Assalamualaikum waRahmatullah,

Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah
buku baru:

Judul: Bid’ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami

Pengarang: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (USM, Penang)

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 8.5 x 6, 95 mukasurat

Harga: RM8.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Sesungguhnya bid‘ah adalah ancaman terbesar terhadap
ketulenan agama. Hilangnya ketulenan agama nabi-nabi
terdahulu adalah disebabkan bid‘ah yang dilakukan oleh
para pengikut mereka. 

Pada masa kini wujud segolongan masyarakat yang
sewenang-wenangnya melakukan bid‘ah dan
menjustifikasikannya atas istilah Bid‘ah Hasanah.
Malah tanpa segan silu mereka mengaitkannya kepada
nama para ulama silam yang sebelum ini pernah
menggunakan istilah Bid‘ah Hasanah, tanpa memahami
apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh para ulama
silam tersebut. 

Dalam buku yang ringkas tetapi padat ini, penulis
berjaya menerangkan apakah yang sebenarnya dimaksudkan
sebagai Bid‘ah Hasanah di sisi para ulama silam,
sekali gus membetulkan salah faham masyarakat. Buku
ini patut menjadi sumber kajian setiap individu yang
ingin beribadah dengan amalan yang tulen supaya dengan
itu ia diterima sepenuhnya oleh Allah Subhanahu wa
Ta‘ala. 

Bab-bab yang ada dalam buku ini:

Bab 1: Memahami maksud bid‘ah

Bab 2: Memahami maksud bid‘ah hasanah           
        
=Perbahasan ucapan al-Imam al-Syafi‘i                   
=Perbahasan ucapan al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam    
=Perbahasan ucapan al-Imam al-Nawawi                    
=Perbahasan ucapan al-Imam al-Sayuti                    

Bab 3: Salah faham terhadap ucapan ‘Umar al-Khattab
dan Hadith Sunnah Hasanah

Bab 4: Amaran mengadakan bid‘ah

Wassalam.



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke