Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar bin Yaakob 27. Falsafah Kumpulan Modenis
Golongan anti-hadis yang dibincangkan dalam sebelum ini hanyalah sebahagian daripada aliran yang lebih besar yakni trend modenis yang sering melaungkan perlunya Islam disesuaikan dengan kehendak zaman; perlunya Islam bersifat modenis, moderat, liberal dan 'progresif'. Walaupun istilah 'progresif' tersebut nampaknya seolah-olah bebas-nilai (value-free) tetapi sebenarnya ia membawa nilainya yang tersendiri. Istilah 'progresif' digunakan di barat bukan sekadar ukuran perkembangan tamadun material tetapi juga perkembangan idea, nilai dan prinsip. Dari sudut nilai dan idea, progresif dikaitkan dengan pergerakan kebangkitan (renaissance) dan perubahan daripada sikap, perhubungan, mentaliti orthodox-feudal-medieval kepada sesuatu yang lebih liberal, demokratik dan permissive. Progresif adalah anti-tesis kepada sikap dan pandangan tradisional yang dianggap orthodox, kolot dan jumud. Sekiranya sesuatu tidak berubah, maka itu tidak progresif. Maka sekiranya kita menyeru untuk kembali kepada sesuatu idealisme yang diajar oleh Nabi s.a.w. 1500 tahun yang silam, maka kita dianggap kolot, jumud dan tidak progresif. Falsafah progresif yang dipegang oleh golongan ini sebenarnya mempunyai unsur falsafah evolusi Darwinisme di mana dinisbahkan bahawa makhluk, masyarakat dan idea pegangan manusia seperti juga manusia dan makhluk lain sentiasa berubah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik, lebih moden, lebih bermutu, lebih maju. Keadaan masyarakat manusia hari ini kononnya lebih baik dari sepuluh, seratus, seribu tahun yang lalu. Kehidupan bermula daripada keadaan yang primitif dan sentiasa bergerak ke arah yang lebih baik, lebih sempurna daripada keadaan yang sebelumnya, daripada tamaddun primitif seperti yang dijalani oleh orang-orang asli benua Afrika kepada kebudayaan yang kompleks dan maju yang dikepalai oleh tamaddun Eropah. Dengan itu mereka mencanangkan perlunya melihat faktor sejarah dalam segenap hal. Apa juga yang berkait dengan masyarakat manusia dari sudut pakaian, muzik, moral, perundangan, cara hidup, budaya semuanya telah berubah dan orang yang mengamalkan amalan sepuluh, seratus, seribu tahun dahulu adalah ketinggalan zaman. Oleh itu, agama (termasuk Islam) juga dilihat sebagai satu yang bersifat harus evolusioner, yang harus bertukar mengikut peredaran zaman; apa yang tidak sesuai dengan zaman masakini boleh, malah perlu, ditinggalkan. Oleh kerana cara hidup Islam sudah diatasi (superseeded) oleh ideal-ideal barat, maka mereka mencadangkan jalan paling selamat bagi Islam ialah menyesuaikan pentafsirannya dengan tamaddun barat. Maka timbullah pandangan bahawa berpegang kepada pegangan asli Islam sebagai kolot, orthodoks dan ketinggalan zaman! Bersambung.. inshaAllahÂ… ____________________________________________________ Start your day with Yahoo! - make it your home page http://www.yahoo.com/r/hs ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/