Betulkah bila Hawa tidak ada dalam AL-Quran maka, nama Hawa adalah nama yang diambil dalam Bible, seperti dakwaan Maulana Asri?

 

 

Untuk menjawab persoalan pertama ini. Merong ingin kemukakan dulu nas-nas yang menyebut nama HAWA, dari segi hadis dan kitab syarah Hadis dan juga kata-kata ulamak tafsir, dan ulama Fiqh

 

Ulama Mazhab Hanafi - Mazhab ini tetap menggunakan nama Hawa

 

ثم اعلم أن أصل الصفا في اللغة الحجر الأملس وهو والمروة جبلان معروفان بمكة وكان الصفا مذكرا لأن آدم عليه السلام وقف عليه فسمي به ووقفت   حواء  على المروة فسميت باسم المرأة فأنث لذلك[1]

 

..Ketahuilah bahawa asal Shofa dalam segi etimologinya adalah batu amlas, dan ianya dan Marwah dua gunung yang terkenal di Makkah, Shafa adalah dalam sebutan jantan kerana ada berhenti di situ, dan Hawa telah  berhenti diatas marwah, maka dinamakan dengan nama perempuan, kerana hal demikian.

 

...لما رأت   حواء  الدم أول مرة سألت آدم عن حكم الصلاة فيه كما يؤخذ مما بعد فقال لا أعلم فأوحى الله إليه أن تترك الصلاة فلما طهرت سألته عن قضائها فقال لا أعلم...[2]

 

..Tatkala Hawa melihat darah untuk kali pertama; dia bertanya kepada Adam berkenaan hokum solat, sebagaimana dikutip sebelum ini, maka Dia menjawab "Aku tak tahu". Maka Allah mewahyukan untuk meninggalakan solat, maka bila suci, dia bertanya tentang hokum Qadha Solat, maka adam menjawab aku tak tahu…

 

قوله يا فلان بن فلان أو يا عبد الله بن عبد الله وفي النهر عن الحواشي قيل يا رسول الله فإن لم يعرف اسمه قال ينسب إلى   حواء[3]

 

 

أن   حواء  عليها السلام خلقت من آدم عليه السلام فكانت بعضه حقيقة[4]

 

Sesungguhnya Hawa alaihasaalam telah diciptakan dari Adam alaihisalam, maka (Hawa) secara hakikatnya sebagaian dari Adam

 

والمروة لأنه جلس عليها امرأة وهي   حواء  ولذا أنثت[5]

 

Marwah kerana Hawa telah duduk disitu, sebab itu dinamakan mu'annath.



[1]  Bahr Ra'ik, Zain Ibn Irahim Ibn Muhamad Ibn Muhamad  bin Bakr (926-970H), II/358.

[2]  Hasyiah At-Thahawi

[3]  Ibid, I/367

[4]  Al-Masbuth, Syarkahasi, IV/205.

[5]  Darul Mukhtar, II/468.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke