulat-bulat ini walaupun  biasa dibuat ini  sebenarnya tidak betul dan patut dihapuskan.
 
Mari kita buang jauh-jauh sikap macam ni.  Eloklah kita ambil iktibar dan pengajaran dan lebih berhati-hati di masa akan datang.
 
Sepatutnya kita check dulu.. betul ke  ceritanya macam tu? Betul ke perkara tu benar-benar terjadi? Betul ke si A kata macam tu? Betul ke B bertindak macam tu?  Betul ke Nabi (saw) kata macam tu? Kalau kita tak pasti kesahihan kisah, cerita atau hadis Nabi.. maka lebih baiklah kita tutup mulut atau kekang jari kita dari menekan butang SEND!
 
Seperti yang ternukil dalam ayat 6 Surah alHujurat.. kita diminta semak fakta.. fatabayyanu!..pastikan kesahihan cerita. Jika tidak tindakan kita di atas fakta/cerita yang tidak tepat akan mengundang tindakan yang tidak tepat.. mungkin membawa musibah kepada satu kaum atau kita membuat kesimpulan yang tidak benar atau kita menjatuhkan hukum yang tidak layak bagi seseorang, kaum atau kumpulan.
 
Dan yang paling besar dan menakutkan kesannya ialah.. sekiranya kita menyebarkan sesuatu yang dikatakan 'hadis Nabi' sedangkan Nabi (saw) tidak pernah mengucapkannya.. maka kita menempah tempat di neraka. This is no small matter!
 
Oleh itu, mari kita kena semak kesahihan fakta, berita, cerita atau hadis  yang disampaikan kepada kita melalui apa juga sumber tak kira melalui email, sms, telefon, website atau kitab. Mari kita check semua maklumat walau datang dari kawan kita, ibu kita, guru kita, pemimpin kita, sheikh kita, ustaz kita atau saudara-mara kita.  Tanyakan semula pada mereka.. di mana sumber mereka? Dari mana mereka dapat fakta/cerita/kisah/hadis tersebut? Adakah mereka dengar sendiri, tengok sendiri?  Jangan telan bulat-bulat dan kemudian sebar!
 
Sekian. Maaf sekiranya terkasar bahasa.
 
AZO
 


Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke