6.5 Niat vs Ilmu vs 'Amal
 
Berkata Syaikh Dr Omar Sulaiman alAsyqar  (Niat fil Ibadah, Kuwait)
 
Qasad atau Niat adalah keadaan dan sifat hati yg merangkumi: ilmu dan perbuatan. Ilmu mendahului amal dan amal menyusuli ilmu atau amal ini buah ilmu. Qasad/Niat adalah cetusan yg diperlukan bg membuahkan amal.
 
Kes 1: Perbuatan yg ingin dilaksanakan, maka Niat/qasadlah yg mendorongnya. Cth Sujud: ada perbuatan sujud kerana ia adalah atas kehendaknya atau kemungkinan sujud kerana tersungkur dalam pertarungan atau pergaduhan.
 
Kes 2: Niat juga bertindak sebagai pemangkin atau pencetus atau sebagai percikan amal. Cth: cetusan utk seseorang utk bangkit dgn kerelaaanya: ia tercetus utk bangkit kerana menghormati seseorang atau kerana utk mebesarkan Allah (dalam solat)
 
 
Untuk mencetuskan Qasad atau niat memerlukan pula akan ILMU
 
Cth: seseorang yg tidak mengetahui pergerakan dalam solat dan bacaanya, sudah tentu tidak akan tercetus/tergerak utk bersolat.
 
Bangkit untuk membesarkan Allah memerlukan ilmu. Sesiapa yg tidak mengetahui erti penghormatan dan pengagungan tidak akan bangkit untuk menghormati dan mengagungkannya. Cth: semua dalam majlis itu bangkit memberi penghormatan kepada si fulan kerana mereka tahu siapa si fulan itu. Begitu juga orang Islam bangun membesarkan Allah kerana dia ada ilmu tentang keujudan dan sifat2 Allah SWT.
 
Kata Hujjatul_Islam alGhazali
" Aku qiaskan bagaimana qasad memerlukan ilmu dgn manusia.
Manusia sentiada berhajat utk mendapatkan manfa'at bagi dirinya serta menyingkirkan mudharat dari dirinya.  Justru itu seseorang itu sudah tentu memerlukan ilmu utk menarik manfa'at bagi dirinya sebanyak mungkin dan menolak mudharat dari dirinya sebaik mungkin."

Matn Hadis # 1
Dari Umar alKhattab ra
" Bahawasanya segala amalan itu adalah dgn NIAT dans etiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yg dia NIATkan.." [Bukhari/kitab Iman; Muslim/kitab Imarah]




Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Reply via email to