TANAH 4.5 EKAR KE 6 EKAR DI PUCHONG DIKEHENDAKI SEGERA!!!!!


MESTI TEPI JALAN ATAU ADA LALUAN KELUAR MASUK!

SILA HUBUNGI SAYA SEGERA! INI ADALAH URGENT CASE!

SAIFUL 012-6182897

JUAL BELI SEWA HARTANAH / PRINTING ADVERTISING / PERUBATAN ISLAM



Assalam mu'alaikum ......

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW DI ARAFAH

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah
Uranah, Gunung Arafah.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini
dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini
pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai
amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu,
mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk
diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah
di bulan Ramadan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula
kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMU.


Wassalam......
SAIFUL 012-6182897

JUAL BELI SEWA HARTANAH / PRINTING ADVERTISING / PERUBATAN ISLAM





Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke