Isu Logo Halal – mudah sangat penyelesaiannya

Bercakap mengenai isu logo Halal JAKIM yang tengah
kecoh sekarang ini, salah kita juga, masalah ini telah
beberapa kali saya bangkitkan ke JAKIM dan dalam
akhbar, namun tiada tindakan. Tak boleh nak salahkan
pengusaha semata-mata, mereka nampak sangat kelemahan
JAKIM dan KPDN, sebab itu pengusaha sewenang-wenang
kaut keuntungan.
 
Mudah sahaja nak selesai :
 
1. Logo Halal JAKIM ada nombor siri tak  tertulis pada
produk? Jawapannya tak ada. Kalau Sijil ISO ada nombor
siri. 
 
2. Kalau dah ada nombor siri apa nak buat ? Pengguna
boleh pergi laman web JAKIM buat search, tengok samada
no siri ini sah dan tidak luput tarikh.
 
3. Lagi apa lagi ? Kalau ada nombor siri ini, kalau
kita tak ada internet, kita boleh periksa guna SMS,
SMS sahaja kita dah tahu sah atau tidak. Lepas tu
siapa beri maklumat pada JAKIM akan dapat ganjaran.
Macam kita beri maklumat perisian cetak rompak dapat
ganjaran RM 10,000
 
Kalau ada sistem ini, sudah pasti pengusaha semua
takut, tak payah penguatkuasa JAKIM dan KPDN nak buat
rondaan. Orang ramai akan berpusu-pusu membantu JAKIM
dan KPDN termasuk yang bukan Islam.
 
Lagi satu kita ni Haram bila isu babi sahaja. Lepas tu
marah kat peniaga Cina sahaja. Macamana pula isu lembu
curi disembelih dan dijual kepada orang ramai oleh
pengusaha Islam dan Melayu ? Begitu juga isu petai dan
durian yang dicuri, kemudian dijual ditepi jalan dan
dibeli oleh orang ramai, terutama orang Islam. Bagi
kita orang Islam ianya tetap Haram. 

Bagaimana pula jika kita membeli daging yang sah halal
disembelih depan mata tetapi dibeli dengan duit
rasuah, duit judi, duit riba, duit sogokan kerana
meluluskan projek, duit sogokan kerana mengundi
seseorang calon, ianya tetap Haram.

Jadi isu Halal Haram dalam pemakanan ini jangan hanya
salahkan JAKIM dan KPDN, rakyat semua
bertanggungjawab. Cumanya JAKIM dan KPDN sepatutnya
bertindak lebih professional selaras dengan apa yang
dilaungkan oleh mereka dalam konsep Islam Hadhari.
Tamaddun Islam. Mengapa tidak digunakan tamaddun
terkini dalam isu logo Halal ini ?

Dengar cerita majlis penerangan konsep Islam Hadhari
kepada rakyat melalui seminar, ceramah, tv dan
sebagainya memakan belanja jutaan ringgit. Mengapa
tidak perbelanjaan ini disalurkan untuk memperkemaskan
sistem penyediaan dan penyeliaan Sijil Halal di
Malaysia ini ?

Rozmal bin Malakan
Senawang



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Make Yahoo! your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke