Isu AP yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini dan
juga dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu sebenarnya
sudah lari daripada tajuk asal mengapa isu AP ini
dibangkitkan.

Isu AP ini dibangkitkan ialah kerana Penasihat Proton
Tun Dr Mahathir dan CEO Proton Tengku Mahalel
menyatakan bahawa Proton tidak dapat bersaing sekarang
ini kerana begitu banyak AP diberikan kepada syarikat
pengeluar kereta daripada luar negara.

Isu AP ini bukan asalnya dibangkitkan mengapa begitu
banyak AP diberi kepada syarikat tertentu atau mengapa
ada syarikat yang menerima AP ini mengisytiharkan
harga kereta yang diimpot terlalu rendah untuk
mengelakkan cukai yang tinggi kepada kerajaan justeru
berkurangnya pendapatan kerajaan.

Sekarang isu AP hangat diperkatakan di mana-mana, di
kedai kopi, di akhbar-akhbar dan sebagainya. Namun
tajuk asal perkara ini tidak diselesaikan. Iaitu
masalah utama sekarang ialah apa akan jadi kepada
Proton, apa akan jadi kepada pekerja-pekerja kilang
Proton yang rata-ratanya orang Melayu apabila Proton
tidak dapat melariskan produk mereka ? Apa akan jadi
pada kilang terbaru dan tercanggih Proton di Tanjung
Malim ? Apa akan jadi pada kehidupan sosio ekonomi
penduduk Tanjung Malim ? Mengapa hanya Proton yang
membangkitkan isu ini ? Mengapa Perodua masih boleh
bersaing dengan syarikat pengeluar kereta luar negara
dengan kenderaan terbarunya MyVi ?

Tengok sahaja kepada model kereta Proton yang tidak
mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia sebelum
isu AP ini timbul, Proton Tiara, Proton Juara, Gen 2,
Proton Arena dan terbaru Proton Savvy. 

Oleh itu pihak yang pada mulanya membangkit isu ini
haruslah mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan
industri kereta nasional iaitu Proton serta membuat
perbandingan dengan Perodua yang juga sebuah syarikat
kereta nasional yang setakat ini masih boleh bersaing
dengan industri kereta luar negara.

Isu mengenai pengagihan AP, pentaksiran harga kereta
impot yang rendah haruslah diserahkan kepada pihak
Badan Pencegah Rasuah untuk mereka melakukan siasatan.


 Layari  http://rozmal.blogspot.com


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke