--- In islah-net@yahoogroups.com, "bravopro67" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > ASM > > SURAT ALI-IMRAN: 61, Ayat Mubahalah > > "Maka katakanlah (kepadanya): 'Marilah kita memanggil anak-anak kami > dan anak-anak kamu, wanita kami dan wanita kamu, diri kami dan diri > kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta > supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta '. "
~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply ayat mubahalah (minta bala' dan laknat diturunkan kepada pihak yg dusta) di atas ialah antara Nabi SAW dgn Kristian Najran. Syi'ah mentakwiil mubahalah itu antara sunni dan syi'iy Amat buruk sekali takwiilan mereka. aa > > Surat An-Nisa': 54 > > [4.54] Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan nikmat ) > yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? > Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: > Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi > kepada mereka kerajaan yang besar. > > Kmai menyaksikan bahawa Muhammad Wa Alihi adalah merupakan juga > sebahagian dari keluarga Ibrahim seperti yang dijanjikan. > > WSM > _____________________________________________________ > > --- In islah-net@yahoogroups.com, Hafiz Firdaus <[EMAIL PROTECTED]> > wrote: > > Assalamualaikum waRahmatullah, > > > > Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah > > buku baru: > > > > Judul: Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi`ah al-Rafidhah > > Berkenaan Keutamaan Dan Sejarah Para Sahabat. > > > > Pengarang: Abd Allah Abd al-Qadir al-Taliri > > > > Penterjemah: Muhammad Amin Yaacob > > > > Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah > > > > Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru. > > > > Saiz buku: 7 x 7, 343 mukasurat > > > > Harga: RM26.00 > > > > Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama > > terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di > > 07-235 1602. > > > > Ulasan ringkas: > > > > Jika dirujuk kepada mana-mana sumber Syiah, akan > > ditemui bahawa sahabat yang memiliki keutamaan > > hanyalah 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Pada waktu > > yang sama, akan ditemui bahawa sahabat-sahabat yang > > lain memiliki sifat-sifat yang tercela dan buruk. > > > > Ini berlaku kerana mereka (Syiah) hanya menghimpunkan > > ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah yang > > menerangkan keutamaan 'Ali, Fathimah, Hasan dan > > Husain. Adapun ayat dan hadis berkenaan keutamaan para > > sahabat yang lain, mereka diamkan sahaja. Pada waktu > > yang sama, mereka mengemukakan kisah-kisah sejarah > > yang kononnya menerangkan kecelaan dan keburukan para > > sahabat tersebut. > > > > Orang ramai yang tidak mengenal secara keseluruhan > > ayat-ayat dan hadis-hadis dalam bab ini akan mudah > > terpengaruh dengan strategi Syiah ini. > > > > Alhamdulillah melalui buku ini, orang ramai akan dapat > > mengenali bahawa semua sahabat memiliki keutamaan yang > > dipersaksikan oleh al-Qur'an dan al-Hadis yang sahih. > > Pada waktu yang sama, buku ini juga menjawab > > kisah-kisah sejarah yang digunakan oleh Syiah bagi > > mencela dan memburukkan para sahabat. Antara > > kisah-kisah tersebut adalah: > > > > 1. Tindakan ekspedisi Usamah bin Zaid yang kembali ke > > Madinah apabila mendengar Rasulullah shallallahu > > 'alaihi wasallam menjadi gering kerana ingin menahan > > jawatan khalifah daripada jatuh ke tangan `Ali. > > > > 2. Tindakan para sahabat yang tergesa-gesa berjumpa di > > dewan Bani Sa`idah dengan meninggalkan `Ali untuk > > melantik Abu Bakar. > > > > 3. Suasana hiruk pikuk yang berlaku di dewan Bani > > Sa`idah. > > > > 4. Abu Bakar merampas Tanah Fadak daripada Fathimah. > > Ini menimbulkan kemarahan kepada Fathimah sehingga > > apabila beliau meninggal dunia, beliau dikebumikan > > senyap-senyap pada malam hari. > > > > 5. Tindakan `Ali yang tidak membai`ah Abu Bakar > > kecuali setelah beberapa bulan. > > > > 6. Tindakan `Umar al-Khaththab yang melarang hajat > > Rasulullah untuk menulis wasiat perlantikan `Ali di > > akhir hayat baginda. > > > > 7. Hadis yang menerangkan para sahabat akan dihalang > > daripada Telaga Haudh pada Hari Akhirat nanti. > > > > > > __________________________________________________ > > Do You Yahoo!? > > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > > http://mail.yahoo.com ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/