Salam. Syukur kepada Allah atas penerbitan buku baru ini.
Ia adalah sebuah buku yang merujuk kepada kitab-kitab Islam muktabar dan penemuan sains semasa!
 

 

Hamba Yang Bersyukur Tidak Ramai (Dari Bab Cemerlang Dengan Bersyukur)

 

Ramai orang alpa bahawa kesyukuran yang sebenarnya melibatkan hati, lidah dan jasad. Oleh kerana itu sedikit sangat dari hamba-hamba Allah yang benar-benar bersyukur. Dalam surah Saba’ ayat 13 Allah berfirman, “Dan sedikit dari kalangan hamba-hambaku yang bersyukur.”

 

Bersyukur adalah dituntut dalam semua keadaan. Jika kita dikurniakan nikmat, kita bersyukur dengan kurniaan itu dan kita perlu memastikan nikmat itu digunakan secara yang betul. Jika kita diuji dengan kesusahan dan penderitaan, kita bersabar dan pada ketika yang sama kita bersyukur kerana terdapat orang lain yang lebih menderita daripada kita. Kita juga bersyukur kerana kita masih hidup dan berpeluang untuk memperbaiki diri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi nabi bersabda, “Sesiapa yang memandang kepada dunia dengan melihat kepada orang yang kurang daripadanya dan dia memandang kepada agama dengan melihat kepada orang yang lebih baik daripadanya, Allah (meletakkannya) dalam golongan yang sabar dan bersyukur.”

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani, Abu Na’im dan Baihaqi, nabi bersabda bahawa terdapat satu golongan yang dikenali sebagai al-Hammadun. Mereka akan diberikan bendera khas dan kemudian dimasukkan ke dalam syurga. Apabila sahabat-sahabat bertanya, siapakah mereka itu, nabi menjawab, “Mereka ialah golongan yang bersyukur kepada Allah ketika suka dan duka.”

 

Seperti yang telah disebutkan, golongan yang bersyukur seperti ini jumlahnya tidak ramai. Dalam Tafsir Al-Azhar oleh Hamka dinukilkan satu kisah yang menarik. Pada suatu hari khalifah Omar Al-Khattab terdengar seorang lelaki membaca doa di hadapan kaabah. Lelaki itu berkata, “Ya Allah jadikanlah diriku tergolong dalam golongan yang sedikit.” Omar berasa pelik dengan doa ini dan terus bertanya kepada lelaki itu, “Mengapa kamu berdoa seperti itu?” Lelaki itu menjawab, “Tidakkah Allah berfirman di dalam Al-Quran (dalam surah Saba’ ayat 13) bahawa, ‘Sedikit sangat dari hamba-hamba-ku yang bersyukur?” Omar berkata, “Wahai Omar, semua orang lebih alim dari dirimu.”

 

Jika kita digolongkan Allah dalam golongan yang tidak ramai ini (minority), kitalah golongan yang cemerlang.

 

Fisiologi Kesyukuran

 

Mereka yang bersyukur dan berterima kasih kepada Allah mempunyai kesihatan yang lebih baik. Mengikut Mid-Columbia Medical Centre, Health (Online), kajian-kajian terkini menunjukkan mereka yang tahu menghargai dan berterima kasih lebih bertenaga dan kurang ditimpa penyakit-penyakit fizikal. Hal ini disebabkan hormon-hormon stres di dalam darah mereka adalah rendah.......................  (Cebisan dari 'Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran')

 

 

Dr Danial bin Zainal Abidin,

(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,

Penulis 10 buah buku,

Kolumnis Majalah i,

Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institusi

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Khidmat Runding

Mantan YDP JIM Pulau Pinang Satu Dekad

Laman Web:    http://formulacemerlang.com/

 



///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




SPONSORED LINKS
Different religions beliefs Beyond belief Jewish belief
Jehovah witness beliefs Beliefs


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke