Assalamualaikum wbt Yang Al Quran di hina
oleh kafirun itu satu kenyataan
yang sudah lama di ketahui. Cuma soalan nya kenapa
sekarang isu ini di war warkan.
Kenapa Newsweek
buka cerita ini. Newsweek itu
adalah kepunyan Yahudi. Apa
kah niat mereka membawa cerita ini? Saya lihat tidak ada sebab lain melainkan menyebabkan porak peranda di
Negara orang Islam, yang tidak
ada beza nya dengan apa yang di buat banyak kali oleh mereka pada
masa lampau. Buat porak peranda, kemudian masuk dalam negeri orang
untok takluk. Orang islam, sepatut
nya belajar dari sejarah -----Original Message----- Sebagaimana
diberitakan oleh media massa tempatan dan antarabangsa, di kem Guantanamo,
Cuba, telah terjadi penghinaan dan pelecehan terhadap kitab suci umat Islam,
al-Quran oleh para penyiasat AS di penjara Guantanamo ketika mereka menjalankan
siasatan para tahanan. Sementara itu,
pemerintah AS melalui Kementerian Luar Negerinya hanya mengumumkan, bahawa
Pentagon akan segera menyiasat kes penghinaan terhadap al-Quran tersebut. Padahal, penghinaan tersebut bukanlah untuk
pertama kali. Tareq Dergoul, 26, warga Inggeris
yang dibebaskan dari penjara Guantanamo pada bulan Mac 2004 lalu, mengeluarkan
surat terbuka melalui pengacaranya yang berisi tentang tingkahlaku pelecehan
yang dilakukan oleh para pegawai penjara Guantanamo terhadap agama Islam dan al-Quran.
Wahai kaum Muslim, Realiti seperti itu
semakin menjelaskan bahawa : 1. Penghargaan
terhadap keyakinan agama lain yang selama ini digembar-gemburkan atas nama
demokrasi dan hak asasi manusia (HAM) adalah dusta. 2. Dialog
antara agama dan antara peradaban hanyalah bualan (omong kosong). Semua ini
ditujukan untuk menghambat tampilnya Islam dan umatnya memimpin dunia. Berbagai peristiwa itu justeru menunjukkan
perang peradaban merupakan suatu kepastian. Dan pelecehan al-Quran sebagai
kitab suci umat Islam merupakan salah satu wujudnya. 3. Tanpa
Khilafah Islamiyah, Islam dan umatnya terus dilecehkan dan dihinakan. Sebab, tidak ada benteng yang dapat
menjaganya. Berdasarkan hal-hal
tersebut kita sepatutnya menyatakan : 1. Kutukan
keras penghinaan dan pelecehan al-Quran di penjara 2. Isu perang
melawan terorrisme yang digembar-gemburkan AS hanyalah merupakan salah satu
alat mereka untuk menghancurkan Islam dan umatnya 3. Tuntutan
para penguasa di negeri-negeri Muslim untuk kembali kepada Islam dengan
perpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunnah, lepaskan kesetiaan kepada negara
imperialis, serta memutuskan hubungan diplomatik dengan AS dan negara-negara
kafir sekutunya yang telah melakukan penghinaan terhadap al-Quran. 4. Seruan
kepada kaum Muslim untuk terus menyusun barisan bagi menegakkan syariat
Islam dan menyatukan umat Islam dalam naungan Khilafah Islamiyah yang akan
menerapkan syariat Islam dan memimpin kaum Muslim melawan negara-negara besar
yang menghinakan al-Quran. Wahai kaum Muslim,
ingatkanlah firman Allah SWT: "Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu
orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya
(menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati
mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat
(kami), jika kamu memahaminya. (TQS. Âli ‘Imrân [3]:118). WSL __________________________________________________ ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links
|