Assamau'alaikum;

 

 

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäøóãóÇ ÇáúÎóãúÑõ æóÇáúãóíúÓöÑõ æóÇáúÃóäúÕóÇÈõ æóÇáúÃóÒúáóÇãõ ÑöÌúÓñ ãöäú Úóãóáö ÇáÔøóíúØóÇäö ÝóÇÌúÊóäöÈõæåõ áóÚóáøóßõãú ÊÝáÍæä

 

[90] Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

 

Kasino di Kota Singa

 

 

Membaca tajuk akhbar bahagian luar Negara Utusan Malaysia versi rumi berjudul Kasino akhiri budaya tinggi Singapura, membuat Merong terfikir panjang melihat bagaimana manusia yang hidup dengan peraturan Buatan Manusia, bertelagah sesama sendiri. Maka tidak salah kalau Merong ingin bernostalgia, bagaimana kami dididik dalam Halaqah Hizbu Tahrir, iaitu tetang konsep manusia mencari peraturan lain selain daripada peraturan Allah.

 

Merong pada kali ini bukan ingin berbicara masalah Kasino, tetapi Merong kali ini ingin meneropong ke alam manusia yang tidak mengikut peraturan Allah SWT, bagaimana mereka bertindak dalam mengatur perilaku meraka yang terombang ambing tanpa arah, jika mengkaji keratan akhbar dibawah kita akan dapati ada beberapa kenyataan yang bercanggah sesama manusia kerana tidak ada standard yang jelas di kalagan mereka. Antara kenyataan yang Merong dapat kutip.

 

  1. Tetapi lebih penting lagi ialah kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew Jumaat lalu tentang perubahan perhatian republik itu terhadap budaya tinggi berbanding dengan budaya pop.

 

  1. Namun begitu, realiti survival Singapura menghendaki segala sumber pendapatan dan ini meliputi langkah memperkenalkan kasino.

 

  1. Penubuhan kasino di Singapura menimbulkan perdebatan dan banyak pihak yang menentangnya atas alasan moral.

 

  1. Bagi Kuan Yew, yang memberi hujah dengan menggunakan logik tulen, kewujudan kasino boleh mendatangkan keburukan. Tetapi tanpa adanya kasino, keburukan lebih besar akan berlaku.

 

  1. SINGAPURA, 31 Mac (Bernama) -- Rakyat Singapura kini berpecah pendapat dalam perdebatan hangat mengenai cadangan projek kasino di sini dengan ramai di kalangan mereka memberi amaran bahawa masalah sosial akan wujud akibat perjudian berbanding manfaat ekonomi daripada pembukan kasino itu daripada kacamata kerajaan.

 

  1. Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam kenyataan yang disiarkan Sunday Times pada 20 Mac berkata kerajaan akan memperuntukkan lebih banyak sumber untuk merawat ketagihan judi jika rancangan membuka kasino pertama itu diteruskan.

 

  1. Seorang pekerja sosial veteran, Tan Eng Lock, 48, telah mengumpul hampir 29,000 tandatangan dalam petisyen dalam talian untuk menghalang cadangan pembukaan kasino berkenaan. "Saya rasa kebanyakan penduduk menentangnya," Selepas kematian Lee, semakin ramai menurunkan tandatangan tetapi ia tidak signifikan," katanya merujuk kepada petisyennya -- "Families Against the Casino Threat in Singapore" pada www.facts.com.sg.

 

Jika dikaji dengan teliti maka pasti pembinaan kasino di Singapura melahirkan Kontroversi pendapat, perselisihan pendapat, perbezaan pandangan dan dipengaruhi oleh lingkungan. Semua hal ini diterangkan oleh Syeikh Taqiuddin An-Nabhani dalam kita Nizhamul Islam, ujarnya;

 

Namun sistem ini tidak boleh datang dari pihak manusia. Sebab, pemahaman manusia dalam mengatur naluri dan keperluan jasmani selalu membuka peluang terjadinya kontroversi (tanaqudh), perselisihan (iktilaf), pertentangan (tafawut), dan terpengaruh lingkungan (ta'thiir bil bi'ah) setempat. Apabila manusia dibiarkan membuat peraturannya sendiri, sudah tentu undang-undang tersebut memungkinkan terjadinya kontroversi (tanaqudh), perselisihan (iktilaf), pertentangan (tafawut) yang malah akan menjerumuskannya ke dalam kesengsaraan. Oleh karena itu sistem tersebut harus datang dari Allah SWT melalui para Rasul.[1]

 

Dan bagi umat Islam hari ini sepatutnya, bila berlaku percanggahan atau timbul permasalahan, maka janganlah aspek ekonomi jadi tolok ukur, atau aspek lain. Umat Islam perlu melihat kepada aspek Hukum Allah SWT. Kerana ingkarnya dan berpalingnya manusia dari hukum Allah akan meyediakan penghidupan yang sempit bagi mereka.

 

æóãóäú ÃóÚúÑóÖó Úóäú ÐößúÑöí ÝóÅöäøó áóåõ ãóÚöíÔóÉð ÖóäúßðÇ æóäóÍúÔõÑõåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö ÃóÚúãóì

 

[124] Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

 

Kalau Singapura selama ini  adalah sebuah negara yang tidak ada peraturan dan mengikut undang-undang etika dan budaya tinggi kerana tidak membenarkan kasino iaitu semenjak tahun 1970-an lagi. Maka kenapakah di Malaysia yang mengaku Negara Islam Contoh ini membiarkan  Kasino dan pusat perjudian sejak lama dulu wujud? Tak terfikirkah pemerintah bagaimana hukumnya menzahirkan 'syi'ar kufur' dalam 'Negara Islam'. Bahkan yang terlibat dalam perniagaan ini bukan sahaja orang kafir malahan juga terdiri dari orang-orang Islam.

 

Apakah faktor ekonomi yang menjadikan kita berpatah arah dengan Hukum Allah, apakah kerana faktor pelancong asing kita lemparkan undang-undang Allah di belakang kita?. Negara Islamkah kita? Negara khilafahkan kita? Yang pasti hukum Allah tidak dimartabatkan, maka kita memerlukan sebuah negara khilafah sebagai sebuah Kiyan Tanfizi (badan pelaksana) hukum Allah ini.

 

Wallahu'alam.

 

Rujukan;

 (sila klik)

 

  1. Utusan Malaysia, Kasino akhiri budaya tinggi Singapura
  2. Bernama.com, Debat Kasino Semakin Hangat

 





[1] Nizamul Islam, Taqiuddin An-Nabhani, ms 10

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke