Kaum Fajir dalam Tentera Rasulullah

 

Teman Salafi saya dari Temasik dalam keadaan merendahkan diri (humble) yang mengatakan seolah-olah kita ini tidak layak untuk menegakkan khilafah, ujarnya seperti berikut;

 

"Ingat ketika Salahuddin Al-Ayyubi (mungkin yang dimakdusdkan ialah Mohd AlFatih) mencari tentera untuk membuka Constantinople, apa criteria yand dicari? Solah berjamaah di masjid, tak tertinggal takbir pertama, tahajjud setiap malam...Sekarang dimana kita?"

 

Bila hal ini dinafikan bahawa perbuatan Solahuddin di atas bukan sumber hukum, kerana ianya merupakan sebuah sejarah, maka Teman Salafi saya dari Kelana Jaya mencelah dengan nada untuk mempertahankan sejarah dan pendapat teman salafinya;

 

"siapa yg tak belajar dari sejarah, dia akan mengulanginya...sejarah akan menghukum syabab kerana tidak belajar dari sejarah syabab yg tidak pernah berjaya...aa"

 

Yang ingin saya utarakan di sini adalah bila sesuatu isu tidak ditangani dengan hukum selain hukum syarak yang tepat, pasti akan melahirkan satu situasi meraba-raba, dan hujahnya pasti lemah. Ini menjadikan "Emosi Islam" sebagai standard dalam melakukan atau berhujah mengingatkankan saya kepada pengembalian perselisihan pendapat kepada Allah dan Rasulnya, Firman Allah:

 

 

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

 

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. (TMQ 4:59)

 

Asas yang penting sekali dalam kita berhujah adalah kembalikan sesuatu isu itu mengikut acuan yang sebenar, bukan berbicara isu terkeluar dari sumber istimbath hukumnya. Kemudian ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan betul mengatakan orang lain silap, dan menyuruh orang lain belajar dari Sejarah, walhal diri sendiri tak berminat nak merujuk kepada sirah.

 

Setelah kita mengetahui perbincangan asas maka saya ingin mengembalikan semula perbincangan kepada topik sebenar, adakah tentera Islam yang dipilih dalam pasukan tentera Islam mestilah berkualiti seperti yang diterangkan oleh teman saya yang pertama. Inilah yang dikatakan oleh Ibn Taimiyyah dalam kitab AsiSiyasah Assyar'3iyyah

 

فيقدم في إمارة الحرب الرجل القوي الشجاع ، وإن كان فيه فجور فيها ، على الرجل الضعيف العاجز ، وإن كان أمينا ، كما سئل الإمام أحمد : عن الرجلين يكونان أميرين في الغزو ، وأحدهما قوي فاجر والآخر صالح ضعيف ، مع أيهما يغزو ؟ فقال : أما الفاجر القوي ، فقوته للمسلمين ، وفجوره على نفسه ، وأما الصالح الضعيف فصلاحه ، لنفسه ، وضعفه على المسلمين ، فيغزي مع القوي الفاجر . وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم { إن الله يؤيد هذا الدين بالرجل الفاجر } وروي { بأقوام لا خلاق لهم }[1]

 

Maka hendaklah diutamakan memimpin pasukan tentera dari lelaki yang gagah perkasa, meskipun dia fajir, berbanding dengan lelaki yang lemah longlai, meskipun dianya adalah seorang yang baik, sebagaimana pernah di soal oleh Imam Ahmad "Ada 2 orang lelaki yang menjadi panglima perang, satu dipimpin oleh seorang yang perkasa tapi fajir, dan seorang yang soleh tapi lemah, dengan siapakah harus saya berperang?"

Maka Imam Ahmad menjawab "Sedangkan si Fajir Perkasa, kekuatannya untuk manfaat kaum Muslimin, sedangkan kefajirannya adalah untuk dirinya sendiri, Sedangkan si Baik yang lemah, maka kebaikan untuk dirinya, dan kelemahan akan terkena kepada kaum Muslimin, maka hendaklah dia berperang dengan si Perkasa yang Fajir." Dan sesungguhnya Rasulullah saw ada bersabda {Sesungguhnya Allah menguatkan Agama ini dengan lelaki yang Faajir[2]} dan dalam riwayat lain {dengan kaum yang tidak berakhlak}

 

Semoga penerangan ini dapat membuka mata kita sedikit tentang, pandangan syarak berkenaan tentera Islam adakah syarat TAKBIR PERTAMA sebagai yang dicanang-canangkan oleh teman pertama saya wajib diikuti atau sekadar keutamaan sahaja. Pengembalian kita adalah kepada Hukum Allah swt bukannya kepada peristiwa sejarah. Perlu difahami bahawa bukanlah tujuan saya menulis hal ini adalah untuk menggesa kita menlantik orang yang fajir menjadi amirul jihad atau tentera jihad kita dianggotai oleh orang fajir dan meolak yang baik, tetapi apa yang ingin saya paparkan adalah bagaimana kesilapan manusia bila terlalu bersifat Perfectionist (emosi solat) dalam memperkatakan hukum dan memperketatkan syarat yang tidak ada dalam Islam, dan dalam satu masa, cuai mengambil sumber hukum. Pemikiran solat sahaja perlu disempurnaka berbanding  dengan segala hukum lain adalah pemikiran bersifat mengambil juz'iyyah dari Islam, sedangkan Allah memerintahkan mengambil Islam secara keseluruhan



[1] السياسة الشرعية في إصلاح الراعي والرعية الفصل الثالث قلة اجتماع الأمانة والقوة في الناس

[2] Antara Asbabul Wurud Hadis ini sebagaimana dapat dibaca dalam kitab Asy Syaukani berkata,”Diantara dalil yang menunjukkan bolehnya meminta bantuan kepada orang musyrik, bahawa Qazman seorang musyrik keluar bersama Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam ketika perang Uhud dan berhasil membunuh tiga orang musyrik dari Bani Abdul Dar, pembawa bendera perang kaum musyrikin. Hingga beliau Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda, [yang artinya] ”Sesungguhnya ALLAH menolong agama ini dengan seorang yang jahat.”. (Nailul Authar, vol 7 hal 224-225).

 



Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis
Ada yang menghisabnya.

Ahmus

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke