Di samping Allah SWT menerangkan Hukuman Hudud untuk
Lanun ini Allah SWT juga telah menetapkan tatacaranya.

PROSEDUR HUKUMAN

Mengenai Prosedur pelaksanaan had sebagaimana yang
tercantum dalam ayat ini, seperti tertulis dalam kitab
Imam Syafie

Imam Syafie meriwayatkan dalam musnad-nya, dari Ibnu
`Abbas tentang qathu ath-thariq:

"Jika mereka MEMBUNUH dan MERAMPAS harta benda, mereka
akan DIBUNUH dan DISALIB. Jika mereka MEMBUNUH tetapi
TIDAK MERAMPAS harta benda, mereka DIBUNUH saja namun
TIDAK DISALIB. Jika mereka MENGAMBIL HARTA BENDA
SAHAJA tetepi tidak membunuh, maka TANGAN DAN KAKI
mereka DIPOTONG BERSILANGAN. Dan jika mereka melakukan
KEGANASAN di jalanan dan tidak merampas harta benda,
USIRLAH mereka. (buang negeri)

Dengan demikian, hukuman (punishment) bagi mereka
berbeza-beza sesuai dengan tindakan yang mereka
lakukan. Jika mereka hanya merampas harta benda saja,
maka akan dikenai hukuman dengan dipotong tangan kanan
dan kaki kirinya (bersilangan). Tangan dipotong di
pergelangannya seperti pemotongan pada kasus
pencurian, sedangkan kaki dipotong pada persendian
mata kakinya. Jika mereka hanya melakukan keganasan di
jalan, maka mereka dikenai hukuman (punishment)
pengusiran. Maksud dari nafy di sini bukanlah al-habs
(kurungan). Al-habs berbeza dengan an-nafiy. Nafiy di
sini adalah mengusir dari negerinya ke negeri yang
jauh. Jika mereka hanya membunuh, mereka dikenai hukum
bunuh saja. Dan jika mereka membunuh disertai merampas
harta benda maka mereka akan dibunuh dan disalib. 

Penyaliban dilakukan setelah pembunuhan, bukan
sebelumnya. Sebab ayat tersebut menyebutkan salib
setelah menyebut pembunuhan. Lebih utama mengikuti
tertib penyebutan ayat, sebab salib sebelum pembunuhan
adalah penyiksaan. Padahal tujuannya adalah
menjatuhkan hukuman (punishment) bukan menyiksanya.
Selain itu tujuan dari penyaliban adalah untuk
menakut-nakutkan yang lain. Hal ini boleh dicapai
apabila penyalibannya dilakukan setelah pembunuhan.
Jadi, dibunuh lebih dahulu, kemudian disalib di
hadapan khalayak, hingga mereka menyaksikannya telah
tersalib dan dia telah mati. Sedangkan berapa lama
disalibnya, perkiraannya ditentukan oleh pendapat
imam, akan tetapi pada suatu kondisi tidak dibiarkan
sampai rusak dan menimbulkan bau busuk.

       Ini adalah hukuman (punishment) bagi qathu
ath-thariq. Hukuman (punishment)nya sesuai dengan dosa
yang dilanggarnya, namun dosa tersebut terbatas pada
tiga perkara , iaitu pembunuhan, merampas harta benda,
dan melakukan keganasan di jalanan. Jika mereka
melakukan selain perkara-perkara tersebut, seperti
mereka hanya mengungut saja, melukai dua tangan atau
kaki atau tulang rusuk atau hidung, atau melakukan
tindakan selain pembunuhan, maka tidak ada had bagi
mereka (tidak dikenakan hudud lanun). Sebab, had
adalah hukuman (punishment) yang telah ditetapkan
ukurannya, yang harus sesuai dengan nas. Sementara nas
hanya menetapkan hukuman (punishment) pada tiga jenis
pelanggaran ini, dan tidak menetapkan had bagi selain
tiga hal tersebut.

Namun demikian, pernyataan bahwa tidak ada had selain
pada tiga perkara tersebut, bukan berarti tidak ada
hukuman (punishment) sama sekali bagi mereka. Yang
dimaksud disini adalah tidak ada hukuman (punishment)
had yang termasuk dalam hudud. Maka, ianya termasuk ke
dalam perkara jinayat, dan mereka berhak dikenai
hukum-hukum jinayat, iaitu hukum penyerangan terhadap
badan, bukan pada jiwa.

Meskipun demikian, had bagi qathu ath-thariq akan
dijatuhkan apabila telah terpenuhi fakta tentang
qutha' ath-thariq, yakni jika mereka telah memenuhi
syarat qathu ath-thariq. Jika belum remenuhi syarat
qathu ath-thariq maka tidak ada had bagi mereka. 

bersambung ....D


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke