Assalamualaikum warahmatullah,

"Kebanyakan Wanita Masuk neraka?" demikianlah tajuk
yang terpapar pada majalah al-Islam edisi Mac 2005
ini.

Jika tujuan meletakkan tajuk ini ialah untuk menarik
hati para pembeli, ia memang baik. Saya pasti ramai
orang akan terus membeli al-Islam, khasnya para
muslimat.

Akan tetapi jika tujuan meletakkan tajuk ini ialah
untuk memberi ilmu kepada para pembeli, ia memerlukan
beberapa pemerhatian lanjut. 

Dalam posting serba ringkas ini, saya ingin menarik
perhatian para netters kepada beberapa poin Astora
Jabat (singkatan AJ) dalam artikel beliau yang
berkaitan. Dengan cara ini boleh kita menilai sama ada
bernarkah majalah al-Islam ialah sebuah "Universiti
Agama Anda" sebagaimana yang diwar-warkan di kulit
belakang majalah.

Artikel "Kebanyakan Wanita Masuk neraka?" bermula di
mukasurat 12.

PERTAMA:

AJ memulakan artikel ini dengan berkata: 

"Disebut dalam beberapa hadis yang DIBANGSAKAN kepada
Rasulullah s.a.w. bahawa kebanyakan wanita akan masuk
neraka atau menjadi kayu apinya. Benarkah Rasulullah
s.a.w. berkata begitu?"

Pemerhatian:

Perkataan "dibangsakan" membawa erti bahawa ia
bukanlah kata-kata Nabi s.a.w. akan tetapi kata-kata
orang terkemudian lalu disandarkan kepada Nabi s.a.w..

Di sini AJ sedang cuba mengguna pakai teori para
orientalis bahawa hadis-hadis tidak berasal daripada
lisan Nabi tetapi daripada orang-orang terkemudian,
lalu ia disandarkan kepada Nabi.

Para orientalis ini menambah, sistem isnad yang
digunakan untuk meriwayatkan hadis juga adalah tidak
benar. Ia adalah nama-nama yang dicari-cari oleh
seseorang tokoh hadis, kemudian dilengkapkan rantainya
ke belakang, ke arah Nabi. 

Dalam ertikata lain, rangkaian isnad tidak bermula
dari Nabi dan berakhir pada para imam hadis, tetapi
bermula dari para imam hadis dan berakhir pada Nabi.

Nampaknya AJ telah terpengaruh dengan teori orientalis
dan mengikut jejak langkah mereka demi melemahkan
kedudukan hadis dalam Islam.

KEDUA:

AJ menulis dalam perenggan ketiga:

"Berhubung soalan di atas, penulis (AJ) ingin
menjelaskan bahawa Rasulullah tidak mungkin
mengeluarkan kata-kata menghukum kebanyakan wanita
sedemikian rupa. Mungkin juga kata-kata Rasulullah itu
dinukil secara tidak tepat."

Pemerhatian:

Terdapat dua perkara yang dapat diperhatikan daripada
kata-kata di atas:

[A] Memang merupakan salah satu manhaj mendasar di
kalangan tokoh-tokoh Islam Liberal di mana mereka
mengunggulkan akal di atas wahyu. 

Jika terdapat apa-apa nas wahyu yang bertentangan atau
tidak selari dengan akal, mereka menolak wahyu
tersebut. Penolakan ini tidak mengambil kira sama ada
akal mereka itu berfungsi di atas dasar ilmu atau
tidak. Asalkan ia bertentangan, nas wahyu itu ditolak.

Contoh terbaik tindakan mengunggulkan akal di atas
wahyu ialah kata-kata AJ sendiri sebagaimana yang saya
nukil di atas. 

[B] AJ sendiri menyedari bahawa hadis-hadis yang
menerangkan kebanyakan wanita masuk neraka
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Ini
disebut sendiri oleh beliau dalam perenggan ke-9:

"Di antara hadis yang menyebut bahawa kebanyakan
wanita masuk neraka ialah hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim."

Oleh itu apabila AJ menulis: "Mungkin juga kata-kata
Rasulullah itu dinukil secara tidak tepat", beliau
cuba mengisyaratkan bahawa al-Imam al-Bukhari dan
al-Imam Muslim telah tersalah - atau "tidak tepat" -
dalam meriwayatkan hadis di dalam kitab-kitab mereka. 

Memang, kita tidak menobatkan sifat maksum kepada
kedua-dua imam tersebut. Akan tetapi jika hendak
dibanding antara kedua-dua imam ini dengan AJ, ia
adalah umpama..........maaf, rasanya tak perlu saya
beri contoh perbandingannya. Saya yakin para netters
sekalian dapat memikirkannya sendiri. 

KETIGA:

AJ menulis dalam perenggan ke-13:

“Semua hadis itu merupakan hadis sahih tetapi
tergolong daripada hadis ahad yang tidak boleh
dijadikan hukum untuk melekeh dan menghina kaum
wanita.”

Pemerhatian:

Masalah kedudukan hadis ahad dalam syari‘at Islam
telah diulas beberapa kali sebelum ini. Saya sendiri
telah menyusun beberapa risalah khas dalam bab, ia
termuat dalam buku “Himpunan Risalah Dalam Beberapa
Persoalan Ummah (Buku 1)” terbitan Jahabersa, Johor
Bahru 2004.

Sekali lagi, AJ tidak membawa ilmu yang bermanfaat
kecuali sekadar menabur racun kepada para pembacanya,
semuanya dalam rangka melemahkan kedudukan hadis dari
sisi Islam.

KEEMPAT:

AJ seterusnya di mukasurat 13 menukil pendapat
beberapa tokoh tentang maksud hadis-hadis yang
menerangkan kebanyakan wanita masuk Islam. Beliau
menukil penjelasan daripada 3 orang tokoh: Imam Ibn
Hajar al-Asqalani, Imam Ibn al-Qayyim dan Dr. al-Adwi
(Mesir).

Pemerhatian:

Sekali imbas kelihatan seolah-olah AJ telah bersikap
adil lagi ilmiah dalam mengupas isu ini. 

Akan tetapi yang benar AJ hanya menghina dan
membodohkan para tokoh tersebut. 

Ini kerana sejak awal artikelnya, AJ telah menolak
hadis-hadis yang membicarakan kebanyakan wanita masuk
neraka sebagai (1) dibangsakan kepada Nabi, (2)
dinukil secara tidak tepat dan (3) hanya hadis ahad.

Dalam ertikata lain yang mudah, hadis-hadis tersebut
di sisi AJ boleh dibakul sampahkan sahaja.

Akan tetapi apabila para tokoh Islam berusaha untuk
menjelaskan hadis-hadis tersebut, ia bererti
tokoh-tokoh tersebut membuat kerja yang sia-sia. Lebih
mendalam, tokoh-tokoh ini sebenarnya “tidak bijak”
atau “kurang tajam” akal mereka berbanding akal AJ.
Jika akal para tokoh ini adalah bijak dan tajam, tidak
perlu bagi mereka untuk menjelaskan maksud hadis
tersebut melainkan sekadar menolaknya dengan alasan:
“Ini adalah hadis ahad yang dinukil secara tidak tepat
yang dibangsakan kepada Nabi.”

KESIMPULAN:

Daripada 4 pemerhatian di atas, dapat kita perhatikan
bahawa AJ tidak membawa ilmu yang sebenar mahupun
bermanfaat kepada umat Islam. Para pelajar “Universiti
Islam al-Islam” hanya mempelajari ilmu orientalis yang
akhirnya bertujuan menjatuhkan kedudukan hadis di
dalam Islam. Sambil itu ikut terjatuh sama ialah para
tokoh ilmuan Islam. 

Nasihat saya kepada para netters, berhati-hatilah
dengan strategi licik AJ. Beliau memang bijak. Sayang
sekali kebijaksanaannya bukan untuk mengembalikan umat
kepada ajaran Islam yang tulen tetapi ke arah ajaran
Islam ala Barat, yakni Islam Liberal.

Adapun hadis kebanyakan wanita masuk neraka, para
netters boleh merujuknya dalam buku saya “Kaedah
Memahami Hadis-Hadis Musykil” terbitan Jahabersa,
Johor Bahru 2002. Boleh juga dirujuk edisi e-book di:

http://www.al-firdaus.com/HadisMusykil/isi.htm

Harap dapat forward e-mail ini kepada rakan-rakan dan
forum yang lain. Sama-samalah kita berusaha memelihara
agama Islam ini daripada mereka yang cuba menodainya.
Jika bukan kita yang berusaha, maka siapa lagi?

Wassalam.
Hafiz Firdaus.
http://www.al-firdaus.com/










                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
The all-new My Yahoo! - What will yours do?
http://my.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke