Saya berharap tulisan saya ini dimuatkan dalam lawan islah-net ini tanpa memasukkan nama saya, kerana tulis ini dibuat ketika di pejabat setelah melihat sepintas lalu "headline" NST hari ini.
Saya tidak pernah menulis atau memberi comment kepada apa yang dimuatkan dalam laman ini tetapi hari ini saya berasa sungguh kecewa dengan para "profesional" yang tidak malu berhutang. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka menjadi "para profesional" daripada duit orang lain atau duit "kerajaan". Saya pasti para profesional ini kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Tidakkah mereka mengerti perkataan "berkat" ? Pendidikan tidak berkat jika ada unsur yang mengejar kita. Sungguh sedih yang melakukan perkara ini bangsa Melayu juga, sudahlah Melayu sentiasa berasa susah untuk mendidik anak, tetapi bila anak sudah berjaya menjadi para profesional, lupa pula bagaimana mereka mencapai kejayaan. Fikirkanlah pelajar-pelajar lain yang akan keluar sekolah dan memerlukan bantuan untuk meneruskan pendidikan, jika kerajaan ketatkan syarat-syarat, bagaimana keadaan mereka? Fikirkan perasaan ibubapa mereka, tentu kecewa dengan sikap kerajaan, tetapi siapa yang menyebabkannya? Jika kita telah berjaya jangan lupa generasi bangsa kita yang akan datang, yang juga memerlukan bantuan. Jangan "berlagak profesional" sahaja tetapi daya pemikiran masih "selfish" ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> What would our lives be like without music, dance, and theater? Donate or volunteer in the arts today at Network for Good! http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/