Pusat Dakwah NS perlu bersikap pro aktif

Terpanggil rasanya untuk saya menambah komen yang
diberikan baru-baru ini oleh Menteri Besar Negeri
Sembilan , Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegur Pusat
Dakwah negeri yang menurut beliau tidak memainkan
peranan sewajarnya dalam menggerakkan
aktiviti-aktiviti keagamaan di negeri ini. Ianya
adalah merupakan satu teguran yang baik dan membina
yang datangnya daripada seorang pemimpin negeri yang
ingin melihatkan syiar Islam sentiasa bersinar di
negeri ini.

Kompleks Pusat Dakwah Negeri Sembilan yang terletak di
Paroi diakui tersergam indah tetapi ketandusan
program-program yang berkaitan dengan keagamaan.
Akibat daripada kurangnya penganjuran program
keagamaan yang diadakan di sini  kompleks ini sering
digunakan oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan
berkanun dan swasta serta parti-parti politik untuk
mengadakan program-program tertutup serta
mesyuarat-mesyuarat agong.

Berfungsi sebagai Pusat Dakwah di negeri ini , mereka
sepatutnya bertindak sebagai penyelaras, pemantau dan
koordinator untuk program-program keagamaan yang
dianjurkan oleh jawatankuasa masjid-masjid,
surau-surau, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
Perhubungan dan rangkaian maklumat melalui sistem
teknologi maklumat dan komunikasi antara semua pihak
yang dinyatakan ini haruslah dipertingkatkan lagi agar
penganjuran sesuatu program itu dapat diselaraskan dan
dihebahkan kepada masyarakat sekitar supaya program
keagamaan ini sentiasa mendapat perhatian di kalangan
umat Islam di Negeri Sembilan.

Malah jalinan kerjasama dan koordinasi ini tidak
seharusnya terhad kepada badan-badan keagamaan seperti
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kesatuan
India Muslim Malaysia (KIMA), Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM) serta
jawatankuasa masjid serta surau , malah kesempatan ini
harus dipanjangkan ke parti-parti politik yang
mempunyai dasar perjuangan bangsa dan agama
termasuklah UMNO melalui Biro Dakwahnya dan PAS
melalui Lajnah Tarbiyyahnya. Perbedaan pendapat dan
pandangan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk
mereka semua ini bersama menangani penyakit masyarakat
dan masalah gejala sosial yang semakin kritikal
sekarang ini.

Antara masalah yang begitu kritikal yang melanda umat
Islam sekarang ini ialah begitu ramainya umat Islam
yang tidak mengerjakan solat fardhu lima waktu sehari
semalam. Fenomena ini bukan hanya berlaku pada
masyarakat umum bahkan kepada penyokong parti-parti
politik yang memperjuangkan agama dan bangsa
termasuklah UMNO dan PAS, apabila diperhatikan semasa
kempen pilihanraya terdapat penyokong di kedua-dua
belah pihak mengabaikan solat yang fardhu ini. Fakta
ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan seorang
penceramah di negeri ini yang menyatakan hanya ada
sepuluh peratus masjid-masjid dalam daerah Kuala Pilah
yang ada jemaah  melakukan solat lima waktu. Lebih
menyedihkan lagi ada masjid-masjid yang tutup pada
hari Jumaat.

Maka disinilah peranan Pusat Dakwah untuk mengumpulkan
semua data-data yang diperlukan ini, seperti berapa
banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang tiada
jemaah solat lima waktu, berapa banyak masjid-masjid
yang tidak mendirikan solat Jumaat, berapa banyak
masjid-masjid yang ahli jawatankuasanya sendiri tidak
pernah datang berjemaah di masjid dan seterusnya. Dari
sini dengan bantuan dan kerjasama badan-badan
keagamaan lain, dan parti-parti politik bahkan Jemaah
Tabligh sendiri boleh disalurkan maklumat kepada
mereka agar mereka dapat menghidupkan semula
aktiviti-aktiviti keagamaan masjid-masjid di seluruh
daerah dalam Negeri Sembilan ini.

Di samping itu Pusat Dakwah juga boleh memainkan
peranan untuk menjadi penganjur utama dengan kerjasama
pelbagai pihak untuk mengadakan program-program
keagamaan yang boleh menarik minat mereka yang tidak
selesa mendengar ceramah dan kuliah di masjid serta
surau. Program jelajah masjid, karnival Pusat Dakwah,
pertandingan karaoke nasyid, pertunjukan busana muslim
dan muslimah, ekspo perdagangan dan usahawan muslim
dan pelbagai lagi program boleh difikirkan. Janganlah
apabila TV3 hendak menganjurkan Karnival Sure Heboh
ramai pihak yang memberi pandangan bahawa ianya
bertentangan dengan kehendak Islam, tetapi apabila
hendak menganjurkan program atau karnival yang
berlandaskan kehendak Islam mereka-mereka yang lantang
bersuara tadi berpeluk tubuh, hanya menunjukkan jari
pada pihak tertentu ini kerja mereka, walhal dalam
Islam kita digalakkan melakukan kerja secara sukarela
hanya semata-mata megharapkan keredhaan Alllah.

Menteri Besar telah memberi teguran, kompleks dan
kemudahan sudah tersergam indah, kakitangan yang
bergaji tetapnya ada, marilah kita rakyat Negeri
Sembilan mengenepikan kepentingan peribadi dan politik
untuk mempastikan syiar Islam sentiasa bersinar di
negeri ini.

Rozmal bin Malakan
Kg. Bongek, Rembau
[EMAIL PROTECTED]



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/maildemo 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to