Seperti dalam banyk perkara manusia zamanini suka pada perkar instant.
  Batik adalah satu tecknologi, satu cara membuat kain. Kalau dah di
mesinkan, itu bukan batik. sekarang ini industri batik adalah salah satu
industri pakaian yang di kuasai oleh orang Islam. Sejauh mana orang seperti
aa yang banyak bercakap tentang sunnah nabi s.a.w ikut cara islam dalam
meyokong usaha orang Islam?
  ----- Original Message -----
  From: "albaniasghar" <[EMAIL PROTECTED]>
  To: <islah-net@yahoogroups.com>
  Sent: Sunday, February 20, 2005 12:14 AM
  Subject: [islah-net] CEO Khadani berang di berita harian


  > ***********************
  > This e-mail was scanned by TM Net E-Mail Virus Shield.
  > ***********-***********
  >
  >
  >
  >
  > Akhbar Berita harian today (19 Feb 05)
  >
  > - Rencana dan Pendapat -
  >
  > Surat & Emel: Industri batik moden jejas hasil seni tangan
  >
  > SAYA ingin menarik perhatian kerajaan bahawa penghasilan corak batik
  > yang dibuat dengan mesin akan melenyapkan industri batik yang dibuat
  > dengan tangan, lantas menjejaskan segala usaha bagi mempromosikannya
  > sebagai seni warisan negara.
  >
  > Lambakan kain yang dibuat dengan mesin dan dijual dengan harga yang
  > jauh lebih murah menyebabkan permintaan untuk batik yang dibuat dengan
  > tangan menurun.
  >
  > Lambakan barang ini boleh didapati di gedung pakaian dan juga kedai
  > tekstil sama ada di Petaling Street, Jalan Kenanga atau Jalan Tuanku
  > Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  >
  > Jika ini berterusan, usaha kerajaan dan Yayasan Budi Penyayang tidak
  > akan memberi manfaat kepada pelukis batik tradisional dan mereka akan
  > kehilangan pasaran.
  >
  > Sebagai syarikat yang sudah berkecimpung dalam industri batik selama
  > 23 tahun, kami amat menghargai usaha kerajaan dan Yayasan Budi
  > Penyayang kerana berusaha memartabatkan industri batik.
  >
  > Usaha ini bertujuan memajukan industri batik yang menggunakan kaedah
  > tradisional dan khidmat `tukang' yang kreatif dan berkemahiran tinggi.
  >
  > Kerajaan sudah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan
  > industri ini dan satu caranya ialah memastikan pegawai kerajaan
  > memakai batik pada setiap Sabtu.
  >
  > Saya juga ingin merakamkan kesyukuran kepada pegawai tinggi kerajaan
  > yang tidak putus-putus memakai batik secara istiqamah pada majlis
  > rasmi dan tidak rasmi.
  >
  > Boleh dikatakan pegawai lelaki lebih ramai memakai batik berbanding
  > pegawai wanita.
  >
  > Industri batik adalah penghasilan tekstil warisan negara dan harus
  > dikekalkan serta dipelihara. Jika tidak, industri ini pupus
  > sebagaimana yang berlaku ke atas rumah berukiran kayu yang begitu
  > indah nilai seninya.
  >
  > Arus permodenan secara perlahan-lahan melenyapkan unsur indah ini
  > daripada konsep rumah di Malaysia sehingga kini sukar bagi kita
  > mencari tukang kayu yang bermutu tinggi.
  >
  > Jika industri batik negara dipermodenkan, tidak mustahil suatu hari
  > nanti, seni melukis batik akan lenyap untuk selama-lamanya. Generasi
  > akan datang hanya dapat menatapnya di muzium.
  >
  > AB KAREEM SAID KHADAIED,
  > Batu Caves, Selangor.
  >
  >
  > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply
  >
  > Nasib baik adanya usaha dan dokongan Datin Sri Endon Mahmood.
  >
  > Kita bersimpati dgn bisness Tn Hj, tapi apakandaya Tn hj, kebanyakan
  > penggunakan mahukan quality, harga berpatutan dan citarasa yg berubah
  > dgn pantas..ledakan teknologi dan perindustrian tidak dapat dihalang,
  > begitu juga globalisasi pasaran, di mana sedikit lagi kraftangan dan
  > batik ASEAN akan dibenarkan masuk di bawah perjanjian AFTA...
  >
  > Penghasilan batik menggunakan komputer dan mesen dan perkilangan moden
  > di Korea, taiwan dan japan bukan bid'ah...
  >
  > aa
  >
  >
  >
  >
  >
  >
  > ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan
Maklumat
  > //////////////////////////////////
  >
  > Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
  > Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
  >
  > Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di:
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm
  >
  > Langganan : Hantar E-mail kosong ke
  >             [EMAIL PROTECTED]
  > Unsub     : Hantar E-mail kosong ke
  >             [EMAIL PROTECTED]
  > Yahoo! Groups Links
  >
  >
  >
  >
  >
  >
  >
  >




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke