SURAT TERBUKA BUAT PENDUDUK BANDAR SEREMBAN SELATAN

Kami mendapat beberapa aduan mengenai kegusaran
penduduk Bandar Seremban Selatan mengenai masalah
bersangkutan CF yang kini telah pun diduduki hampir 4
tahun. Penduduk Bandar Seremban Selatan (BSS) Fasa 3,
Sg Gadut, Seremban, berada dalam kebimbangan sejak
mendiami kawasan tersebut lebih empat tahun lalu
kerana rumah mereka tiada sijil Kelayakan Menduduki
(CF). 

Kami telah membuat lawatan sebanyak 2 kali ke kawasan
saudara. Pertama kali kami menghantar pasukan peninjau
untuk mengenalpasti permasalahan (20 Julai) dan pada
26 Julai membawa peguam bertemu wakil penduduk.

Kami amat memahami penduduk di BSS bukanlah daripada
golongan mewah atau kaya raya, sebaliknya hanya
golongan pekerja kerajaan dan swasta yang terdiri
daripada semua lapisan bangsa, Melayu, Cina dan India
juga betapa saudara semua mengharapkan sebuah rumah
yang selesa dan selamat serta sah diduduki untuk
membesarkan anak-anak, Namum ini merupakan tahun ke 4
rumah yang saudara – saudara diami tidak mempunyai CF.


Risiko menduduki rumah tanpa CF 
1. Menduduki rumah tanpa CF merupakan perkara yang
bertentangan dengan undang undang maka saudara tidak
diberikan perlindungan insurans seperti mereka yang
menduduki rumah dengan CF dapat
2. Jika rumah saudara terbakar hangus, bayaran bank
masih terus perlu dibuat sedangkan rumah tidak diganti
kerana tiada CF
3. Jika saudara (ketua keluarga atau penama pinjaman)
mati hutang saudara akan terus ditanggung pewaris dan
penukaran hak milik menjadi terlalu sukar kerana rumah
tiada CF

Mungkin ada yang seronok meter air tiada tetapi ………..
1. Taman Seri Rembau tiada CF dan telah diduduki. Air
dibekalkan tanpa meter individu kononya pemaju ada
meter besar, tetapi selepas baru – baru ini mendapat
CF semua penduduk dipaksa membayar RM 600 lebih
sebagai tunggakan air sebelum dibenarkan memasang
meter individu. Bayangkan berapa yang akan ditanggung
oleh saudara dan jiran yang hampir empat tahun ini ?
2. Di dapati saudara semua telah membayar deposit
meter, tetapi pernahkah saudara periksa dengan JBA
adakah deposit itu sampai ke tangan JBA ? 

Berdasarkan undang undang pembeli boleh menuntut
pampasan 10 % dari harga rumah bagi setiap tahun lewat
pemaju gagal mennyerahkan rumah yang sempurna (jika
definasi undang undang “rumah sempurna’ ialah sempurna
semua termasuk CF maka saudara boleh menuntut hak
saudara !). Adakah ini berlaku kepada saudara ?
Menurut salah seorang penduduk, jiran saudara yang
enggan namanya disiarkan, pemaju hanya membayar 60
peratus bayaran pampasan sedangkan 40 peratus yang
selebihnya diambil oleh pemaju atas alasan yang tidak
munasabah. 

Kami dimaklumkan bahawa perkara ini termasuk dalam
janji pilihanraya wakil rakyat sehingga saudara semua
mengundi beliau (YB Bibi Sharliza) tetapi hingga kini
apa tindakan beliau? Atau perlukah masalah ini
diketengahkan dalam Buletin Utama barulah semua pihak
akan turun padang ? atau adakah pemaju mempunyai
kaitan dengan UMNO maka penduduk dibiarkan dalam
risiko ?

Apa yang saudara perlu lakukan ?
1. Tubuhkan jawatankuasa bertindak penduduk. Jika
telah ditubuhkan pastikan mereka melakukan perkara di
bawah.
2. uat sidang media sekurang kurangnya sebulan sekali
mengenengahkan perkara ini dan menyatakan
perkembangannya. (pihak kami sedia membantu memanggil
media untuk saudara)
3. Hantar surat pastikan status pembekalan air (JBA),
title tanah (pejabat daerah), status kediaman (MPN)
dan kepada wakil rakyat saudara menuntut janji beliau
? rekodkan tarikh dan dapatkan salinan akuan terima.
4. Jika semua maklumat telah diperolehi, aduan telah
dibuat dan masih tidak bergerak, kami menyediakan
nasihat guaman percuma untuk penduduk menfailkan saman
kepada pihak tertentu demi mendapatkan hak saudara.

Yang paling penting ! kesedaran dan keberanian untuk
bertindak mendapatkan hak penting untuk melindungi
keluarga saudara ! Angkatan Muda Negeri Sembilan
(AMNS) – Sahabat Negeri Sembilan – sentiasa di pihak
anda !

Terbitan Angkatan Muda N.Sembilan Parti Keadilan
Rakyat (keADILan) 
Makluman / respon mengenai ISU ini boleh terus
menghubungi Pusat Aduan Rakyat, N.Sembilan email :
[EMAIL PROTECTED]  hotline (telefon / sms)
: 0176688404

Tolong buat salinan dan edarkan !!!


Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke