WANITA DAN KESIHATAN (Bhgn akhir dpd 6)
Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak Kelapa Dara BIOVCO : RM30.00 sebotol (120ml) 013-3014262
Penghantaran PERCUMA (Pos Laju). Maklumat lanjut pembelian sila 
lawat ke : http://www.maynetwork.net/biovco/pembelian.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2.4 Menangkis tekanan jiwa atau stress

Tekanan emosi atau jiwa merupakan satu faktor terkini dalam kejadian 
berbagai jenis penyakit seperti migraine, gastric, darah tinggi, 
lemah-jantung dan lain-lain. Malah seribu satu jenis penyakit boleh 
timbul akibat daripada tekanan emosi dan jiwa. Tekanan emosi dan 
mental ini boleh berlaku di mana-mana seperti di sekitaran rumah dan 
keluarga, di jalan-raya, di tempat-tempat kerja, di gedung-gedung 
beli-belah dan lain-lain.

Oleh itu kita perlu mempunyai daya tahan atau kaedah sendiri untuk 
menjauhkan serta menangkis segala tekanan dan serangan mental. 
Ketahanan mental untuk menangkis stress boleh dibentuk pada setiap 
wanita melalui disiplin diri, akhlak yang baik, personaliti yang 
tegas, amalan- amalan ugama yang boleh membentuk kita sebagai 
seseorang yang beriman dan bertaqwa, sifat tawaduq dan merendah-diri 
dan boleh berkompromi dan bertolak-ansur dalam suatu keadaan yang 
kritikal.

Kebanyakan daripada kesan tekanan mental dan emosi timbul akibat 
daripada kelemahan iman kita yang seterusnya menyebabkan penyakit 
jiwa, diantaranya sifat-sifat tamak, riak atau bangga diri, sombong 
dan angkuh, keras hati dan pemarah dan suka melayani kehendak nafsu 
dan syahwat tanpa batasan. Tekanan mental dan emosi dan penyakit 
rohani akan seterusnya menimbulkan berbagai penyakit fizikal seperti 
darah tinggi, serangan jantung, ulcer, kencing manis, angin ahmar 
dan lain-lain.

Rumusan

Akhir kata saya ingin menegaskan pentingnya menjaga kesihatan secara 
keseluruhan dengan mengambil kira aspek rohaniah, emosi dan mental 
serta aspek fizikal. Timbalah ilmu melalui sumber-sumber yang begitu 
banyak di dalam negara kita, samaada melalui media elektronik, bahan 
cetak seperti majalah dan buku, dan juga melalui perbincangan 
perbincangan dalam forum, bengkel atau seminar. Wanita boleh juga 
mendapat pengetahuan secara bersemuka dengan doktor pakar, jururawat 
ataupun kaunselor kesihatan.

Setelah mengetahui janganlah kita mengambil sikap sambil lewa, kita 
patut mengambil langkah-langkah positif untuk menjaga dan mengesan 
penyakit di peringkat awal. Jika langkah-langkah penjagaan kesihatan 
dilakukan terus-menerus dan sempurna, Insya-Allah penyakit akan 
menyerang kita. Setiap penyakit datangnya dari Allah dan ubatnya pun 
dari Allah, tetapi kita mesti berusaha dengan izin Allah tanpa 
mendapatkan perubatan yang mungkin menyebabkan kita syirik atau 
melanggar tata-susila ugama kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI PENGGUNA PRODUK NONA MANJA : SUKAR MENDAPAT ZURIAT 

Saya Nora Ghazali. Sudah lama saya dan suami mengimpikan seorang 
anak bagi menyerikan kehidupan kami suami isteri. Pelbagai ikhtiar 
yang telah saya dan suami lakukan namun kami tetap hampa. Saya mula 
mengambil NONA MANJA kerana tertarik dengan pepatah yang terdapat 
pada risalahnya iaitu "Malam Yang Bahagia, Siang Yang Ceria". Di 
tambah pula dengan 10 sebab kenapa wanita mesti lengkapi diri dengan 
NONA MANJA. Setelah mencuba 2 botol NONA MANJA, saya mula merasakan 
kelainan pada diri saya. Waktu itu, saya masih ragu-ragu namun masih 
berharap penantian kami bakal berakhir. Alhamdulillah, impian saya 
bakal menjadi kenyataan apabila doktor mengesahkan bahawa saya 
sedang hamil. Kegembiraan itu saya kongsi bersama suami, dan kini 
kami hanya menanti kelahiran cahaya mata kami. 

Pn. Nora Ghazali 25 tahun
Mohammad Syah Abdullah 27 tahun
Mersing, Johor Bharu.

Produk khas utk Wanita NONA MANJA : RM35.00 sebotol (250ml). Kos 
penghantaran PERCUMA (Pos Laju). Maklumat lanjut pembelian : 
http://www.maynetwork.net/nona/pembelian.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perolehi artikel, panduan & tips mengenai kesihatan secara PERCUMA 
dari masa kesemasa. Daftar sebagai ahli dengan menghantar email ke : 
[EMAIL PROTECTED] 

atau lawat ke groups myniaga di : 
http://health.groups.yahoo.com/group/infokesihatan/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke