Kepada Para Muslimin dan Muslimat yang kami hormati, Assalamualaikum w.b.t.,

The Little Khalifah Shop telah ditubuhkan secara online pada bulan November 2003 dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan Alhamdulillah, kedai serta pusat aktiviti ini telah dibuka secara fizikal pada 1hb Mei 2004. Sesuai dengan matlamat kami untuk berkongsi ilmu, The Little Khalifah Shop akan mengadakan kursus keibubapaan (parenting course) untuk berkongsi maklumat mengenai Kaedah Khalifah.

Sekiranya tuan puan menonton rancangan TV3 Wanita Hari Ini pada Hari Jumaat, 11hb Mac, kami telah dijemput untuk menerangkan mengenai Kaedah Khalifah ini.

Dijemput untuk menghadiri beramai-ramai.

**********************************************************************

Tahukah anda bahawa anak adalah ibarat sebuah batu permata yang belum dibentuk?

Jiwa anak kita adalah ibarat sebuah batu permata yang belum digilap dan kita sebagai ibubapa telah diberi satu tanggungjawab yang amat besar untuk membentuk dan juga menggilap batu permata itu kepada bentuk yang cantik yang diredhai oleh Allah s.w.t. Ini adalah merupakan satu tugas yang suci untuk memastikan anak kita akan membesar sebagai seorang manusia Muslim yang baik dan berguna. Membesarkan anak sebagai seorang manusia yang baik dan berguna adalah suatu manusia Muslim yang baik dan berguna. Membesarkan anak sebagai seorang manusia yang baik dan berguna adalah suatu proses yang penting di dalam mengislamisasikan masyarakat dunia. Akan tetapi, amatlah sukar atau tidak mungkin untuk membesarkan anak kita untuk menjadi seorang manusia yang baik dan berguna di dalam keadaan dunia sekarang ini.

Hanya di dalam dunia Islam sejati sahaja, keadaan akan wujud di mana setiap anak itu akan membesar mengikut fitrahnya menjadi seorang manusia yang baik dan berguna seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Inilah masa depan cerah yang diharap-harapkan dapat diberikan kepada anak cucu kita. Akan tetapi untuk mencapai matlamat itu, kita hendaklah memerangi pengaruh-pengaruh negatif dan salah di dunia sekarang ini agar kita dapat menwujudkan masa depan yang diharapkan.

Oleh itu, untuk melaksanakan harapan itu, kita perlu mempelajari ilmu pengetahuan dan juga skil-skil yang dapat membantu kita menjadi ibubapa Islam yang efektif, dan juga menanam di dalam jiwa kita semangat yang teramat tinggi bahawa kita sebagai ibubapa akan menggunakan skil-skil dan pengetahuan ini di dalam kehidupan harian kita sambil kita membantu anak-anak kita di dalam pembangunan mereka secara jasmaniah dan rohaniahnya.

Kami disini ingin berkongsi ilmu dan juga ingin menyampaikan maklumat mengenai Kaedah Khalifah Sebagai Panduan Ibubapa. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyebarkan kaedah ini kepada seramai yang mungkin kerana kami percaya kaedah ini dapat membantu kita sedikit sebanyak dalam usaha kita mendidik anak-anak di zaman sekarang yang penuh dengan cabaran.

Kaedah ini adalah mengenai cara membesarkan kanak-kanak yang berkeperibadian Islam yang amat cermerlang yang manajuga secara tidak langsungnya akan membawa dunia ini kearah kecemerlangan.

Bagaimana caranya di lakukan?

Oleh itu, The Little Khalifah Shop akan mengadakan satu seminar pengenalan untuk para ibubapa bertempat di alamat di bawah. Seminar tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : Sabtu, 26hb Mac 2005

Masa : 2.30pm hingga 5.30pm

Tempat : The Little Khalifah Shop
No 89, Jalan 2/27F
KLSC Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tajuk : Kaedah Khalifah : Membentuk Keperibadian
Cemerlang

Penceramah : Tuan Syed Omar bin Syed Aznal
Yuran : RM12 seorang ; RM20 untuk pasangan ibubapa

Aturcara
2.15 pm : Pendaftaran

2.30 pm : Ceramah 1
Pengenalan kepada Kaedah Khalifah

3.15 pm Ceramah 2
Hukum Pembelajaran
(Law Of Learning)

4.00 pm Jamuan Ringan

4.15 pm Ceramah 3
Ganjaran dan Hukuman
(Rewards and Punishments)

5 – 5.30 pm : Sesi Soal Jawab
5.30 pm : Bersurai

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput ibubapa untuk menghadirkan diri di seminar tersebut di atas. Kami berharap tuan/puan dapat memberi jawapan selewat-lewatnya hari Jumaat, 25hb Mac 2005 untuk memudahkan pengurusan kami.

Sila hubungi Hani di 03-41426269 atau 012-2526924 atau Roslinah di 012-2576269 atau Syed di 012-6088304 untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan atau emel kepada kami di [EMAIL PROTECTED]

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk kita bersama-sama mempelajari mengenai Kaedah Khalifah serta cara-cara untuk mengamalkannya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam,
The Little Khalifah Shop
www.littlekhalifahshop.com








Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke