ASM Ketika peristiwa Fathul Makkah, nabi s.a.w.a bersabda kepada golongan Quraish yang ditawan termasuk Abu Sufian dan anaknya Muawiyah:
.................kamu ini semua adalah orang2 yang dibebaskan (Thulaqa') Jadi, Muawiyah adalah orang yang dibebaskan dan anak kepada orang yang dibebaskan : Thulaqa' ibnu Thulaqa' J: 1. Ali, Hasan dan Hussein adalah orang yang dikehendaki suci dan disucikan oleh allah swt. sendiri : (Surah al-Ahzab (33): 33):"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu ('an-kum) wahai Ahlul-Bait, dan membersihkan kamu sebersih- bersihnya." Mereka bertiga adalah antara orang yang wajib dicintai oleh ummat sebagaimana firman ALlah swt: Surah al-Syu'ara (42): 23):"Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan (al-qurba). Dan siapa yang mengerjakan kebaikan (al-Hasanah) akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." Soalan itu sepatutnya berbunyi berdosakah Muwaiyah dan bukan berbunyi : berdosakah 3 orang itu. Sejarah mencatatkan bahawa Muawiyah lah dahulu orang yang mengangkat senjata kepada pemerintah yang sah pada ketika itu tanpa haq. 2. Salah tetap salah, haq tetap haq dari dulu sampai sekarang. Ertinya, kalau dulu batil, sampai sekarang pun tetap batil juga walaupun masa sudah berlanjut ribuan tahun. Kalau kebatilan tidak dapat dikenali, bagaimana kita hendak menghindarinya? Bagaimana henkan kita mencari kebenaran kalau kebatilan itu tidak dikenali? * Mencari kebenaran ini adalah perintah dari Allah swt: Firman Allah dlm surah AL Fatiha : "Ihdinas sirotol mustaqim, sirotol lazi na'an'am ta'alaihim...... Ummat Islam tidak kira mazhab diminta untuk mencari jalan yang lurus yakni jalan orang2 yang diberi nikmat oleh Allah swt......." Soalnya, siapakah orang2 yang diberi nikmat oleh Allah swt.? SURAT AL FATIHAH : 6, Jalan Yang Lurus "Tunjuki kami ke jalan yang lurus, jalannya orang-orang yang telah Kau beri nikmat." Yang dimaksud "Jalan yang lurus" dalam ayat ini adalah Muhammad SAW dan Ahlul Baitnya, yakni: Ali, Fatimah, Hasan dan Husein (a.s). Silahkan rujuk: 1. Syawahidut Tanzil, Al-Hakim Al-Haskani, jilid 1, halaman 57, hadis ke: 86, 87, 88, 89, 90, 91, 92, 93, 94, 95, 101, 102, 103, 104, dan 105. 2. Al-Ittihaf Bihubbil Asyraf, Asy-Syabrawi, halaman 76. 3. Kifayah Ath-Thalib, al-Kanji Asy-Syafi'i, halaman 162, cet. Al Haidariyah; halaman 76, cet. Al-Ghira. 4. Ihqaqul Haqq, At-Tastari, jilid 3, halaman 534. WSM --- In islah-net@yahoogroups.com, Hizamri Johari <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲᥴ 5;ﺔﻤﺤﺭﻮﻢﻼﺴA 248;ﺍﻡﻜﻴﻠﻋﻮ > > Bab ni dah lama habis. Kenapa di ungkit dan di korek balik? > > > Soalan : > > 1) Berdosakah Ali ra, Hassan ra, Hussein ra dan para sahabat yang lain ra yang memerangi Muawiyah ra ketika mana mereka berperang dan membunuh satu sama lain disebabkan dua hadith ini? > > 2) Berdosakah kita memperbincangkan kesalahan dan kesilapan yang dibuat oleh orang2 dahulu ( sesiapa sahaja ) supaya dijadikan iktibar agar tidak berulang? > > 65 ribu atau 70 ribu korban ( angka sebenar Allah SWT yang tahu ) perang saudara seIslam adalah amat memilukan. Dan pada kadar kita mencela sesama sendiri sekarang ni, rasanya memang lah perang saudara tidak dapat dielak lagi. > > Lainlah kalau puak Salafi/Wahabi/MAB/Sufi/Syiah/Hadhari/HT dan lain2 ( 73 golongan semuanya ) kata mereka sajelah yang Islam, orang lain semuanya kafir, mereka sajalah yang betul, orang lain semuanya bathil, darah puak/kumpulan yang lain semuanya halal. > > Maka tunggulah kita semua sehingga Allah SWT menghakimi dan mengadili tentang apa jua yang kita perselisihkan. Tidak ada bezanya kita dengan Bani Israil yang diceritakan dibawah ini. > > Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam > Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang > > > [2.85] Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. > > [2.86] Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah- perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. > > SodaqAllahul'Adzim > > > ﻡﻠﻋﺍﷲﺍﻮ > > ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲᥴ 5;ﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴA 248;ﻋﻢﻼﺴﻠﺍﻮ > > Hizamri > > > > > > ----- Original Message ----- > > > From: Hang Tuah > To: islah-net@yahoogroups.com > Sent: Friday, July 08, 2005 8:48 AM > Subject: [islah-net] Pembelaan terhadap Muawiyah > > > Assalamu alaikum, > > 1. Dari irbadh bin Saariyah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : (artinya) > - " Ya Allah ajarkanlah Muawiyah cara menulis dan berhitung, dan jauhkanlah ia dari adzab" > (HR Ahmad) > > 2. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari jalan Ummu Haram binti Milhan isteri kapada Ubadah bin Shamit, Rasulullah bersabda: (artinya) > - " Tentera yang pertama kali dari umatku yang berperang di lautan berhak untuk masuk syurga ". > > Dan yang menjadi panglima perang pada saat itu adalah Muawiyah. > > > Justeru itu yang terpengaruh dengan perbicaraan yang meleceh- lecehkan para sahabat. Apa yang anda lecehkan itu ialah Muawiyah yang didoakan oleh Rasulullah SAW agar dijauhkan dari adzab dan seorang yang berhak ke atas syurga melalui jaminan Rasulullah SAW. > > Apakah anda mendapat jaminan dari Rasullullah SAW bahawa anda dijauhkan dari adzab bila melecehkan Muawiyah dan para sahabat yang lain? > > wassalam > > > > > --------------------------------- > Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items. ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/