Syeikh Ahmad Athaillah berkata: "Allah swr memberi
kamu kelapangan agar kamu tidak selalu dalam
kesempitan. Allah swt memberi kesempitan, agar kamu
tidak hanyut di waktu lapang. Allah swt melepaskan
kamu dari kedua-duanya agar kamu tidak menggantungkan
diri kecuali kepada Allah belaka." Perasankah anda
bahawa ia berkaitan inverse response?

Dalam dunia ini, sering kita mengecap nikmat. Namun
dalam masa yang sama, kita tidak akan sentiasa menaruh
harapan apatah lagi cinta mutlak pada nikmat tersebut
kerana ia mungkin sahaja akan diambil oleh Allah.
Selepas derita, pasti ada saat manis dan nikmatnya. 

Dalam dunia ini, kita akan gembira. Tetapi janganlah
kita terlampau gembira kerana ia tidak dicintai oleh
Allah. Kita hanya akan benar-benar gembira apabila
sesuatu itu bertepatan dengan apa yang Allah inginkan.
Jika kita gembira, kita yakin ia pasti akan diganti
dengan sesuatu yang sedih selepas itu. Selepas sedih
ada gembira yang menyusul. 

Anda mungkin pernah duka resah tetapi pasti lepas itu
ada saat bahagia dan manis.

Anda mungkin punya orang yang disayangi atau dikasihi
atau disukai tetapi pastinya selepas itu ada saat
untuk berpisah dan berjauhan. Setelah berjauhan, pasti
ada cara untuk bertemu kembali.

Semua fenomena di atas menunjukkan songsang antara
satu sama lain. Respon songsang di mana sahaja untuk
menyeru kita : jangan diikat diri pada semua hal itu
tetapi ikatlah diri kepada Allah yang menjadikan kita.
Kita akan menjadi seorang yang fleksibel dan menyerah
kepada Qadha Qadar Allah. Itulah saat bahagia dan kita
akan bersyukur hidup di dalam sistem alam ini. 

http://kersani.com


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to