Assalamu3alaikum;

Membaca berita pengakuan tentang kesilapan Singapura tak membangun litar F1, diletak dimuka depan utusan Malaysia, menyebabkan "saya rasa ada udang disebalik mee".

Al-Maklumlah F1 boleh menarik pelancong asing ke negara Mereka (singapore), yang banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan ini. Bagi mereka nilai ukuran adalah mendatangkan nilai komersial atau tidak. Itu yang paling penting dalam sebuah sistem kapitalis.

Tapi kepelikan berita ini dijadikan muka depan Mingguan Malaysia. Jadi sebenarnya ada agenda setting yang hendak ditanam dalam minda kita, kenapa tajuk begini jadi muka depan. Apa singnifikanya kepada pembaca dan 'ketua perang saraf' Mingguan Malaysia ini.

yang dapat saya analisis : Reverse Psychology - untuk rakyat Malaysia

" Litar F1 Malaysia Justeru Satu Kejituan"

dan juga penting kita menggadai konsep 'nilai moral' untuk mendapat nilai komersial.

 

sekian

 

 

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm

Ketepikan budaya pop, F1 satu kesilapan - Kuan Yew

SINGAPURA 16 April - Pengasas Singapura Lee Kuan Yew berkata beliau melakukan kesilapan kerana memandang rendah kuasa budaya pop dan tidak membina litar Formula Satu (F1).

Dalam kenyataan yang disiarkan media tempatan hari ini, Lee, yang kini Menteri Mentor berkata Singapura hanya menumpukan perhatian pada budaya besar seperti kesenian dan mengetepikan budaya pop yang mampu memberikan keuntungan besar.

``Saya melihat kepada budaya-budaya besar dan melupakan budaya pop. Sedangkan di situlah datangnya wang,'' katanya pada dialog kepimpinan Citibank malam tadi.

Beliau menyifatkan keputusan tidak membina litar F1 di Singapura sebagai satu ``kesilapan'' dan satu kerugian bagi negara.

``Rakan-rakan saya dan saya berkata: ``Oh, ia suatu yang tak elok. Ia akan mengajar pemandu kita memandu secara berbahaya. Lebih baik jangan. Bagaimanapun ia satu keputusan bodoh kerana semua orang berminat dengan F1 dan mereka meletakkan nama mereka padanya dan berjuta-juta mata menyaksikan F1,'' kata bapa Perdana Menteri Lee Hsien Loong itu.

Ini satu pengajaran baginya, katanya, dan walaupun beliau mungkin tidak membuat keputusan dalam kabinet sekarang, beliau telah memberitahu menteri-menteri yang masih muda supaya ``memberikan perhatian kepada semua ini'' kerana ``ini yang akan mungkin membuatkan Singapura aktif dengan aktiviti''.

Lee juga berkata akan timbul masalah di Singapura jika kasino dibuka, tetapi ia akan lebih bermasalah jika tiada langsung kasino.

``Dunia akan meninggalkan kita dan kita akan melihat jiran-jiran kita dengan kasinonya dan berkata ``Okay, mari kita adakan juga''.

Selepas itu, kasino anda akan menjadi yang kedua,'' katanya.

Dengan berkata tidak kepada kasino pada tahun 1970an dan dengan berpegang kepada prinsip seorang yang secara ``emosional dan intelektualnya anti judi'', Lee berkata beliau berharap Singapura akan kekal seperti yang ada tetapi ``kita perlu tentukan masa depan kita di dalam dunia yang berbeza sekarang.''

Jawapannya dan masa depan, katanya ada pada ``budaya pop'' - sesuatu yang beliau telah ketepikan sewaktu berusaha membina sebuah bandaraya dunia maju yang selamat dan beradab di rantau dunia ketiga ini dengan bertemankan simfoni orkestra, teater dan sebagainya.

Kenyataan beliau itu mendahului persidangan Parlimen pada Isnin di mana kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai pembukaan kasino di sini. Ia susulan kepada perbahasan selama setahun mengenainya.

``Saya berkata kepada golongan muda ini, bahawa ini terserah kepada keputusan anda. Generasi saya dan saya sendiri mengatakan tidak (kepada kasino). Dalam dunia kini, bolehkah anda mengatakan tidak?. Terpulang kepada anda. Jika anda tidak menyukainya, anda mungkin menyesal. Jika anda ambil risiko, anda juga akan menghadapi masalah. Bagaimanapun kehidupan apa yang sebenarnya tiada masalah.''

Mengenai kerjasama ekonomi antara Singapura dan Malaysia, Lee berkata walaupun ada macam-macam retorik, hakikatnya masih banyak kerjasama yang terjalin.

Tahap keselesaan pada ketika itu bermakna kedua-dua pihak melakukan usahasama untuk melabur di pihak ketiga, tetapi beliau merasakan tiada sebab kenapa kedua-dua pihak tidak boleh mengadakan kerjasama dalam perniagaan masing-masing. Katanya keputusan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip rasional. - Bernama



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus


Do you Yahoo!?
Plan great trips with Yahoo! Travel: Now over 17,000 guides!

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
· Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
· Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke