http://www.mykhilafah.com/malay/


Melayu Glokal: Re-branding Melayu
Wednesday, 20 July 2005

Sambil menjelaskan, istilah `glokal' sebagai gabungan antara global dan lokal, Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, Melayu Glokal yang diimpi dan dihasratkan ialah Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional.

``Maksudnya, di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa namun akal kita menerjah ke serata dunia.

===========================
Komentar : Re-Branding (Penjenamaan Semula) teknik digunakan untuk menerangkan sesuatu penyesuaian telah dilakukan benda asli, diubah bentuk sedemikian rupa sehingga membentuk satu imej baru dan memakai nama baru. Isu re-branding ini amat popular di Malaysia sebagai contohnya UMNO lama setelah dikuburkan telah diberi nafas baru UMNO baru, dulunya Melayu sekarang Melayu Baru, hatta Islampun dijenamakan semula dengan Islam Hadhari. Penjenamaan semula ini nampaknya sama sahaja cuma Syarikat Pembungkus sahaja yang berlainan dan design logo dan jenama baru sedikit berlainan, tapi produknya sama. Setiap pemimpin yang tampil maka ada perkataan baru direka untuk menjana wawasan baru, lihat sahaja pelaksanaan penerapan Islam yang tidak sempurna telah dijenamakan semula dengan nama Islam Hadhari, tidak apa yang baru sekadar mengabsahkan sistem sekular yang ada. Sekarang timbul 'Melayu Glokal', perlu dipertanyakan untuk apa jenama baru jika produknya adalah sama? Melayu Islam perlu diubah supaya mengambil Islam sebagai cara hidup, bukannya ideologi sekularime, itulah anjakan paradigma yang perlu dilakukan oleh orang Melayu. Bukannya penjenamaan semula tanpa berlaku apa-apa perubahan.




///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke