Assalamu3alaikum

 

Jauhi Majlis Maksiat Vs Negara Yang Mengharamkannya.

(gelek gerudi)

 

æóÞóÏú äóÒøóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáúßöÊóÇÈö Ãóäú ÅöÐóÇ ÓóãöÚúÊõãú ÂíóÇÊö Çááøóåö íõßúÝóÑõ ÈöåóÇ æóíõÓúÊóåúÒóÃõ ÈöåóÇ ÝóáóÇ ÊóÞúÚõÏõæÇ ãóÚóåõãú ÍóÊøóì íóÎõæÖõæÇ Ýöí ÍóÏöíËò ÛóíúÑöåö Åöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãöËúáõåõãú Åöäøó Çááøóåó ÌóÇãöÚõ ÇáúãõäóÇÝöÞöíäó æóÇáúßóÇÝöÑöíäó Ýöí Ìóåóäøóãó ÌóãöíÚðÇ

 

[140] Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.

 

(http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm)

 

Batalkan Konsert Dangdut Inul Daratista

Saudara Pengarang,

SAYA sebagai rakyat Malaysia yang prihatin meminta agar Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista yang akan berlangsung 1 Mei ini di Stadium Merdeka dibatalkan.


Ini kerana Inul merupakan artis kontroversi di negaranya menerusi gelek gerudinya. Geleknya yang mengundang pelbagai kontroversi itu telah difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana persembahan artis itu amat lucah dan memualkan.

 

Tidak perlulah mengadakan konsert seperti ini di sini hanya berselindung di sebalik mengumpul dana mangsa tsunami di Acheh kerana ada pelbagai cara lain lagi bagi mengumpul dana tersebut. - PUTERA UMNO, Kota Bharu, Kelantan.

[UM 26/4/2005 : forum]

 

 

Bila membaca tulisan begini (sebenar petikan akhbar difwd oleh Rozmal Malakan) maka kita tidak boleh lari dari kaedah asal perbuatan orang kapitalis.

 

"The ends justifies the means"

"Al-ghoyah tubiru al-Washitoh"

"Matlamat menghalalkan segala cara"

 

Derma kumpul duit untuk tabung Tsunami itu adalah tujuan yang baik, tapi washithoh (sarana) yang digunakan itu, iaitu panggil penari gelek, membuka aurat, meniru gaya pelacur, berkumpul dalam satu majlis maksiat, semuanya adalah aktiviti yang diharamkan oleh syarak. Kaum Muslimin adalah dilarang berada dalam Majlis Maksiat sebagaimana Berkata Al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini

 

æóÞóÏú äóÒøóáó Úóáóíúßõãú Ýöí ÇáúßöÊóÇÈö Ãóäú ÅöÐóÇ ÓóãöÚúÊõãú ÂíóÇÊö Çááøóåö íõßúÝóÑõ ÈöåóÇ æóíõÓúÊóåúÒóÃõ ÈöåóÇ ÝóáóÇ ÊóÞúÚõÏõæÇ ãóÚóåõãú ÍóÊøóì íóÎõæÖõæÇ Ýöí ÍóÏöíËò ÛóíúÑöåö Åöäøóßõãú ÅöÐðÇ ãöËúáõåõãú Åöäøó Çááøóåó ÌóÇãöÚõ ÇáúãõäóÇÝöÞöíäó æóÇáúßóÇÝöÑöíäó Ýöí Ìóåóäøóãó ÌóãöíÚðÇ

 

 

Setiap orang yang duduk dalam majlis maksiat sedangkan dia tidak mengingkari pihak yang melakukan maksiat tersebut maka dia turut berdosa seperti mereka. Maka hendaklah dia mengingkari mereka yang bercakap tentang perkara yang ditegah supaya tidak termasuk dalam golongan yang dinyatakan dalam ayat ini.[1]

 

Kemudian Al-Qurthubi mengemukan satu riwayat menarik tentang Umar Abdul Aziz menyamakan orang yang duduk dalam Majelis Minum Arak akan ditamsilkan "Sesungguhnya kamu sama dengan mereka", dan mereka adalah sama. Dan beberapa ayat lain yang sama yang mencegah kita cenderung kepada Majlis seumpama itu, iaituu Al-An’am (68), Hud (113) dan Al-Isra’ (73).

 

Komentar Ahmad Mustafa : Penerangan dari Umar Abdul Aziz tentang penafsiran ayat tersebut jelas menunujukkan bahawa adalah haram berada dalam Majlis Maksiat, yang mana kita redha. Perlu dijelaskan bahawa keharaman Majlis Maksiat ini tidak perlu menunggu fatwa dari Mufti Dato' Harussani, bukan dari JAKIM tapi dari Al-Quran itu sendiri kerana hal ini adalah perkara al-ma3lumun minaddin bidharurah (perkara asas yang perlu diketahui dalam agama). Manakala keharaman menganjurkan Majlis amal sebegini kerana berpaksikan kepada Majlis Maksiat, Matlamat menghalalkan cara. Dan untuk PUTERA UMNO bukan kerana gelek gerudinya yang luar biasa itu yang haram, tetapi  geleknya itu sendiri yang haram. Yang kita perlu daulah bukan untuk membatalkan majlis tersebut, tapi sebuah daulah yang memastikan bahawa yang tidak langsung memberi kebenaran untuk konsert Maksiat sebegini.

 

Di manakah Umar Abdul Aziz sekarang, di mana pula Umar Al-Khattab yang tegas melaksnakan hukum syarak. Semoga tegaklah Pemerintahan Islam, atau negara Islam, maka sirnalah si pembuat undang-undang dan sipenganjur Majlis Maksiat atas nama kebajikan. Usah diharap kepada pemerintahan sekular untuk menerapkan Hukum-hakam Islam tapi harapan kita kepada sistem Khilafah. Yang bakal ditegakkan oleh pemuda-pemuda yang ikhlas berjuang dan melakukan amal soleh.

 



[1]  Rujuk :ÇáÌÇãÚ áÃÍßÇã ÇáÞÑÃä  ááÞÑØÈí  :  ÇáÌÒÄ ÇáÎÇãÓ   m.s. 418



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke