Sebelum saya menjawab soalan saudara Mohd Radzi, saya ingin bertanya kepada saudara apakah perbezaan antara
1) air masuk ke dalam badan melalui injection
2) dengan air masuk dalam proses resapan di paru-paru?

Kemudian apa beza antara menelan air liur dengan menelan air kumur wadhuk, atau air liur yang diludah keluar kemudian diminum balik?
Yang mana satu 'semulajadi' yang mana satu buatan?





On 11/2/05, Mohd Radzi Ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bukan air. Tapi molekul air dalam darah. Kalau itu membatalkan puasa, macam mana molekul air dalam udara yang kita hirup setiap detik?

------- Original message -------
From: Ahmad Mustafa  <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: 2.11.'05,  9:13

> Assalamu3alaikum,
>
> Kata Sudara Mohd Radzi
> "Kalau air tu sampai pada otak saya, sudah pasti saya mati. Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan."
>
> Untuk pengetahuan saudara, saudara telah mengeluarkan dua kenyataan yang saling bercanggah dengan fakta sains. "Kalau air sampai ke otak saya, sudah pasti saya mati" menujukkan pemahaman saudara tidak tepat berkenaan dengan infusion atau intravenous drip dari situ saudara boleh faham istilah saline, normal saline dan half-saline .  ( http://en.wikipedia.org/wiki/Intravenous ) . Infusion yang saudara maksudkan adalah sebenarnya memasuki pembuluh darah, dan apabila memasuki sistem peredaran darah sudah pasti molekul air itu akan sampai ke otak. Sebenarnya sistem pengakutan makanan kita ada 2 ke dalam badan iaitu melalui sistem peredaran darah  dan satu lagi adalah sistem lifma, yang mana kedua-dua saluran ini akan bertemu di vena subklavika. Untuk rujukan sistem peredaran dan pengakutan darah ini saudara boleh baca di URL ( http://www.sirinet.net/~jgjohnso/circulation.html )
>
> Kata Saudara Mohd Radzi lagi
> "Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan"
>
> Otak juga termasuk dalam organ badan yang yang memerlukan 'pengairan' dan sel otak otak saudara sentiasa diairi oleh kapilari-kapilari darah ke otak. Kelenjar pituatari (di otak) memainkan peranan penting dalam keseimbangan kepekatan darah dalam darah dengan merembeskan ADH.
>
> Kata Saudara Mohd Radzi,
> "Tapi yang pasti tekak saya masih tetap kering dan dahaga.... sebab tu doktor bagi nasihat, kalau dahaga sangat, kulum aje ais....
> Walaupun berpuasa; saya pasti otak saya tetap menerima air walaupun saya tidak meminum walau setitik..."
>
> Saya melihat bahawa sebenarnya organ, tisu dan sel dalam badan Mohd Radzi sebenarnya sudah cukup dengan bekalan air dari "infusion".  Kalau kering tekak  kerana tidak minum itu biasalah, orang yang banyak cakappun rasa kering tekak. Masalah haus semasa infusion, kita kena lihat solution mana yang saudara pakai half-saline? Normal Saline. Setahu saya kalau half-normal saline ini kurang sikit 'huasnya'. Ini kena tanya Doktor, dan kalau saudara masih was-was dengan penerangan saya, dipersilakan bertanya kepada Doktor tentang benarkan bahan infusion akan sampai ke otak.
> Walaupun berpuasa sememangnya otak menerima air, dan zat makanan, kerana kalau zat makanan terhenti kita akan mati. Tapi yang menjadi persoalan sekarang kita menambah zat makanan dari luar intravenous drip dengan sengaja , benda-asing baru dalam sistem aliran darah. (selain dari proses makan sahur hasil makan sahur รป +- 4 jam). Itulah fakta yang sebenar tentang sistem peredaran dan pengangkutan darah yang berkaitan dengan intravenous drip.  Serba sedikit short-cut membekalkan zat makanan, dadah, air dan vitamin ke dalam pembuluh.
>
> Kalau fakta sains yang saya bekal salah minta Pn/Tuan Dr dalam e-groups ini, tolong beri komen.
>  Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
>
> Sekian wassalam.
>
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: Mohd Radzi Ibrahim
> To: Ahmad Mustafa
> Cc: Islah jim
> Sent: Monday, October 31, 2005 5:24 PM
> Subject: Re: ***[SUSPECTED SPAM]*** Re: [islah-net] Re: FAQ Puasa 14/X sah/batal 3+1
>
>
> ***********************
> This e-mail was scanned by TM Net E-Mail Virus Shield.
> ***********************
>
> Waalaikumussalam, Kalau air tu sampai pada otak saya, sudah pasti saya mati. Yang pasti ia rehydrate darah saya dan memberi pengairan kepada organ-organ yang memerlukan. Tapi yang pasti tekak saya masih tetap kering dan dahaga.... sebab tu doktor bagi nasihat, kalau dahaga sangat, kulum aje ais....
>
>
> Walaupun berpuasa; saya pasti otak saya tetap menerima air walaupun saya tidak meminum walau setitik...
>
>
> wallahu a'lam.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> On 31 Oct, 2005, at 12:27 PM, Ahmad Mustafa wrote:
>
> Walaikumussalam,
>
>
>
>
>




///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke